BAB 34

7.4K 184 0
                                    

Aku masukkan semua baju dalam beg. Daniel juga turut membantuku. Adam pula sedap tidur atas katil tu.

"Dah sayang?" Aku angguk. Beg baju aku hulur pada Daniel. Hari ni aku sudah boleh discharge. Hampir tiga minggu aku di sini. Doktor juga dah beri kelulusan, apa lagi. Tengah hari juga aku keluar. Bosan dalam wad ni.

Ada juga kawan-kawan ku yang melawat. Yang nyata muka mereka terus pucat saat melihat Daniel. Malah ada yang kata Daniel hantu dan hampir saja keluar untuk minta tolong.

Ramai juga yang tanya mengenai Daniel apabila aku update gambar aku dan Daniel bersama di laman sosial. Cik Mah juga hampir saja pengsan melihat Daniel. Mana taknya, dua bulan lepas, baru saja selesai majlis tahlil Daniel. Tahu-tahu hari ni Daniel berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

Daniel memandu terus ke rumah abah dan ibu. Keluarga Cik Mah diajak ibu untuk bermalam di rumahnya. Di situ, hampir semua ahli keluarga ada. Zam dan Yan juga ada.

"Hati-hati Rin." Ibu membantu aku duduk di sofa. Daniel pula masuk ke bilik meletakkan beg. "Daniel, kamu dah boleh cerita ke?" Soal abah.

Daniel memandang semua orang di ruang tamu itu. Nafas di ambil sejenak. "Ok, Niel cerita dari awal sampai akhir. Jangan mencelah satu pun. Ok?" Selepas semua mengangguk, Daniel pun memulakan kisahnya selama hampir 10 bulan menghilangkan diri.

Daniel POV

Aku membantu prebet yang lain menurunkan barang-barang dari dalam pesawat. Kemudian, aku mengarahkan mereka untuk berkumpul.

"Baiklah, seperti yang kita tahu kita datang sini sebab ada misi. Bukan saja-saja. Saya harap kamu semua tak hampakan kerajaan untuk misi ini." Aku memberi ucapan dalam keadaan rehatkan diri.

"Semua prebet tanggalkan pengenalan diri." Kelihatan semua tercengang mendengar arahanku. Yalah, mereka baru first time dihantar ke luar negara untuk jayakan misi.

"Err...kenapa tuan?" Soal salah seorang prebet. "Bila kita terkorban, lebih baik kita tak dikenali supaya musuh tak dapat cam kita. Kita lahir tanpa dikenali orang. Kita mati juga tanpa dikenali orang. Ini adalah langkah untuk melindungi negara kita juga." Prebet lain mengangguk faham. Serta-merta mereka menanggalkan pengenalan diri dari diri masing-masing.

"Baiklah. Semua boleh bersurai. Buat seperti yang telah diberitahu sebelum ini." Prebet yang lain berkawad keluar baris dan terus menuju ke tempat masing-masing.

Aku pandang langit. Panas hari ni. Memang patut pun aku suruh diorang pakai t-shirt. Aku menuju ke khemah utama untuk berkawal.

"Bila boleh buat panggilan, Zan?" Aku tanya Fauzan. Dia merupakan askar yang ditanggungjawabkan untuk memeriksa sistem komunikasi. Memang bidang dia pun.

Aku dan Fauzan memang akrab. Maklumlah, dulu satu maktab. RMC. Royal Military College. Dia lah yang senyap-senyap godam internet sekolah untuk sambung ke telefonnya. Taguna punya budak.

"Lama jugak la nak sambungnya ni. Kena panggil jurutera untuk sambung dengan power supply. Ayy, rindu ke dengan isteri?" Fauzan mengangkat kening tinggi.

"Gila kau tak rindu. Baru kahwin kut. Anak pun tak dak lagi. Nasib baik sempat buat projek." Aku dan Fauzan gelak. Lelaki. Biasalah lawak gini.

"Lepas ni aku nak kahwin lah. Calon ada dah." Aku pula angkat kening. Siapa pulak calonnya ni? "Ha? Kau senyap-senyap eh? Siapa?" Soalku.

