"Abang! Jom la sini! Baik punya port ambik gambar ni!"
Aku lambai tangan pada Daniel yang berjalan sambil memegang kameraku. Oh, sungguh bergaya dia berjalan. Untung muka hensem.
Aku buat pelbagai gaya. Diikuti dengan Daniel. Memang kami jadi tumpuan sekejap di menara Eiffel tu.
Aku mendongak sambil tersenyum melihat menara besi itu.
Mengikut apa yang aku tahu, Menara Eiffel merupakan bangunan yang tertinggi Dan paling menonjol di kota Paris. Dikenali juga sebagai simbol negara Perancis.
Menara Eiffel juga dinamakan sempena nama perekanya iaitu Gustave Eiffel dan menara ini merupakan monumen yang kerap dilawati.
Menara ini hanya mengambil masa dua tahun dan dibuka pada 1889. Selain itu, menara ini juga memiliki ketinggian 300 meter Dan terdapat antenna tv di atasnya.
"Sayang, jom duduk kat bangku tu. Abang penatlah ambik gambar sayang ni." Kata Daniel sambil memuncungkan mulutnya.
Alahai suami aku ni. Baru bergambar pun dah penat? Tak excited ke pergi bercuti ni?
"Abang ni. Tak seronok ke pergi bercuti dengan Rin?" Soal ku pada Daniel. Waktu itu kami sudah duduk di bangku.
"Tak lah. Sayang jangan salah faham. Abang cuma...tak nak sedih." Kata-kata Daniel buat ku pelik.
"Sedih? Kenapa abang nak sedih?"
"Ayah pernah bawa kami sekeluarga ke sini." Aku terkedu. Pantas aku capai tangan Daniel.
"Abang, Rin faham kalau abang bersedih. Tapi berpada-pada lah. Maaf kalau kata-kata Rin ni menyakitkan hati abang. Tapi abang kena let go semua perasaan sedih abang."
"Rin faham macam mana kehilangan seorang mak dan ayah. Walaupun Rin tak merasainya, tapi Rin tahu melalui patient Rin."
"Mak ayah mereka hidup, tapi dalam dunia mereka sendiri. Seolah-olah tak jumpa jalan pulang." Aku ambil nafas sejenak.
"Abang kena kuat. Percayalah. Kalau mak dengan ayah abang tahu yang anak mereka selemah ini, pasti mereka bersedih."
"Allah itu maha adil. Dia ambil mak ayah abang, tapi ganti dengan Rin, ibu dengan abah. Abang sepatutnya bersyukur. Kelakuan abang ni seperti tak dapat menerima takdir yang Allah dah tetapkan." Daniel masih diam.
"Abang jangan risau ye? Rin tetap akan berada di sisi abang." Aku peluk bahunya. Daniel menitiskan air mata. Biarlah abang. Lepaskan lah segalanya. Supaya tak ada bebanan di bahu.
"Abang nak ke mana pulak lepas ni?" Soalku. Daniel kelihatan lebih baik lepas mendengar nasihatku. Mujur dia mudah menerima nasihat.
"Kita pergi muzium nak?" Soal Daniel. "Muzium? Boleh-boleh." Aku excited sikit bab sejarah ni. Maklumlah. Aku minat sejarah. Sebab sejarah ni macam buku cerita. Menarik.
Aku lihat bangunan yang tersergam indah di depan mataku ini. Tak lepas mataku melihat ukiran seni yang indah di Muzium Louvre yang terkenal di Paris.
Aku ambil gambar bangunan tersebut. Sesekali aku halakan kamera ke sudut yang aku rasakan menarik.
Mataku menyapa lukisan yang tergantung di muzium tersebut. Sungguh unik dan kreatif. Sakit saraf aku banyak dongak.
"Musée du Louvre ni antara muzium terbesar di dunia. Ianya juga merupakan tugu sejarah Perancis."
" Muzium ini juga adalah mercu tanda pusat Paris dan terletak di Tebing Barat Seine di First Arrondissement." Aku pandang Daniel yang kelihatan tenang menerangkannya.
"Muzium di buka pada 10 Ogos 1793. Kebanyakan barang pameran hasil rampasan gereja dan hak milik di raja."
