5 bulan sudah berlalu. Daniel masih cuba memikatku. Jujur aku kata yang aku senang dengan dia. Hari-hari tunggu dia call. Is that love? I don't know.
Minggu lepas kitorang sekeluarga ke Switzerland nak sambut graduasi abang. Suka la tu dah habis ambil master. Aku? Mampu degree je. Tak apalah. Kira rezeki aku lah dapat degree.
Sekarang abang sibuk kendalikan syarikat paklong dan urusan perkahwinannya. Seronoknya! Minggu depan abang tunang dengan Kak Nuha.
Abang masuk bilik ku. Aku senyum senget. Masuk bilik aku mesti ada masalah. "Adik! Abang takut la minggu depan." Abang duduk bersila menghadapku di asas katil.
"Abang rilek je. Apa yang nak di takut? Bukannya ayah bakal tunang abang nak makan abang." Aku tepuk bahu abang. Kelakar betul la abang ni. Nanti boleh jadi bahan.
"Dah, abang tak payah nak gelabah sangat. Jom turun makan. Adik dah lapar ni." Aku usap perut dan turun dari katil.
Aku tarik tangan abang memandangkan abang masih duduk atas katil. Bapak berat abang aku ni. Anak gajah ke apa?
Aku tarik abang turun makan. Degil betul abang aku ni. Terpampang lauk depan mata aku ni. Sedapnya. Ada ayam masak merah la. Simple but tasty.
Aku duduk di meja makan. Abang tuang air dan aku agihkan. Setelah selesai, abang baca doa makan. Amin. Now, dig in!
*******"ABANG, rumah Kak Nuha kat mana?" Soalku. Aku tak tahu sebab tak ikut pergi rombongan meminang. Busy masa tu.
"Kedah. Asal tanya?" Abang pandang aku sambil lempar makanan ikan dalam kolam. Aku bertinggung di sebelah abang.
"Abang duduk sana ke?" Sayu je aku rasa. Nanti kasih sayang abang kat aku dah kurang. Mesti dia tumpu kat isteri dia nanti. Huhuhu..
Abang peluk bahu aku. "Kenapa ni? Sedih je suara. Jangan la cam ni." Pujuk abang. Aku rasa nak nangis je. Ah. Dah nangis dah pun.
"Nanti adik rindu abang. Abang dah tak main dengan adik dah. Tak de yang adik boleh sakat lagi." Aku lap air mataku yang tumpah. Asal aku emo sangat ni?
"Walaupun abang dah kahwin, you're my only sister that I really love, Rin." Abang usap kepalaku. Macam ni la kecik-kecik abang pujuk aku. Sungguh aku rindu momen tu.
"Lagipun, kalau tak nak rasa sunyi, adik kahwin la. Senang. Abang dengan abah pun tak risau dah." Aku tepuk lengannya. Dia mengaduh.
"Apa ni? Tetiba masuk bab kahwin pulak. Adik tak de calon la." Aku peluk tubuh. "Ye ke? Anyway, abang ngan abah suka la dengan Zif tu. Pandai ambil hati."
Aku kerut dahi. Zif? Aku kenal ke? "Zif mana ni?" Soalku. Abang mula nampak gelabah.
"Er..tak. Maksud abang, Daniel. Yang selalu jumpa adik tu. Sopan je dia. Adik terima la dia. Kesian dia. Bersungguh betul dia nak kat adik." Nasihat abang. Aku terdiam.
"Alah. Nanti lah. Lepas majlis abang baru adik fikirkan. Adik tak de rancang langsung nak berumah tangga." Aku bangun. Sakit asyik bertinggung.
"Bagus la tu. Nanti jadi anak dara tua padam muka." Kata abang. "Suka hati la kalau adik jadi andartu pun. Apa adik kesah?" Aku jelir lidah dan tinggalkan abang.
*******AKU berjalan ke dalam wad. Alhamdulillah, kerja aku dah siap hati ni. Sekarang dah pukul 4.30.
"Rin...." Aku pusing. Nampak pula Farisz yang sedang tersenyum itu. Aku balas senyumannya.
