Aku bangun dan membawa pingganku ke dalam plastik sampah yang diikat pada tiang khemah. Alah, pinggan polisterin je.
Saat aku ingin meletakkan pinggan, ada juga yang mahu membuang pinggan polisterin ke dalam plastik. Aku mendongak untuk melihat orangnya, dan saat itulah aku terkelu. D-Dia?!
Dia juga melihatku. Dan dia kelihtan lebih terkejut dengan keberadaanku di sini. Di tempat yang mustahil untuk aku berada baginya.
"You?!!!"
Aku menggaru kepala yang tak gatal. Alamak! Dah kantoi! Huhuhu. Ibu...abah....tolong Rin!
"Jim, meh tolong mak sat. Mak tak larat nak angkut sorang-sorang ni. Berat sangat." Kelihatan ada seorang wanita tua di bawah rumah memanggil Jim.
"Iya mak! Kejap!" Jim kembali merenung tajamku. "I've got business with you, Sofea." Jim menuding padaku. Jim terus berlalu ke arah ibunya.
Aku sejak tu duduk resah gelisah. Bukannnya aku takut dengan kemarahan Jim, tapi aku takut dia akan mengganggu kehidupanku. Bukan aku tidak nampak yang dia berminat denganku sewaktu awal perkenalan dahulu.
Aku duduk di pangkin bawah pokok. Jauh sedikit dari khemah yang riuh rendah itu. Aku perlukan ketenangan. Aku melihat sawah yang terbentang luas di hadapanku.
Serta merta aku tersenyum mengenangkan kenanganku bersama Daniel ketika berkunjung ke kampung ini buat pertama kali.
Daniel menarikku ke tengah bendang. Aku melangkah dengan berhati-hati untuk berjalan di atas batas. Seliparku telah lama selamat dalam genggaman Daniel.
"Abang, ada kerbau lah." Aku menunjuknpada seekor kerbau di tengah sawah. "Nak naik ke?" Pantas aku menggeleng. "Jom, kita ke bawah pokok tu.
Daniel menarik tanganku dan diajak berlari. "Eh abang! Jangan tarik! Jatuh nanti!" Aku hilang keseimbangan dan terjatuh dalam air. Habis kotor baju aku! Daniel pula nampak kaku. Tak lama kemudian, dia gelak habis-habisan. Tak guna punya suami!
"Daniel Hazif!" Jeritku. Daniel gelak dan cuba membantu aku bangun. Yes. Inilah masa dia. Aku tarik dia ke bawah. Dan akhirmya dia jatuh bersamaku. Hahaha! 1-1!
"Sayang ni. Kan dah kotor baju abang." Daniel memuncungkan bibir. "Barulah fair and square.....sayang!" Terus aku melumurkan lumpur pada muka hensemnya. Hahahaha! Dah tak hensem dah!
"Airina! How dare you do this to your husband?!" Daniel pula yang terjerit. Aku gelak. Tak lama kemudian terasa pula lendir basah di pipiku. Oh, dia balas balik?
"Tengoklah sayang nanti. Tonight, I will make sure that you can't walk on morning!" Aku gelak dan menjelir lidah. Saja nak bakar hati dia. Haha! Ingat aku takut?
"Eh abang Zif. Nak ikut main jugak." Ada sekumpulan budak-budak lelaki yang menaiki basikal datang. Oh, anak-anak jiran Cik Mah.
"Boleh. Tapi korang jangan sentuh akak ni eh. Abang punya." Daniel memelukku. Aish, buat malu je dia ni. "Alah, boleh je abang Zif!" Terus budak-budak itu membuka selipar dan turun bendang. Apalagi, main sakan lah kami!
Aku tersenyum mengenangkan kisah itu. Kelakar rasanya. Aku buka henfonku. Gambar selekeh Daniel aku jadikan wallpaper. Rindu punya pasal. Tak kesah dah selekeh ke tak. Gambar ni pun aku dah framekan dan letak kat tepi katil. Malam-malam mesti peluk dan usap. Rindu benor pada dia.
"Sofea."
Aku tersentak. Terus aku memandang orang itu.
Jim.
"Or should I call, Rin?" Terukir senyuman sinis di bibirnya. Aku menunduk. Malas nak tengok mukanya yang hensem itu.
"Kenapa awak tipu saya?" Soalnya. Aku mengambil nafas.
"Saya tak nak awak ganggu saya." Jim menggeleng dan melangkah mendekatiku. "Look. Im sorry for my behavior. Saya rasa, saya dah jatuh cinta dengan awak Rin. For the first time I saw you." Aku menggeleng.
