Bab 25

6.1K 194 4
                                    

Aku pandang sekeliling. Ramai jugak orang. Memang lah. Dah ramai tentera yang ke Afghanistan.

Aku lihat ada ibu yang menangis ingin melepaskan anaknya pergi, ada yang seperti tidak merelakan mereka pergi. Aku pandang Daniel. Rela kah aku?

Daniel yang berpakaian seragam tentera menapak ke arah kami. Ya, ibu dengan abah ada sekali. Juga Dania, abang dan Kak Nuha. Sudah semestinya ada si kecil Muiz.

"Lama ke kat sana, Niel?" Soal abah. Daniel tersenyum tawar sambil melihatku. "Tak tahulah, bah. Mungkin lama. Sebab kat sana perlukan pasukan bantuan." Abah menggangguk.

"Rin, nanti tidur lah rumah ibu dengan abah. Risau ibu kalau Rin duduk sorang-sorang." Kata ibu. Aku hanya mengangguk perlahan.

"PERHATIAN KEPADA SEMUA PREBET, SILA LAPORKAN DIRI ANDA KEPADA GENERAL AHZALI DENGAN KADAR YANG SEGERA."

Daniel memegang pipiku. "Abang nak pergi dah ni. Kalau boleh call, dah sampai sana nanti abang call." Aku mengangguk sambil memegang tangannya.

Aku mencium tangannya. Daniel membalas dengan mencium dahiku lama. Terasa berlinang air mataku ini. Tangan kasar Daniel mengesat air mataku.

"Ok abah, ibu. Niel pergi dulu. Tolong tengokkan Rin masa Niel tak ada. Kau, Ril. Jaga isteri aku. Calar dia, gunshot kat kau." Daniel memeluk Airil. "Aku tahu lah. Adik aku kot." Balas abang.

"Aku balik nanti, aku tau Muiz dapat adik baru." Bisik Daniel. Abang tergelak. "No hal lah bro!" Daniel turut tergelak. Daniel menggalas beg tenteranya. Dia memandangku.

"Love you." Daniel mencium pipiku. Aku hanya mampu tersenyum. "Jaga diri abang. You promise me right?" Kataku. Daniel mengangguk.

"Ok. Doakan Niel! Assalamualaikum!" Daniel terus berlari ke arah kumpulan tentera yang lain sambil memakai topi askarnya.

Air mataku yang selama ini ditahan pecah juga. Abang memeluk bahuku sambil memimpinku ke luar pagar kerana kami berada di lapangan pesawat mendarat.

Dari luar pagar, semua ahli keluarga tentera termasuk kami melihat sesi melaporkan diri yang diketuai suamiku, Daniel kepada General Ahzali.

Setelah diberi peralatan dan senjata yng cukup, tentera tersebut masuk ke dalam pesawat. Aku lihat Daniel memandang ke arahku dan melambai. Aku melambaikan kembali sambil menahan air mataku mengalir.

Tak lama kemudian, pesawat berlepas dan hilang dari pandangan. Ahli keluarga yang lain juga beransur pulang.

"Jom, Rin. Kita balik." Ajak ibu. Aku mengangguk. Sepanjang perjalanan pulang, aku tak henti-henti mengalirkan air mata. Puas aku tahan, tapi tetap juga mengalir.

Nasib baik ahli keluargaku yang lain memahamiku. Mereka hanya mendiamkan diri untuk memberikan aku ruang untuk bertenang.
_____________________

Barang-barang Daniel aku kemaskan. Haih, baru 2 jam dia pergi, aku dah rindu? Dalam aku kemas-kemas, aku terjumpa buku kecil yang berikat tali halus.

Aiikk? Apa ni? Perlahan aku buka ikatan tersebut dan membuka buku tersebut. Halaman pertama diselak.

Daniel Hazif Property

Huh? Daniel punya? Ni yang makin teruja nak tengok ni. Halaman makin diselak.

Mac 2005, Maktab Tentera Diraja, Sg. Buloh

Hari ni, mak dan ayah datang majlis konvo along. Along suka sangat. Along pun dapat jadi pelajar terbaik dengan dapat 11 A. Walaupun tidak semua A+. Along bersyukur sangat. Along harap along dapat sambung pelajaran ke luar negara. In Sha Allah.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now