Bab 27

4.1K 120 4
                                    

"Adiff, Dira mari sini. Nek Wan nak cakap sikit", panggil Nek Wan
Adira dan Adiff duduk di hadapan Nek Wan.
"Ada apa Nek Wan?" Tanya Adiff
" Nek Wan sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Dalam satu hari ni macam -macam jadi. Apapun Nek Wan bersyukur walau pun majlis Dira ada masalah tapi Allah permudahkan juga akhirnya", kata Nek Wan.
Adira hanya mengangguk.
" Adiff, sekarang Dira adalah tanggungjawab Adiff. Nek Wan tahu apa yang ada dalam hati Adiff dan Dira. Antara percaya dan tidakkan tapi ini semua kuasa Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang. Nek Wan nak kamu berdua hiduplah seperti mana pasangan suami isteri yang lain. Nek Wan pun rasa tak sukar kamu berdua untuk menyemai perasaan kasih dan sayang sebab Nek Wan percaya dalam hati kamu berdua sudah ada perasaan itu", kata Hajah Kamsiah. Diusap kepala Adira penuh sayang.
" Nek Wan, Adiff janji akan jaga Dira, akan sayang Dira sepenuh hati Adiff. Nek Wan doakan Adiff dan Dira ye". Kata Adiff. Dicium tangan Nek Wannya.
Hajah Kamsiah mengangguk. Tersenyum pada kedua-dua cucunya. Hajah Kamsiah percaya, kedua-dua cucunya itu akan mampu membina sebuah keluarga yang bahagia.

Selesai solat Isyak, Adira duduk di hujung katil. Telekungnya masih dipakai. Dia termenung memandang barang-barang hantarannya. Barang yang dibelinya bersama Aqiff. Adira seperti tidak percaya apa yang berlaku hari ini. Bertunang dengan orang lain tetapi kahwin dengan orang lain. Ya Allah ,ujian apakah lagi selepas ini. Adira meraup wajahnya.
Pintu bilik dibuka. Adiff melangkah masuk. Adira tidak memandang. Rasa canggung berdua-duaan begitu. Pada Adira,walau pun mereka sudah saling mengenali tetapi bila tiba-tiba Adiff menjadi suaminya, susah bagi Adira untuk sesuaikan dirinya dalam masa kurang 24 jam ini. Antara percaya dan tidak tapi yang pasti dia adalah hak yang sah Adiff Fahmi bukan hak Aqiff Farhan.

Adiff mengambil tempat di sebelah Adira.
"Kenapa sayang pandang barang hantaran tu?" Soal Adiff lembut.
"Barang hantaran tu barang abang Qiff. Dira kena beli yang lain untuk abang", kata Adira.
Adiff tertawa kecil. Adira memandang suaminya itu. Apa yang lucu pada katanya tadi.
"Sayang, pada abang tak penting dah semua tu. Barang-barang tu syarat je sayang. Kalau tak ada pun tak apa. Yang penting pada abang adalah kebahagiaan sayang. Itu keutamaan abang. Barang Qiff tu kita simpan. Nanti kita bagi pada Qiff. Abang rasa Qiff pun faham", pujuk Adiff lembut.
Adira hanya mengangguk. Memang betul juga kata suaminya itu. Itu barang abang Aqiff dan perlu dipulangkan pada tuannya.
" Sayang ni dah solat ke belum?" Soal Adiff bila melihat Adira yang masih bertelekung.
Adira tertawa kecil kerana melihat dirinya masih berbungkus itu.
" Dira dah solat tadi. Abang ke masjid dengan siapa tadi?", soal Adira. Adira memandang suaminya. Ada debaran pada dadanya. Debaran yang sama bila pertama kali bertentang mata dengan Adiff.
" Daddy dengan Pak Su tadi. Kebetulan mereka nak ke masjid, abang ikulah sekali", jawab Adiff. Adiff bangun. Songkok yang dipakai diletakkan di atas meja solek. Adira hanya memerhati. Kenapa lelaki di hadapannya ini bertambah segak dengan baju Melayu? Semakin suka pula Adira memandang suaminya itu.
"Kenapa sayang pandang abang macam tu?".Adiff dapat menangkap pandangan Adira padanya.
"Huh!" Adira kalut. Malu dapat ditangkap mencuri pandang suaminya sendiri.
" Abang tanya sayang, kenapa pandang abang macam tu? Ada yang tak kena pada abang ke?" Soal Adiff pula sambil membelek baju yang dipakainya.
" Tak ada apa yang tak kena. Dira suka tengok abang pakai baju Melayu dengan pelekat tu", jawab Adira jujur.
" Oooo.., abang ingat apalah tadi. Kalau macam tu abang kena pakai hari-harilah baju Melayu supaya sayang pandang abang je", usik Adiff. Adira ketawa. Adiff suka melihat Adira ketawa begitu. Adira sangat comel. Dua lesung pipitnya yang dalam itu buat Adira lagi comel.
Adiff kembali duduk di sebelah Adira. Kali ini Adira pula yang bangun. Dibukanya telekung yang dipakai lalu disidai ditempat sidaian telekungnya. Adiff hanya memerhati dari belakang. Adira memakai kaftan kuning lembut. Rambutnya diikat kemas separas bahu itu menampakkan leher Adira yang putih. Ini kali kedua Adiff melihat Adira tanpa hijab. Bezanya dulu tanpa sengaja dan Adira bukan haknya yang sah tapi kali ini dia boleh melihat Adira sepuas-puasnya. Apa yang ada pada Adira adalah haknya sebagai suami.
Adira berpaling memandang semula suaminya. Dia tidak selesa dipandang begitu oleh suaminya sendiri tetapi Adira buat-buat tak nampak walau pun dia sendiri gugup.
Adira membetulkan tempat tidurnya.
" Dira dah nak tidur. Abang nak apa-apa lagi tak. Nak minum air ke?", soal Adira.
" Tak ada sayang. Kalau abang nak, abang ambil sendiri", jawab Adiff. Adiff tahu Adira malu padanya.
" Abang tak nak tidur lagi ke?" Tanya Adira semula. Tak kan dia nak tidur dulu dan biarkan suaminya begitu.
" Sayang tidurlah dulu. Abang nak keluar sekejap. Ada hal nak bincang dengan daddy", jawab Adiff memberi alasan. Kalau tanya mahu tidur ke tidak, tentu jawapannya mahu tapi Adiff tak nak terburu-buru. Dia juga harus memikirkan keadaan Adira. Bukan semudah membaca ABC, Adira nak menyesuaikan dirinya. Sepatutnya Aqiff yang bersama Adira malam ni bukannya dia. Dia harus beri Adira masa. Buat apa nak terburu-buru, masa masih panjang untuk mereka bersama membina kebahagiaan.
Adira hanya mengangguk walau ada sedikit rasa kecewa kerana suaminya itu seperti tidak sudi tidur bersamanya.