"I don't." Balasku pendek. Jim senyum hambar. "I know. Awak maaih sayangkan suami awak kan? Its okay. Saya tak paksa pun. But if you need me, I'll always be there for you." Aku senyum tawar.
"But, can we still be friend?" Soalnya. Aku pandang Jim. "Yalah. Kita kawan." Jim menunjukkan gigi putihnya itu. Jim ambil tempat di sebelahku.
Nampaknya dia masih menghormatiku sebagai married woman sebab dia duduk jauh dariku. Tak apalah. I really appreciate it.
"Nama penuh awak apa?" Soalku. Jim senyum. "Hazim Fauzan." Aku mengangguk. "Ingatkan awak cina. Sebab nama Jim. Muka pun macam orang cina." Kataku. Jim senyum.
"My father is a chinese." Aku mengangguk. "Macam mana awak ada kat sini?" Soalku lagi. Memandangkan dah kawan, aku tanya semuanyalah.
"Ini kampung saya. Saya balik sini nak tenangkan fikiran. Sebab saya asyik ingatkan awak. Rindukan awak. Rumah opah saya selang 2 rumah dari rumah Cik Mah." Aku mengangguk lagi.
"Awak tak tengok ke alamat yang saya bagi? Saja saya bagi alamat kampung saya sebab kampung ni cantik." Aku menggeleng. Kertas tu pun aku tak keluarkan dari baju sejuk.
"Ni kampung awak ke?" Soalnya pula. Aku menggeleng. "Ni kampung suami saya." Jim senyum lemah. "Bila awak balik Shah Alam?" Soalnya lagi.
Aku terkejut. Mana dia tau aku tinggal kat Shah Alam? Mungkin dia tanya Cik Mah kut. "Esok kut. Lepas semuanya selesai." Kami berdua senyap. Tiada apa yang hendak dibualkan lagi.
"Ok, tak manis pula saya duduk sini. Saya masuk dalam dulu. Assalamualaikum." Aku melangkah masuk ke dalam rumah.
"Nia? Buat apa kat sini sorang-sorang?" Aku soal Nia apabila ternampak Nia duduk termenung di meja makan. Kat dapur memang lengang memandangkan dekat luar tu riuh.
"Tak de apa. Cuma terkenangkan along je." Balas Nia. Aku mengambil tempat di sebelahnya. "Akak pun teringatkan along." Aku senyum tawar.
"Boleh Nia anggap yang akak kakak Nia walaupun along tak dah de?" Soalnya. Aku senyum dan memeluk bahunya. "I'll always be your sister."
AKU menutup pintu rumah. Baru selesai membuat check up untuk kandunganku ini. Alhamdulillah, kandungan sihat. Doktor jangka yang kandunganku akan keluar hujung bulan ini. Yalah, sudah 8 bulan aku mengusung kandungan ini.
Aku duduk di sofa. Penat. Sepatutnya aku berteman, tapi kelihatannya semua sibuk. Ibu pergi ke perjumpaan rukun tetangga. Ibu tak boleh nak excuse, sebab ibu pengerusi.
Abah pula kena attend meeting dengan abang. About saham syarikat ke apa. Aku tak tahu. Jadi, aku sorang di rumah ini.
Sejak makin sarat ni, aku tinggal di rumah ibu dan abah. Ibulah yang beria untuk aku tinggal dengannya. Katanya mudah untuk dipantau. Kalau jadi apa-apa, ada orang tengokkan. Aku mengiyakan sajalah. Ada juga orang boleh tolong untuk bantu aku masak cupcake.
Oh ya, perniagaanku dalam cupcake juga sudah makin berkembang. Asalnya aku ambil tempahan di kawasan kejiranan je. Ingat nak ke semenanjung Malaysia, tapi takut tak elok pula cupcake tu.
As usual, aku buat eksperimen. Eksperimen dengan aku memang tak dipisahkan. Aku suka membuat suatu bende yang baru. And after almost 20 trials, dapat juga aku hasilkan cupcake yang bertahan sehingga 5 hari. Dan rasanya langsung tidak terjejas. Terima kasih kepada otak aku sebagai doktor dan kawan-kawan doktor aku yang lain. Jasamu akan ku kenang!
Aku naik untuk nersihkan diri. Cukuplah rehat kat sofa tadi. Usai solat Zohor, aku ambil keputusan untuk tidur. Mudah benar aku rasa penat.
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...