Bab 1

10.1K 173 1
                                    

"Dira, tolong Nek Wan basuhkan pinggan yang Nek Wan letak atas meja tu. Orang jauh nak balik ni kena pakai pinggan lawa sikit", arah Nek Wan pada Adira, cucu angkatnya yang dibela sejak Adira berusia 13 tahun.

"Baik Nek Wan. Semua ni ke Nek Wan?Berapa ramai yang nak datang ni?" Soal Adira semula bila dilihat agak banyak juga pinggan yang diletakkan Nek Wannya.

"Pak Cik Man sekeluarga je tapi Nek Wan ada jemput Mak Ngah dan Pak Su juga. Campur-campur ramai la nanti. Tentu mereka seronok nak sambut abang dorang balik. Pak Man dah habis kontrak kerja dia kat sana. Pak Man akan tinggal kat sini", jawab Nek Wan. Terpancar rasa bahagia bila anak sulongnya yang sudah bertahun-tahun menetap di Australia itu akan kembali ke sisinya dan tak akan bekerja di sana lagi.

Adira cekap membuat kerja. Tidak kekok sama sekali walau pun banyak masanya dihabiskan di asrama. Sejak tingkatan satu lagi Adira diterima masuk ke sekolah berasrama penuh sehingga ke tingkatan 5. Kemudian menyambung program asasinya dalam bidang perubatan di UIAM kampus Petaling Jaya. Kini, Adira dalam tahun satu semester pertamanya di UIA Kuantan dalam bidang perubatan. Itu sememangnya cita-cita Adira sejak kecil lagi. Adira memang pelajar yang pandai dan menjadi kebanggaan Nek Wan. Selama lima tahun itu juga, Nek Wan mendapat tepukan dari warga MRSM Balik Pulau kerana dia akan bersama-sama Adira berdiri di atas pentas apabila Adira diumumkan sebagai pelajar cemerlang pada setiap peperiksaan akhir tahunnya dan yang paling membanggakan Nek Wan, Adira merupakan pelajar terbaik SPM seluruh MRSM di Malaysia. Berita dalam surat khabar yang memaparkan wajah Nek Wan dan Adira dibingkaikan cantik-cantik oleh Nek Wan dan digantung di ruang tamunya. Adira kebanggaannya!.

"Nek Wan nak susun kat mana pinggan-pinggan ni?", soal Adira.
"Dira lap dulu pinggan-pinggan tu. Simpan semula dalam almari. Esok nak guna senang sikit", arah Nek Wan
Adira selesai mengelap pinggan dan kemudian masuk ke biliknya untuk menunaikan solat Zohor.
Usai solat, Adira kembali mendapatkan Nek Wannya yang sibuk di dapur.
"Nek Wan buat apa tu? Dari tadi Dira tengok Nek Wan tak henti-henti buat kerja. Ada apa-apa lagi yang Dira boleh tolong?"tanya Dira ,lembut.

Nek Wan tersenyum memandang cucu angkatnya itu. Wajah polos dan lembut itu dipandang lama.
"Kenapa Nek Wan pandang Dira macam tu? Senyum-senyum lagi", Dira mengecilkan matanya memandang Nek wannya seperti penuh curiga.
Senyum Nek Wan makin lebar.
"Nek Wan!", jerit Dira yang tak puas hati bila Nek Wan buatnya bertambah curiga.
Akhirnya Nek Wan gelak bila melihat cucunya itu sudah merajuk. Rajuk yang dibuat-buat Adira kerana tak puas hati dengan pandangan Nek Wannya.
"Dira", panggil Nek Wan
Dira pandang wajah Nek Wan
"Dira marah Nek Wan?", sayu bunyi suaranya.
Dira menggelengkan kepalanya. "Tak Nek Wan. Kenapa Dira nak marah Nek Wan? Marah orang yang dah jaga Dira, orang yang sayang Dira macam darah dagingnya sendiri, orang yang dah belanjakan duitnya untuk sekolahkan Dira sampai sekarang, bila sakit Nek Wan jaga.Kalau tak ada Nek Wan tak tahulah hidup Dira sekarang. Mak abah tinggalkan Dira tanpa siapa-siapa. Terima kasih Nek Wan", ucap Dira sebak. Dipeluk tubuh tua Nek Wannya.

Hajah Kamsiah membalas pelukan cucu angkatnya itu. Tumpah segala kasih dan sayangnya pada anak gadis manis itu. Kadang-kadang, Hajah Kamsiah rasakan kasihnya pada Adira lebih dari mengasihi cucu-cucunya yang lain, anak Kamalia dan anak Khairul.
Kamalia anak kedua Hajah Kamsiah. Hasil perkahwinan Kamalia, Hajah Kamsiah mendapat dua orang cucu. Kedua-duanya perempuan. Yang sulong sebaya Adira 20 tahun dan yang bongsu baru 16 tahun. Anak Khairul pula baru seorang, lelaki, darjah satu. Khairul lambat kahwin dan lambat pula rezekinya mendapat anak. Alhamdulillah walau pun lambat ada juga seorang. Itu yang Hajah Kamsiah selalu kata pada menantunya, Hasnah isteri Khairul yang dulu seperti sudah berputus asa untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri tetapi siapa yang tahu, kuasa Allah. Selepas enam tahun kahwin baru Hasnah disahkan mengandung.

"Dira ni amanah dari mak dan abah Dira. Nek Wan pun dah anggap mak abah Dira tu macam anak Nek Wan juga. Abah Dira memang baik dengan Pak Man. Sama-sama belajar. Tapi rezeki Pak Man dapat kerja di luar negara. Lepas Pak Man kahwin dibawa sekali isterinya ke sana. Masa isteri Pak Man bersalin anak sulongnya, agak lama juga mereka di sini. Yelah anak pertama, banyak perkara tak tahu. Bila anak kedua dah tak balik berpantang di sini. Pak Man pun jarang balik. Dah lima tahun juga Pak Man tak beraya bersama Nek Wan. Nasib ada Mak Ngah dan Pak Su. Arwah mak abah Dira baik orangnya. Orang baik ni memang cepat dijemput Allah", kata Nek Wan memecahkan kesunyian antara mereka tadi.

"Terima kasih Nek Wan sudi ambil Dira" kata Adira
"Memang Nek Wan nak ambil Dira pun. Dira ni pun cucu Nek Wan. Tak kan Nek Wan nak biarkan Dira. Mak Ngah dan Pak Su pun dah anggap Dira macam keluarga mereka sendiri", Hajah Kamsiah mengusap rambut lurus Adira yang hitam lebat itu. Sayang benar dia pada Adira.
Adira mengangguk tetapi boleh tiba-tiba sesak nafasnya kalau memikirkan sikap Mak Ngah dan anak sulongnya Sakinah tu. Kedua-duanya seperti tidak berpuas hati dengannya. Ada seperti yang tak kena di hati dan mata mereka kalau memandang Adira. Adira melepaskan keluhan yang panjang.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now