Bab 4

4.3K 143 3
                                    

Kedengaran bunyi kereta di halaman rumah. Khairul dan Hasnah yang duduk di pangkin berdekatan bangsal di dapur emaknya bangkit untuk melihat siapa yang datang. Mungkin Abang Mannya sudah sampai.

"Assalamualaikum", garau suara lelaki yang memberi salam itu.
"Waalaikumussalam", jawab Khairul dan Hasnah serentak.
"Ya Allah, syukur Alhamdulillah Abang Man dah sampai pun. Mak! Mak! Abang Man dah sampai ni", jerit Khairul.
Khairul terus bersalaman dan memeluk Abang Mannya. Rindu pada abangnya itu. Khairul bersalaman pula dengan kakak iparnya, Kak Julita. Wajah Kak Julita sama seperti dulu. Seperti tak dimakan usia. Lagi bertambah cantik bila kakak iparnya itu sudah mengenakan hijab. Abang Man pun sama. Walau pun sudah beruban masih segak dan tegap tubuhnya.
Hasnah juga bersalaman dengan abang dan kakak iparnya itu. Segan dia dengan Kak Julita. Jauh beza penampilannya. Walau pun Kak Julita biasa-biasa saja tapi terserlah keanggunannya. Tak silap Hasnah, kakak iparnya itu sudah berusia 45 tahun, tua dua tahun dari Abang Man.

"Ini Hasnahkan?" Soal Julita
" Aah kak. Ni Hasnah. Kak Julita apa khabar?"tanya Hasnah
" Alhamdulillah. Kak Ju sihat je. Kadang-kadang tu ada juga sakitnya. Dah tua Hasnah", jawab Julita ramah.
"Tapi Kak Ju makin cantiklah", puji Hasnah pula
"Cantik apanye lah Hasnah. Muka dah kedut-kedut ni dikatakan cantik abang". Julita memandang suaminya. Kamaruzaman hanya senyum.
"Jangan puji sangat Hasnah Kak Ju kau tu, nanti tak nampak tangga nak naik", usik si suami.
"Ada-ada je lah abang ni", kata Julita sambil mencebik ke arah suaminya.
"Eh! Mana dua orang anak bujang Abang Man tu?"soal Khairul bila tak nampak kelibat dua orang anak buahnya itu.
"Ada dalam kereta tu. Dua-dua tidur. Jet lag lah tu. Pening kepala sejak turun tadi. Ju gerak anak bujang awak tu. Suruh Adiff dan Aqiff angkat semua beg tu", arah Kamaruzaman pada isterinya.
"Biar Rul tolong Kak Ju. Kesian budak-budak tu. Suruh dorang naik tidur kat atas. Mamai lagi tu. Sehari dua baru hilang pening tu". Khairul menghulurkan bantuannya.

Khairul dan Hasnah mengangkat semua beg Abang Man sekeluarga naik ke rumah.
" Ya Allah anak aku, Man" Hajah Kamsiah meluru ke arah anaknya.
" Mak!" Kamaruzaman terus mencium tangan emaknya lalu dipeluk tubuh orang tuanya itu
"Maafkan Man mak. Dah lama Man tak balik tengok mak. Man berdosa mak". Kamaruzaman menangis. Ada sebab dan rahsianya kenapa selama lima tahun ini dia sekeluarga tidak pulang ke Malaysia. Akan ada satu masa nanti semuanya akan diceritakan pada emaknya.
"Man tak berdosa pun pada mak. Walau pun Man tak balik, Man tak pernah lupa mak kan? Man tetap call makkan? Mak tak berasa hati pun Man. Jangan cakap macam tu lagi. Mak tak suka. Man dah balik ni sudah cukup buat mak bahagia", kata Hajah Kamsiah. Tak dapat lagi dia menahan air matanya. Semua yang menyaksikan turut menangis.
Julita menyalami ibu mentuanya. Hajah Kamsiah memeluk menantunya itu.
"Mak sihat?", tanya Julita
"Sihat nak. Ju pulak macam mana?" Hajah Kamsiah mengusap kedua-dua pipi menantunya itu.
" Ju sihat mak. Anak-anak pun sihat",jawab Julita menahan sebak.
"Mana cucu-cucu mak? Tak sabar nak tengok muka budak bujang tu", Hajah Kamsiah meninjau- ninjau ke dalam kereta.
"Ada mak. Nanti Ju kejutkan", kata Julita sambil berjalan je arah kereta.
Pintu kereta Alphard hitam itu dibuka. Kedua-dua anak bujang Kamaruzaman dan Julita turun dari kereta.
Sejak lima tahun tak melihat dari dekat wajah cucu-cucunya itu, memang sangat berbeza.
Hajah Kamsiah tersenyum lebar. Handsome cucu-cucu aku. Kata hatinya.

