Bab 28

4.3K 117 7
                                    

"Waalaikumussalam". Adiff baru selesai menjawab telefon.
Buntu Adiff. Apa yang sedang berlaku ni.
Dah dua minggu Qiff tak masuk office. Qiff, kau kat mana sebenarnya? Adiff bermonolog sendiri. Berita yang baru saja didengarinya itu amat mengejutkannya. Maksudnya Aqiff dah tak masuk office dari tarikh perkahwinannya dengan Adira lagi.
" Kenapa ni abang?" Tanya Adira bila dilihat suaminya termenung jauh.
Adira mengambil tempat di sebelah suaminya.
Adiff menggenggam jemari Adira. Adira hanya membiarkan saja. Sudah dua minggu dia menjadi isteri Adiff, segala sentuhan Adiff , tubuhnya sudah boleh menerimanya.
"Qiff". Itu sahaja yang keluar dari mulut Adiff.
" Kenapa dengan Abang Qiff?" Soal Adira.
" Qiff dah dua minggu tak masuk office. Tadi office Qiff yang call. Mana Qiff pergi. Abang tak sedap hatilah sayang", kata Adiff.
" Dira nak tanya abang boleh?" Soal Adira.
Adiff hanya mengangguk. Adiff memandang isterinya itu.
"Sebelum majlis kahwin Dira dengan Abang Qiff, ada apa-apa perubahan yang ketara tak pada abang Qiff? Dira rasa macam ada yang tak kena pada abang Qiff. Itu yang Dira rasa", kata Adira. Memang Adira dah lama nak bertanya pada Adiff tentang perangai pelik Aqiff. Bukan sekali atau dua kali Aqiff berkelakuan pelik. Beberapa kali Adira menelefon Aqiff tapi Aqiff boleh bertanya semula pada Adira siapa dirinya. Bila Adira perkenalkan dirinya, Aqiff baru ingat tentang Adira. Bila mereka berjumpa pula, Aqiff banyak diam dan termenung. Jauh benar perangai Aqiff yang dulu. Yang ceria, suka tersenyum. Senyuman Aqiff yang manis itu buat Adira mula jatuh hati.
"Memang banyak perubahan yang abang juga nampak pada Qiff cuma abang tak terfikir akan serius macam ni. Pak Su dan Mak Su pun cakap benda yang sama. Mereka ada suruh abang bawa Abang Qiff berubat. Jumpa ustaz. Sakit kepala yang Qiff selalu kena tu pun tak tau punca sebab masa scan otak dulu memang tak ada apa-apa yang tak normal. Qiff memang sihat", jelas Adiff.
"Abang ada rasa tak yang Abang Qiff tu terkena buatan?", soal Adira. Itu yang Adira rasakan.
"Maksud sayang, buatan orang?" Soal Adiff semula
Adira hanya mengangguk.
" Itu abang tak pasti sayang. Tapi sebab apa orang tu nak kenakan Qiff. Setahu abang, Qiff tak ada musuh. Qiff pun tak pernah cerita apa-apa pada abang masalah dia kat office atau kat luar. Sayang pun tahu, kami duduk di overseas tu dari kecil sampai dah besar panjang macam ni. Mana ada kawan-kawan dari Malaysia sangat. Kalau ada pun berapa orang je, itupun masa belajar di U dulu. Habis belajar, masing-masing balik Malaysia. Abang dan Qiff tetap tinggal di Australia". Cerita Adiff.
" Kalau macam tu, daddy dan mama kena tahu hal ni. Tentu mereka risau juga", cadang Adira.
Adiff mengangguk tanda setuju.

"Pak Su dah luluskan cuti Adiff. Pak Su bagi sebulan", kata Pak Su sebelum dia berangkat balik ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari majlis kenduri kahwin Adiff dan Adira. Pak Su cakap, cuti tu sebagai hadiah perkahwinan Adiff.
" Terima kasih Pak Su", ucap Adiff sambil bersalaman dengan Pak Sunya itu.
"Pergilah honeymoon. Boleh kenal lagi rapat. Tak gitu Dira?", usik Pak Su.
Adira tersenyum malu bila diusik Pak sunya lagi.
" InsyaAllah Pak Su. Doakan kami", jawab Adiff. Dipeluk bahu si isteri. Betambah merah wajah Adira menahan malu.

