Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ku sepanjang persiapan pernikahan ini. Baru setengah jam yang lalu, aku dan Daniel selamat diijabkabulkan.
Aku malu saat Daniel mencium dahiku lama. Sejak tok kadi memberi tazkirah sedikit mengenai tanggungjawab suami isteri dalam perkahwinan, aku tekad untuk menjadi isteri yang solehah pada Daniel.
"Tahniah, Rin. Tak sangka aku yang kau kahwin dengan pesakit kau sendiri." Kata Kak Fad yang merangkap doktor sakit puan.
"Terima kasih, Kak Fad. Sekarang bukan pesakit dah. Dah upgrade jadi suami." Kataku kemudian tergelak.
Majlis diadakan di ballgroom disebuah hotel. Itupun atas tajaan Pak Lang. Hotel dia. Boleh la belanja. Asalnya Daniel tak nak tapi terima jugalah. Dah orang beri.
Lepas majlis berlangsung, aku dan Daniel terus pulang ke rumah ibu bapa Daniel. Memandangkan hotel pak long lebih dekat dengan rumah ibubapanya, kitorang berhasrat untuk tidur disitu saja.
"Nah. Rin pergi bukak pintu dulu. Kuncinya sudah label. Tau la mana nak masukkan nanti. Abang nak angkat beg." Daniel beri aku segugus kunci. Wah. Rajin betul dia label.
Lepas saja akad nikah, Daniel terus tukar panggilan kepada Abang dan Rin. Sweet ke? Entah. Bagi aku biasa lah tu. Takkan la nak panggil woi kau! Hehehe.
Lepas masuk ke rumah, aku lihat sekeliling rumah. Simple but nice. Rumah double story. Daniel ni dari keluarga biasa-biasa saja tapi agak berkemampuan.
Aku keluar dan bantu Daniel angkat beg yang selebihnya. Kata Daniel yang kitorang cuma duduk 2-3 malam je kemudian pindah rumah baru. Daniel takut dia terbayang-bayang kejadian itu. Aku faham keadaannya dan aku menghormati keputusannya.
"Masuk bilik yang kanan tu ya?" Aku mengangguk dan meletakkan beg di dalam bilik itu. Kemas dan agak luas. Aku berjalan ke arah meja yang terletak di sudut bilik.
Aku tatapi gambar yang berada di situ. Di gambar itu, kelihatan Daniel menggenggam segulung ijazah dengan pakaian konvonya sambil didampingi ayah, mak dan Dania.
Oh ya, sebut pasal Dania, dia sekarang sudah tamatkan pembelajarannya dan membuka sebuah butik kecil di Paris. Almaklumlah. Fashion designer.
Suka betul dia bila dapat tahu yang aku dan Daniel akan berkahwin. Sampai menawarkan diri untuk buat gaun pengantin. Tak apalah. Sekali-sekala kan?
Tiba-tiba ada tangan melingkar di pinggangku. Tau dah sapa. Takkan la hantu susu. Aku pun sekarang bukannya ada susu. Manalah hantu susu tu nak kat kat aku. Macam sedih je bunyinya. Eh? Apa aku melalut ni? Hahaha.
"Masa tu abang grad kat UKM. Memang ada niat nak sambung ke luar negara, tapi masa tu tak mampu lagi. Dengan pembiayaan Dania yang banyak sebab dia masa tu tengah ambil SPM, memang susah masa tu. Alhamdulillah, murah rezeki abang lepas abang jadi konstabel." Daniel mula bercerita. Aku tersenyum.
Ya, kita mungkin dilahirkan dalam keadaan yang senang, nak itu dapat. Nak ini dapat. Tapi, ada juga nasib orang lain yang tak sebaik kita. Sebab itu lah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sebelum nikmat itu ditarik balik.
"Dah, pergi ambil wudhuk. Abang tunggu. Kita solat berjemaah ye?" Daniel lepaskan rangkulannya. Aku mengangguk dan terus ke bilik air.
Usai ambil wudhuk, Daniel mengimamkan solat maghrib kami. Sungguh syahdu dia baca ayat al-quran. Tenang. Ini kali kedua kami solat berjemaah. Yang first masa sebelum upacara pembatalan wudhuk. Solat sunat syukur.
Daniel bersalam dan mencium dahiku selepas solat. "Malam ni tak keluar mana-mana ke?" Soalku sambil melipat telekung. Daniel meletakkan songkoknya di atas meja kecil.
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...