"Amboi. Aku tengok kau gembira je." Kata Farisz. Kitorang berjalan beriringan ke kafe hospital. "Tak lah. Kan abang aku nak tunang dah. Kena la selesaikan kerja aku kat sini. Kang nanti tak dapat aku nak pergi macam sebelum ni. Kau seronok lah. Boleh pergi."
Kitorang duduk di salah satu meja. Ramai juga hari ni. "Ofc la aku kena pergi. Kawan aku tu." Aku cebik. "Pangkat kawan dengan adik. Mana lagi tinggi?"
Farisz tersengih. Tengah elok kitorang makan, ada la pula satu makhluk Allah ni duduk sebelah aku. Aku mengeluh. Nak apa lagi dia ni? Tak penat ke?
"Yes, Daniel? Otak awak sakit ke? Kalau ye, kena buat apponitment dengan saya. Tak boleh jumpa macam ni." Kataku tanpa melihat Daniel. Farisz hanya diam memerhati.
"Saja nak jumpa." Daniel pandang Farisz seperti tak puas hati. "Asal awak asyik dengan dengan Farisz ni? Dengan saya tak nak pulak." Soal Daniel tak puas hati.
"Memang la saya asyik dengan Farisz. Dah dia ka.."
"Pardon. I'm her boyfriend bro. So please, stop disturbing my lovely girlfriend."
Aku melopong. Daniel? Dia pandang aku minta penjelasan. Baru aku nak uka mulut, Farisz menyambung.
"Yes. Rin memang dah lama suka aku. Aku pun suka dia. Cuma baru-baru ni baru kitorang official. So, tolong jangan jadi orang ketiga dalam hubungan kami." Kata Farisz sambil memandang tajam Daniel.
"La? Ye ke? Maaf lah ganggu girlfriend kau. Aku tak tau pula. Aku tanya si Rin ni pun dia senyap je. Patut la. Dah berpunya. Sorry ganggu. Have a nice day guys." Daniel bingkas bangun. Aku yakin hati lelakinya sudah terluka.
"Asal kau cakap macam tu? Bukannya kita ada apa-apa pun. We're just friend." Kataku pada Farisz bila Daniel sudah pergi.
"I'm serious, Airina Sofea." Kata-kata Farisz menyetakkan ku. Aku menggeleng. "No. Aku memang tak boleh la ngan kau. Aku anggap kau sebagai kawan je. Memang tak boleh lebih."
"Please, Airina. Aku sungguh sukakan kau sejak aku tunjuk ajar kau." Aku terkedu. Dah lama dia suka aku?
"Aku takut nak luah. Tapi, sejak Daniel tu menagih cinta kau, aku jadi berani nak luahkan perasaan aku. Takut kau suka dia. Tapi betullah. Kau memang tak sedar semua tu."
Aku baru terdiam. Ya. Farisz ada bagi ayat dan perlakuan yang romantis kebelakangan ini tapi aku anggap ia hanya satu gurauan.
"Kali ini, aku berterus terang. Airina Sofea Abdul Hashim, aku tau yang ini masa tak sesuai, tapi boleh tak kau jadi suri hidup aku?" Soal Farisz serius.
Aku masih terkejut dengan semua ini. Tak. Aku takkan boleh terima ini. Aku menggeleng perlahan. "Maaf Farisz. Aku memang tak boleh terima kau." Aku bangun dan pergi dari ruangan itu.
"Kenapa? Sebab kau suka Daniel?" Soal Farisz tiba-tiba. Aku pusing belakang. "Kau sentiasa akan jadi sahabat dalam hati aku. Dan perasaan kau tak boleh ubahnya." Aku terus meninggalkan Farisz dalam tanda tanya.
Mungkin. Itu jawapan aku buat masa ni.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Ha sudah. Apa nak jadi ni? Farisz pulak jadi orang tengah. Daniel dah merajuk tu. Tak de sapa nak pujuk ke?😂 Keep voting and reading!🙆
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...