Fauzan melirik pada seorang gadis yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna ungu cair yang kebetulan melalui hadapan khemah utama untuk ke Medic Cube. "Seriously? MO?" Fauzan dengan angaunya mengangguk.

"Dialah medical officer paling cantik, anggun, karisma, menarik, jelita...."

"Ok sikit-sikit je bro. Kau tak kahwin lagi. Ingat yang dia tu anak dara orang lagi." Angau betul kawan aku ni. Aku menggeleng perlahan.

"Sekarang pukul berapa?" Soalku sambil melihat peranti-peranti yang dipasang di khemah utama. "3.40 p.m. Asal?"

Aku milihat jam di tangan. "Nak adjust je." Aku membetulkan masa mengikut negara tersebut.

"Orait. Aku gerak dulu. Hang duk la sini senyap-senyap." Aku menepuk bahunya kemudian meninggalkannya di khemah utama.

Aku membantu prebet lain untuk mendirikan khemah. Di sinilah kami akan makan dan solat.

AKU senyum. Baru sahaja menamatkan panggilan dengan Rin. Alhamdulillah, keluarga di sana baik-baik saja.

"Woi kau. Senyum je eh." Aku sengih.

"Of course la. Rindu bini kut. Kau tu tak pelah. Buah hati depan mata. Boleh ushar je." Kataku mencebik. Fauzan pula yang tersengih.

"Err, sir. General want to meet you." Ahmeed berkata padaku. Dia seorang askar bantuan dari Dubai. Aku mengangguk.

Aku ke khemah general. Beret di kepala dibetulkan sedikit. Aku berdiri menghadap general.Tabik diangkat.

"Yes, sir!"

"Daniel, there's something important that I want you to know."

"Cordia. He darely give you a message through our number. And, I think you should think it twice before you do it. If you need, you can take a few of our soldiers to go with you."

Aku kerut dahi. Mesej?

"Alright sir. Anything else?"

"No. You may go now."

Tabik diangkat sekali dan aku keluar dari khemah general.

Aku berlalu ke khemah telekomunikasi. Pelik. Fauzan tak cakap apa-apa pun kat aku.

Peluh di dahi dikesat. Walaupun di sini sejuk, tetap berpeluh. Yalah. Kawasan ni luas. Khemah pun jauh antara satu sama lain.

"Wei jan. Ada mesej untuk aku tak?"

Fauzan memandang aku. Dia menekan-nekan keyboard.

"Hmm...ada. Dari bini kau kut." Belum sempat dia buka mesej itu, terus aku menghalang.

"Ehh! Hantar ke aku. Jangan bukak. Malu lah aku."

Saja aku cakap begitu. Sebenarnya aku tak nak Fauzan tahu isi kandungan mesej tersebut. Dia tak sepatutnya ada kena mengena dengan hal aku.

Fauzan hanya sengih. Telefonku berbunyi  menerima mesej.

"Thanks, mate!"

Terus aku meninggalkan Fauzan sendiri. Aku ke tempat yang agak tersembunyi. Aku membuka mesej yang Cordia hantar kepadaku.

'Well played huh, Daniel? Aku ada bagi klu kat Pasar Ladive. Kau kat acah pandai. Of course tahu keberadaan aku. Aku nak jumpa kau. Kalau kau tak jumpa aku, aku hantar orang kacau family kau. See ya.'

Aku genggam telefon. Tak guna kau Cordia. Tak habis nak kacau hidup aku.

Aku terus mendapatkan jeep. Aku memandu terus ke Pasar Ladive. Sekarang waktu petang. Ramai orang di sini. Susah aku nak cari petunjuk yang diberikan Cordia.

Aku lihat kedai-kedai yang ada di situ. Bolgivia. Aku senyum sinis. Rupanya bukan susah mana.

Aku yakin dia ada di Bolgivia. Bolgivia. Nama salah satu dadah yang dia edar.

Pantas aku melangkah masuk dalam kedai Bolgivia.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now