Kamalia dan Razak serta anak mereka Sakinah dan Syaliana yang baru balik dari bandar terus bersalaman dengan Abang Man dan Kak Julita.
Sakinah tak berkelip mata memandang kedua-dua anak Pak Mannya itu.
Kamalia menyenggol lengan anaknya supaya menjaga sikap apabila dilihat anaknya itu seperti tidak pernah melihat lelaki.
Sakinah yang tersedar, cepat-cepat buat bersahaja. Nak coverlah konon.

" Adiff, Aqiff, sini.", panggil mamanya.
Adiff dan Aqiff berjalan menuju ke arah mamanya sambil memicit kepala. Kedua-duanya masih pening.
"Salam dengan Mak Ngah dan Pak Ngah ni", arah Julita pada anak bujangnya.
"Maaflah Lia, Razak. Budak berdua ni turun flight tadi tak habis pening lagi", kata Julita bila anak bujangnya itu seperti mamai dan takut disalah erti, nanti dikata sombong pulak.
Sakinah yang berdiri di sebelah mummynya, menahan perasaan. Perasaan gembira dan teruja melihat sepupunya yang handsome tu.
Adiff dan Aqiff hanya memberi senyuman pada Sakinah lalu kedua-duanya menuju ke arah Nek Wan mereka.
Hajah Kamsiah memeluk kedua-dua cucunya itu.

"Mari semua naik. Kita makan sama-sama", ajak Hajah Kamsiah. Kedua-dua cucunya memeluk Nek Wan mereka penuh sayang.

Hasnah di dapur menolong Adira menyiapkan apa-apa yang patut.
Semua makanan sudah terhidang di atas meja.

"Ini Adira kan? Anak Azamudin dan Fatin?", tanya Kamaruzaman
Adira terus mendogak bila namanya disebut.
Adira angguk lalu berjalan menuju ke arah Pak Mannya itu. Kawan baik arwah abahnya.
"Ye Pak Man. Ini Adira. Pak Man boleh panggil Dira je", jawab Adira
Kamaruzaman menyambut salam dari anak arwah sahabat baiknya itu. Diletakkan tanggannya di atas kepala Adira yang bertudung.Jatuh rasa kasihnya pada anak sahabatnya itu. Ada wajah Azamudin dan Fatin pada Adira. Cantik. Bisik hatinya.
"Rasanya dua kali je Pak Man berjumpa dengan Adira. Masa arwah ibu dan abah Adira baru je meninggal dan lima tahun lepas. Besar dan cantik dah Dira", puji Kamaruzaman. Memang anak sahabatnya itu cantik. Mungkin perkahwinan campur antara Azamudin yang berdarah kacukan Filipina Indonesia itu dengan Fatin yang merupakan orang Brunei tetapi sudah menjadi pemastautin di Malaysia sejak 25 tahun yang lalu.
"Tak ada cantiklah Pak Man. Biasa-biasa je", jawab Adira malu-malu.
"Betullah Dira kalau dah Pak Man cakap macam tu. Memang cantik pun kan Abang Man", Hasnah pula menambah. Sudah merona merah pipi Adira menambahkan lagi comel wajah putih bersih Adira.
Hasnah yang melihat Adira yang sudah tidak kena lakunya bila dipuji itu hanya ketawa. Kamaruzaman juga turut ketawa melihat Adira yang sudah kalut.

