Bab 29

5.7K 180 0
                                    

Aku melihat-lihat barangan di situ. Yalah. Hari terakhir berada di Paris. Kami cuma berada di sini 4 hari saja. Bercuti. Bukannya honeymoon macam dulu.

Aku sudah melepaskan segalanya di sini. Tak ada apa dah yang nak disedihkan. Pemergian Daniel, aku terima dengan redha. Aku lihat sekeliling. Eh? Mana pulak yang lain ni? Aku.......aku dah sesat ke...?

Tak apalah. Nanti jumpa lah. Aku berjalan ke bahagian yang menjual gula-gula. Erk. Susah la nak jalan macam ni. Ramai sangat orang. Dengan tak semena, aku tersadung.

Aku ingatkan adalah yang nak tolong sambut, malangnya tak ada. Huhuhu. Aku semtuh perut. Takut ada jadi apa-apa. Tak ada rasa sakit. Nasib baik.

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur. Ingin membantuku bangun. Aku tanpa fikir panjang, terus menyambut. Badanku yang terkena lantai, dikibas-kibaskan.

"Sofea?" Aku pandang orang yang baru membantuku. Again? With mamat ni? Huh. Ada jodoh ke apa?

"Yo." Aku malas mahu melayan dia. "Urm, thanks for helping me." Aku sekadar berbasa-basi dengannya. "No doubt. Anyway, what are you doing here?" Soalnya.

"Buang air." Balasku perlahan. Aku buat muka bosan dengannya. Mataku meliar mencari ahli keluargaku yang lain. "Ha? Pardon?" Soalnya. Serta merta mataku membulat. Aku lupa yang dia dari Malaysia. "Urm nothing. Got to go."

"Wait." Tanganku ditarik. Aku segera menarik tanganku dari genggamannya. "Can I get your number? Please?" Jim buat muka pussy cat. Kau pikir aku nak bagi ke? Hell no!

"Nah, I don't give my number to stranger." Aku menggeleng. "But I already know you and you know me. We know each other." Aku garu kepala. Aigooo. Mau stres aku macam ni. Haraplah anak aku bila besar tak ini macam punya perangai.

"Yeah. But I dont want to. Please, Jim. Have a respect for me. I'm married." Balasku perlahan. Jim nampak kecewa. "Alright then. Here. My address. If you have time, come visit my country. Its a beautiful country. Also my village." Jim senyum sambil menghulurkan kertas.

"Yeah yeah. Got to go. Bye!" Aku terus berlari meninggalkannya. Kertas yang dihulur aku terus masuk dalam poket baju sejuk. Aku melambai tangan sebaik saja melihat kelibat Kak Nuha. Terus aku berlari ke arahnya. Huh. Penat juga mahu berlari dengan perut begini. Nak kata perut dah besar, tak pun.

"Rin ke mana tadi?" Soal Kak Nuha. Aku sengih. "Hehehe. Ambik coklat tadi." Aku tunjuk coklat yang aku ambil tadi. "Ha sudah. Jom. Ke airport." Celah ibu. Aku angguk. Kami pun menyudahkan shopping kami. Banyak juga coklat aku beli. Memang lepaskan gian betul.

BADANKU digeliatkan. Fuh, seronok betul aku tidur. Lupa nak bagitahu, aku sudah retired dari jadi doktor. Sewaktu aku bagitahu Chombi, terkejut beruk dia. Beria pujuk aku supaya tak berhenti sampai sanggup belanja baskin robbins. Haha. Benda mahal macam tu sanggup belanja.

Tapi pujukannya tak berjaya. Begitu juga pujukan Farisz yang langsung tak terkesan di hati. Akhirnya, setakat ni, aku jadi penganggur terhormat di rumahku ini. Aku masih ingat lagi ayat Chombi sewaktu dia merajuk denganku.

'Apalah. Belajar tinggi-tinggi sampai Phd tapi tak kerja. Baik tak yah habiskan duit mak bapak kalau macam ni.'

Fuh. Ayat dia memang padu. Menusuk terus ke kalbu. Tapi aku tahu, dia sayang aku. Tu sebab dia cakap macam tu. Hahaha.

Sekarang, aku dah tinggal semula dalam rumah aku dan Daniel. Setelah lamanya aku cuba meyakinkan parents aku, dapat juga aku pindah semula ke rumah ni.

Aku masuk dalam bilik air nak bersihkan diri. Apalah aku ni. Hari dah cerah bari nak mandi. Hahaha. Aku memang malas nak mandi kalau nak solat subuh. Cukup gosok gigi dan basuh muka. Kasi fresh.

Usai mandi, aku ke dapur. Seperti yang aku jangka, tak da makanan yang boleh dimakan. Kebanyakannya sudah expired. Tu la. Lama tak balik sini.

Aku naik untuk bersiap. Nak keluar beli barang. Barang-barang yang dah luput tu, nanti lah dulu. Balik nanti baru buang.

Aku melihat barang-barang dalam troliku. Banyak juga ya? Tak apalah. Lama tak berbelanja. Lagipun campur dengan bahan-bahan untuk kek cawan, memang lah banyak.

Aku berfikir untuk membuat bisnes kek cawan secara online. Cukuplah untuk menanggung aku dan baby. Lagipun, sekarang dah banyak orang berbisnes atas talian. Untungnya boleh tahan.

Usai membeli belah, aku singgah di sebuah restoran. Memang tak lah aku nak masak. Penat kot. Dah la barang banyak. Jenuh nak bawa masuk dalam rumah.

"Cik nak oder apa?" Seorang pelayan berdiri di sebelahku. "Kasi saya nasi goreng ayam dengan bandung cincau. Itu je." Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

Aku melihat keadaan sekeliling. Boleh tahan juga ya orang. Tapi tak ramai seperti waktu kemuncak. Aku menilik jam. 12.15 pm. Patutlah. Dah nak masuk lunch hour.

Sekali lagi aku meliarkan mata pada kedai tu. Wah, boleh tahan ya? Dekorasinya cantik. Tema chalkboard. Selalu cafe je buat, tak sangka kedai makan pun buat macam ni. Kreatif.

Aku membuka telefonku. Banyak mesej dari grup sekolah dan universiti. Grup kerja dulu pun boleh tahan banyak. Tah apalah yang dibualkan sampai bergegar beg aku bila mesej masuk.

Aku mengangkat kepala. Aku terkaku. Oh shit. Aku menggigit lidah sendiri. Tercarut pulak.

Aku ternampak Jim dan seorang kawan dia berada di kaunter. Aduhhhh!!! Kantoi aku macam ni. Aku menundukkan kepala saat mereka berpaling. Aku acah-acah main telefon.

Aku dapat rasakan yang asa seseorang berhenti di belakangku. Ah, jantung aku tak mampu berhenti mengepam darah. Rasa macam nak terkeluar jantung ni.

"Kau asal Jim?" Soal rakannya. Yalah. Dua-dua mata sepet. Muka cina. Memang padanlah. Tapi tak pulak eh cakap cina? Ke amma dia tak selalu pakai hokkien kat rumah? Eh, ke kantonis?

"Entahlah. I feel like she someone that I know." Balas Jim perlahan. Janganlah dia tahu yang aku duduk Malaysia. "Tapi tak mungkin lah. Dia bukan duduk sini pun." Jim sambung berjalan. Rakannya itu membuntutinya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya kasar. Fuh. Sumpah. Nak mati aku dibuatnya. Aku meletakkan telefon saat makanan yang dipesan sampai. Ini kali terakhir aku keluar rumah. Takut terserempak lagi. Serik!

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now