"A-abang...?"
"Yes, Its me. Aip, salam tu jawab dulu."
"W-waalaikummussalam." Hingus disedut dalam.
"La, jangan nangis. Abang rindu sangat sayang." Luah Daniel. Yes, its my lovely husband.
"Da tau rindu, kenapa tak call awal-awal?" Suaraku serak akibat menangis.
"Kalau boleh, abang nak call. Tapi taulah kat sana mana nak ada line. Kitorang terpaksa lah bina khemah untuk pusat telekomunikasi. Nasib baik ada yang tolong pasangkan." Terang Daniel.
"Hmm...yalah. Abang ok ke kat sana?" Soalku
"Abang ok. Kitorang baru tinjau kawasan dekat sini. Setakat ni alhamdulillah, tak de apa-apa. Doakan abang ya?"
"Semestinya. Rin mana pernah lupa doakan abang. Urmm....abang lama lagi ke kat sana?"
"Tak tahulah. Mungkin lama kut." Aku diam. Haih, lama lagi aku dapat bantal peluk aku nih.
"Abang nak tanya ni. Sayang ada akaun skype tak? Boleh la nampak muka sayang."
"Skype? Tak de. Rin tak reti nak berskype bagai ni."
"Nanti buat akaun. Abang nak jugak video call dengan sayang."
"Hmm...yalah. Nanti ID Rin, Rin bagi kat abang. Nak mesej no ni ke?"
"Hmm..boleh la. Tapi sayang jangan tetiba mesej rindu bagai kat no ni pulak." Aku kerut dahi. Aik??
"La, kenapa?"
"No ni, international punya. Setiap prebet, dibenarkan call seorang je. Nombor ni hanya untuk call atau mesej pada ahli keluarga prebet sahaja. Dan kalau ada mesej masuk, mesej tu sampai pada Ketua Komunikasi. Dia akan cek untuk pastikan pihak musuh tak dapat hack sistem kitorang."
"Takkan satu nombor je? Kalau ada emergency ke apa."
"Setiap bahagian ada nombornya, sayang. Ada nombor untuk emergency, nombor untuk call pihak lain kat Afghanistan. Biasalah tu, sayang."
Aku mencebik.
"Aii, bos? Lamanya. Kami pun ada isteri. Tu yang nak guna telefon juga!" Aku dengar suara di sana. Pasti ahli prebet yang lain.
"Ha, yalah! Ok, sayang. Jangan lupa tau buat akaun skype. Nanti mesej. Pastikan bagitau untuk abang tau? Ok. Kirim salam kat semua. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Talian dah lama dimatikan, tapi telefon masih melekat di telinga. Kenapa kejap sangat? Aku pandang jam di dinding. 11.30 . Setengah jam je? Haih, bersyukurlah dengan apa yang ada. Kerja tadi disambung.
________________________Kaki aku diatur ke bahagian pesakit mental yang kesnya berat. Nama Nang dicari. Aku lihat melalui tingkap kecil dipintu.
Nang sedang duduk di atas katil sambil menggoyangkan badannya. Mulutnya digumamkan sesuatu yang aku tidak faham.
Aku buka kunci pintu tersebut dan menguak pintu itu untuk masuk ke dalam. Mata Nang beralih ke aku. Huish, buat seram je lah dia ni.
Aku tarik kerusi yang ada dan duduk di hadapannya. Tanganku menyelak helaian kertas yang ada di tanganku.
"Nang ada apa-apa nak diberitahu?" Soalku padanya. Dia memandangku. Mukanya didekatkan padaku. Matanya yang membulat itu menjadi tatapanku.
"Kau. Blah. Sebelum. Dibunuh. Aku." Katanya keras. Aku sekadar mengangguk. Mataku teralih pada kertas dan menulisnya.
Butiran peribadinya ditilik. Ng Nang. 34 tahun. Asal Vietnam. Berada di bawah penjagaan polis atas kes penyeludupan dadah.
Perkara seperti ini sudah sebati dengan diri aku. Kalau sebelum ni, kena ugut macam tu, menangis aku balik rumah. Tapi sekarang, aku tak kisah sangat. Sebab orang-orang Daniel melindungiku. Adalah beberapa nama yang aku ingat. Hafiz, Paan, Lan. Paling aku ingat lah.
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...