" Apa yang suka sangat ni Man, Hasnah?"tanya Hajah Kamsiah.
"Tak ada apa mak. Saja Hasnah dan Abang Man mengusik Dira tu. Tengok tu sampai tak nak pandang dah orang. Punya malu sangatlah dia bila Pak Mannya puji yang dia cantik", cerita Hasnah pada mak mentuanya.
" Mak Su janganlah cakap lagi. Malulah Dira", kata Adira. Memanglah malu bila menjadi perhatian macam tu.
Sakinah yang mendengar hanya mencebik, meluat melihat muka Adira. Perasan cantik je. Umpatnya dalam hati.
Adira yang berpaling ke arah Nek Wannya terpaku bila bertentang mata dengan Adiff. Adiff juga begitu. Aqiff disebelah menyenggol siku abangnya.
Agak-agaklah abang ni pun kalau tengok perempuan. Macam tak pernah tengok pulak. Aqiff nak tergelak dengan sikap abangnya itu. Aqiff juga sebenarnya tak lepas pandang melihat gadis di hadapannya itu.
"Ju, ni Adira anak Azamudin dan Fatin. Ingat tak?" Kamaruzaman memperkenalkan Adira pada isterinya.
Julita berjalan mendekati Adira. Lama wajah Adira diperhati. Julita tersenyum.
"MasyaAllah. Dah besar anak arwah". Julita terus memeluk anak arwah kawannya itu.
"Cantik. Saling tak tumpah macam arwah Fatin je abang", kata Julita.
Merona merah kembali wajah Adira bila sekali lagi dipuji di hadapan semua ahli keluarga Nek Wan. Adira bukan suka dipuji begitu kerana ada yang benci dan meluat melihatnya. Siapa lagi kalau bukan Mak Ngah dan Sakinah yang wajahnya sudah seperti sedang menahan muntah mendengar pujian isteri Pak Mannya.
" Mari semua duduk. Man, Rul, Razak sini. Adiff, Aqiff, Ju, Lia, Ina, Hasnah, mari sini. Siapa lagi yang tak da ni? Liana dan Adam mana? Hasnah pergi panggil budak berdua tu. Hari ni kita makan sama-sama. Bukan senang nak berkumpul macam ni". Sebak suara Hajah Kamsiah.
"Dira, ambil kerusi tambah tu. Adiff bagi ruang sikit pada Dira tu. Semua dah besar. Ruang meja tak muat. Nanti Nek Wan oder meja makan lain".Masing-masing tergelak bila Hajah Kamsiah berkata begitu.
Adira meletakkan kerusinya di sebelah Adiff. Adiff memberi sedikit ruang untuk Adira. Adira membalasnya dengan senyuman sebagai tanda terima kasih. Adiff membalas semula dengan senyuman lebih manis dari Adira.
Nak meletup rasa dada Adira bila mamat handsome tu senyum padanya.
Perut Adira yang lapar sedari tadi terus rasa kenyang bila duduk di sebelah mamat handsome ni. Mesti berbulu mata Sakinah melihatnya.
Adira belagak biasa je. Bab-bab buat muka selamber ni memang Adira champion.
"Nasi?", tanya Adiff
Adira angguk. Eh! Mana suara aku ni. Dari tadi senyum, angguk-angguk. Tak kan jadi bisu duduk sebelah mamat ni. Gumam Adira dalam hatinya.
Adiff hulur nasi pada Adira. Adira senduk nasi ke dalam pinggannya. Belum sempat Adira meletakkan semula mangkuk nasi, Adiff hulur pula pinggannya yang masih kosong. Fahamlah Adira mamat tu minta dia sendukkan nasi.
Adira layankan je. Tak nampak ada niat-niat lain. Maklumlah meja makan untuk 12 orang tapi sekarang ada 13 orang semuanya. Sempit sikit.
Adiff disebelah tersenyum penuh makna. Nasi yang dimakan terasa manis bak gula-gula.
Kamaruzaman dan Julita hanya memandang kelakuan anak sulongnya itu. Mereka saling berpandangan. Kedua-duanya hanya tersenyum penuh makna tersirat.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now