Sudah setengah jam Adiff bersembang dengan daddy dan Pak Sunya. Dalam fikirannya, Adira tentu sudah tidur. Sejak tadi hanya jasadnya ada di situ tapi seratus peratus fikirannya pada Adira.
"Hai pengantin tak mau tidur lagi ke. Dira mana? Tidur dah ke?" , soal Mak Su.
"Dah Mak Su. Penat.", jawab Adiff ringkas.
" Ye ke dah tidur. Entah-entah tengah tunggu Adiff dalam tu. Adiff je yang tak tahu", usik Mak Su pula.
Daddy dan Pak Su hanya tertawa. Perangai orang baru kahwin. Malu-malu kucing. Mahu tapi malu.
Tak terfikir pula Adiff. Niatnya tadi tak nak Adira rasa tak selesa tapi bila Mak Su cakap macam tu baru dia terfikirkan sesuatu. Tentulah Adira malu. Ini malam pertama mereka sebagai suami isteri. Malam pertama mereka akan tidur sekatil.
Kenapalah tak terfikir tadi. Takkan la Adira yang nak mulakan, tentulah aku, sebagai suaminya. Adiff menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

Puas Adira cuba melelapkan matanya. Suasana biliknya yang samar-samar itu dan kedinginan dari pendingin hawa tidak membantunya untuk tidur. Sudah setengah jam dia begitu, ke kiri dan ke kanan. Pandang ke kiri, Adiff masih tidak tidur disebelahnya. Memang fikirannya memikirkan lelaki itu. Tidak patut juga dia tidur dulu dari suaminya.
Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka perlahan. Adira memejamkan mata dan membatukan dirinya. Itu tentu suaminya.
Adira dapat rasakan kehangatan tubuh disebelahnya. Tubuh itu semakin rapat dengannya. Dadanya semakin kuat bedegup. Adira seperti boleh mendengar setiap degupan jantungnya itu. Adakah Adiff juga boleh mendengarkannya. Malulah dia kalau Adiff juga boleh mendengarkannya kerana Adiff akan tahu Adira sebenarnya masih belum tidur.
Adira merasakan hembusan nafas Adiff dibelakang lehernya. Hangat. Adiff merangkul pinggangnya. Satu ciuman dibelakang leher Adira buat jantung Adira mahu pecah.Semakin rapat dipejamkan matanya semakin erat juga Adiff memeluknya. Inilah malam pertama mereka berkongsi katil yang sama walaupun mereka berdua masih teruna dan dara.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now