"Sayang, cukup ke baju sayang nak bawa ni? Ada apa-apa lagi tak yang sayang nak bawa. Kalau dah tak ada apa-apa abang nak kunci beg ni", kata Adiff
" Dira rasa cukuplah tu untuk seminggu. Dah tak ada apa barang Dira nak bawa", jawab Adira.
Adiff mengunci bagasinya lalu disorong ke tepi pintu bilik. Semua keperluan untuknya dan Adira diletakkan di satu tempat supaya tidak ada yang tertinggal.
Adira masih ralit membaca. Lagi sebulan Adira akan menduduki peperiksaan akhir semesternya. Beberapa bulan ini dia kurang fokus pada studynya kerana kesibukan menguruskan majlis perkahwinannya walau pun Nek Wan dan Mama Ju telah uruskan tetapi dia tidak boleh lepas tangan .Tinggal dua semester saja lagi Adira akan menamatkan pengajiannya.
Adiff sangat faham kesibukan isterinya sebagai medical student dan dia bangga punya isteri yang sangat kuat semangatnya. Kadang-kadang Adiff juga mahu tertawa melihat pelbagai gaya Adira menghafal. Duduk, berdiri, berbaring, kadang-kadang macam orang sedang bertapa. Adiff juga tidak lokek membantu isterinya. Segala ilmu dan cara Adiff belajar dulu diajarkan kepada isterinya.
" Wow! Dira tak tahu pun suami Dira ni salah seorang best of medical student University Queenslands", kata Adira penuh teruja bila dia membelek-belek sijil suaminya di dalam satu fail tebal.
Adiff hanya tersenyum. Adiff menyisipkan rambut Adira yang terjuntai di dahi di sisi telinga supaya seluruh wajah Adira dapat dilihatnya.
" Nanti Dira nak bawa pergi kedai suruh orang tu framekan cantik-cantik semua sijil abang ni. Dira nak gantung kat satu sudut rumah kita nanti. Bagi semangat pada anak-anak kita nanti sebab papa mereka ni bijak dan ibu dia ni pun bijak tau", kata Adira tanpa sedar Adiff sudah tersenyum lebar mendengarnya. Satu perkembangan yang baik untuk rumahtangga mereka bila Adira sudah mula sebut soal anak-anak. Bukan anak ye tapi anak-anak. Maksudnya Adira ingin punya anak yang ramai dengannya. InsyaAllah sayang, abang akan tunaikan impian sayang tu. Bisik hati Adiff.
Adira mendongak memandang suaminya.
" Kenapa abang senyum macam tu?", tanya Adira. Gembira sungguh wajah suaminya itu.
" Tak boleh ye abang senyum macam ni?", soal Adiff. Memang dia gembira. Senyuman yang dia tak boleh nak sembunyikan. Adiff bahagia.
" Bukan tak boleh nak senyum tapi senyuman abang tu manis sangat", jawab Adira mengusik. Dicubit pipi suaminya.
" Aduh! Main kasar sayang ni". Adiff sempat menarik tangan Adira yang cuba nak melarikan diri. Adira sudah pandai bergurau dengan suaminya itu dan Adiff pula sudah tahu cara nak membalasnya. Sejak dua minggu mereka berkahwin, riuh sungguh rumah Nek Wan dengan ketawa mereka. Ada saja yang disembangkan sampai ke tengah malam pun masih bergelak tawa. Ada saja cerita mereka dari zaman kecil sampai universiti.
" Cucu yang berdua ni tak reti nak tidur ke. Malam dah ni. Apa yang digelakkannya tu?". Hajah Kamsiah mencelah bila kedua-dua cucunya itu rancak bercerita di anjung rumah mengambil angin malam.
Adira yang ketawa mendengar cerita suaminya itu terus terdiam.
" Abang ni Nek Wan. Ada ke patut abang pergi buang botol budu kawan serumah dia. Kawan dia tu tak tahu abang dah buang botol tu sebab abang ingat benda tu dah busuk sebab warna dengan bau budu tu. Tak selera kawan dia nak makan budu tak ada. Abang pulak puas cari benda tu kat sana nak gantikan. Manalah ada jual budu kat Australia", cerita Adira.
Nek Wan yang mendengar turut tertawa.
" Esok Dira pergi kedai, beli sebotol budu bagi Adiff rasa. Tekak dia tu banyak Mat Saleh", kata Nek Wan.
" Okay sayang, esok kita pergi kedai kita cari budu. Alah setakat budu tu Nek Wan, apalah sangat lagi-lagi kalau Dira abang ni yang buatkan budu tu untuk abang", jawab Adiff sambil mengenyitkan matanya pada Adira.
"Okay. No hal lah setakat nak buatkan budu untuk abang", balas Adira.
Malam mereka penuh dengan pelbagai cerita. Hajah Kamsiah yang melihat kedua-dua cucunya itu turut gembira.
Ya Allah, Engkau limpahkanlah rahmatMu dalam rumahtangga cucu-cucuku ini. Jadikanlah mereka suami dan isteri yang saling membahagiakan. Satukanlah hati-hati mereka agar saling menyayangi. Doa Hajah Kamsiah dalam hatinya.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now