" Sebab masalah struktur bangunan, muzium ditutup dari 1796-1801. Bilangan pengumpulan bertambah di bawah Napoleon bila muzium dinamakan Musée Napoléon."
"Lepas kalah dengan Waterloo, banyak barang rampasan Napoleon dipulangkan pada pemilik asal."
"Pengumpulan makin banyak bila pemerintah Louis XVII dan Charles X. Setakat 2008, koleksi dibahagikan dalam kalangan lapan jabatan kurator iaitu purba Mesir, purba Timur Dekat, purba Greek, etruscan,purba Rom, kesenian Islam,arca seni hiasan, seni lukis, cetakan dan lukisan." Aku terkedu seketika. Wow! Berpengetahuan betul dia ni.
"Mana awak tahu semua tu?"
"Ingat senang ke nak masuk pasukan khas. Macam-macam kitorang kena tau. Nak-nak pulak sejarah Rom, Perancis, ngan Greek kena hafal. Sebab masuk exam. Mau pecah kepala kitorang." Kata Daniel.
Aku senyum. Terus aku lilitkan tangan pada lengan Daniel. Daniel pula memeluk bahuku. Kami berjalan sambil melihat pameran tersebut.
"Err..Excuse-moi, quelle heure est-il maintenant? (Maafkan saya, sekarang pukul berapa?)"
Aku menoleh bila rasa macam ada orang cakap dengan ku. Seorang wanita dalam lingkungan 40 an sedang mengukir senyum padaku. Aku cuak. Aigoooo... Aku manalah tahu bahasa perancis ni.
Daniel yang tadinya melihat lukisan di kawasan sebelah sana datang ke arah ku. Daniel buat muka blurr. Aku tunjuk pada wanita itu.
"Je peux vous aider,madame? (Boleh saya bantu, puan?)"
"Quelle heure est-il maintenant?"
"Oh,vers deux heures, madame. (Oh hampir pukul 2.00 puan.)"
"Merci, jeune homme. (Terima kasih, anak muda.)"
"Je vous en prie. (Sama-sama.)"
Aku melopong mendengar perbualan mereka. Sepatah haram jadah pun aku tak paham. "Dia tanya apa?" Soalku pada Daniel.
"Pukul berapa sekarang." Aku sekadar mengangguk.
"Nak kemana lepas ni?" Soalku.
"Kita makan lepastu balik." Aku hanya menurut.
Daniel bawa aku makan di satu tempat. Yang pasti tempat tu halal. Aku tak tahu tempatnya apa sebab payah lidah ni nak menyebut. Jeaixefferrr...mende tah.
Bila aku tengok menu, ambik kau. Sume bahasa perancis. Aku yang blur-blur ni pun tunjuk yang aku rasa macam nak pilih.
Daniel mengangkat kening sebelah bila dengar menu yang aku pilih. "Seriously, sayang? Oder nasi putih je?" Kata Daniel.
Eh? La...patut la pelayan ni pandang aku semacam. Tunggu aku oder lagi rupanya. "Err..Rin tak paham sepatah pun kat dalam menu ni." Kataku damnil tersengih.
Daniel menggeleng. Dia bercakap dengan pelayan tu dalam bahasa perancis. Tah apa lah yang deme tu cakap. Terbelit lidah dah nak menyebutnye.
Tiba-tiba telefon Daniel berbunyi. Dia lihat skrin telefonnya. Kemudian memandang aku sekejap. "Abang jawab call dulu." Terus Daniel ke satu sudut untuk menjawab panggilannya.
Dalam pada tu, aku memerhati sekeliling. Satu interior deco yang kreatif. Restoran ni menggunakan tema kapur. Segala contengan dan hiasan akan dilukis dengan kapur. Menarik.
"Arin? Is that you?" Aku dengar suara orang yang memanggilku. Aiseh. Orang tanya apa pulak ni. Aku pandang sebelahku. Aku mendongak memandangkan dia berdiri manakal aku duduk.
" It's really you!"
Mukaku berubah riak. Macam mana dia boleh ada kat sini?! Dan kebetulan pulak sekali dengan waktu honeymoon aku???!!!!
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Jeng jeng jeng! Siapa la tu kan? Ganggu honeymoon orang je. Keep voting and reading guys!🙆
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...