Bab 7

7.8K 254 3
                                    

Aku berjalan dalam wad. Dah lama rasanya aku tak mencemar duli kat wad ni. Last pun sebelum aku dapat kes Daniel.

Cakap pasal Daniel, apa khabar eh dia? Luka dia macam mana? Dah 3 hari dia keluar dari hospital.

Kejap. Asal aku fikir pasal dia ni? Cukup lah Rin kau fikir pasal dia. Dia ada life dia sendiri. Bukannya terperuk kat sini.

Aku jalan ke katil yang menempatkan Aiman. Aku nampak Aiman ceria dengan seorang gadis.

Aku menyapanya. "Assalamualaikum." Gadis tersebut menoleh. Dia berdiri. "Waalaikummussalam." Balasnya.

"Kak, kenalkan ni Kak Rin. Dia la akak yang Man cerita." Gadis tersebut  menghulur tangan. Aku menyambut senang hati.

"Saya Qhisya. Kakak Aiman. Terima kasih doktor sebab jaga adik saya." Aku senyum. "Dah tugas saya. Saya nak tanya kalau tak keberatan. Macam mana boleh jumpa Aiman kat sini?"

Pelik juga. Kalau kakak, mesti masa Aiman masuk wad dia akan jaga Aiman. Mana dia pergi?

"Saya tahu, saya ni kakak yang tak berguna. Adik masuk wad pun saya tak tahu. Keluarga kami ni ada masalah. Sejak mak ayah bercerai, saya jaga adik saya. Tapi sebab ikut kata kawan, saya tinggalkan adik saya kat rumah anak yatim. Tak mampu nak jaga. Saya hidup seorang diri. Hampir je jadi pelacur. Alhamdulillah, ada seorang akak ni bagi kerja kat saya. Dia juga ajar saya tentang agama. Walaupun gaji tak berapa, saya bersyukur. Kemudian, saya ke rumah anak yatim. Nak cari adik saya ni. Tapi dia dah dipindahkan. Saya pun cari. Hampir 3 bulan saya cari. Alhamdulillah lagi, jumpa juga saya dengan dia masa lawat kawan dekat hospital ni. Kuasa Allah. Siapa kita nak menduga kan?" Qhisya mengelap air matanya. Sedih menceritakan kisahnya. Tangannya sibuk mengelus rambut Aiman yang baru tumbuh.

Ketumbuhan Aiman dah dibuang. Alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya. Lepas lama menderita, Allah beri semula nikmat sihat padanya.

Aku lap air mata. "Bagus la Qhisya dah sedar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya." Aku usap tangan Qhisya. Kami berdua diam sekejap. Layan perasaan.

"Ok lah. Saya pergi dulu ya? Ada kerja nak dibuat." Qhisya mengangguk. Aku senyum padanya. Kaki aku mula meninggalkan ruangan itu.

Aku berjalan ke wad yang menempatkan pesakit mental. Semasa aku ke sana, aku nampak lelaki dengan susuk tubuh yang amat aku kenal. Tapi tak mungkin dia la kan? Lagipun dia dah keluar hospital. Mana nak datang lagi.

Aku ke pesakit aku. Tangan yang sedia memegang rekod pesakit-pesakit ku lihat. Pak Mal. Hmm..dah lama aku tak tengok dia ni. Ada apa kemajuan ke?

Aku tengok rekod dia yang telah diupdate. Tak de perubahan. Still in depression. "Pak Mal..." Aku panggilnya.

Perlahan pakcik tua itu memandang aku. Tangannya memegang patung teddy bear yang dianggap anaknya.

"Pak Mal ok?" Dia pandang aku dan mengangguk. "Rin, tengok lah anak pak cik ni. Membesar dengan sihat." Dia sengih sambil tunjuk teddy bear yang didukungnya.

Aku senyum hambar. "Pak Mal, ini teddy bear. Anak Pak Mal tak de." Tuturku lembut sambil usap bahunya. Dia pandang pelik aku. "Lisa, Rin cakap Lisa teddy bear. Mana ada Lisa teddy bear kan?" Dia cakap pada teddybear pula.

Aku tumpang simpati pada Pak Mal. Anaknya Lisa bukannya mati atau tak de, cuma tak nak jumpa ayahnya je. Dah bertahun sejak Lisa keluar rumah dia tak jumpa Pak Mal.

Awalnya, Pak Mal boleh terima. Tapi lama kelamaan, dia asyik kata yang dia ada jumpa Lisa dalam rumahnya. Sampaikan teddybear yang dia hadiahkan pada Lisa masa dia 6 tahun dianggap Lisa.

Nasib baik ada jirannya yang selalu lawat dan jaga dia di sini. Apa nak jadi lah zaman sekarang. Penat ibu bapa jaga, bila besar tak kenang budi. Sibuk pergi dekat boyfriend.

Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)Where stories live. Discover now