Bab 29

6.8K 153 40
                                    

" Sampai sana nanti jangan lupa call daddy atau mama. Adiff jaga menantu daddy dan mama ni baik-baik. Pasal Qiff tu, Adiff jangan risaulah. Daddy dah minta kawan daddy, uncle Salleh untuk cari Qiff. Daddy dan mama pun akan ke KL esok. Kita sama-samalah doakan supaya Qiff selamat", kata daddy sebelum Adiff dan Adira berangkat ke KLIA.
" Baik daddy. Sampai nanti Adiff call. Balik honeymoon ni, kalau masih tak jumpa Qiff, Adiff akan usaha juga cari dia", kata Adiff. Berat juga hatinya nak pergi tapi daddy dan mama yang beria suruh dia dan Adira pergi lagipun tiket dah beli bukan sikit duit dah guna membeli tiket dan book hotel. Itulah kata daddy dan mamanya bila dia dan Adira sudah berpakat untuk menangguhkan honeymoon mereka.

Queestown, New Zealand
"Sejuknya abang", kata Adira yang berdiri di balkoni hotel tempat mereka menginap sepanjang seminggu di New Zealand ini. Macam tak percaya je dia akan sampai ke negara orang. Merasa musim sejuk. Yang Adira tahu kalau di Malaysia, musim sejuk tu bila datang musin tengkujuh. Itulah musim sejuk di Malaysia.
" Sayang suka?" Tanya Adiff. Dipeluknya Adira dari belakang. Biar Adira rasa hangat dari tubuhnya. Adira juga selesa begitu.
" Suka sangat abang. Cantik sangat-sangat", jawab Adira. Sejak sampai di Queenstown tak putus-putus mulut comelnya itu memuji-muji kecantikan Queenstown.
Adiff suka bila Adira turut suka pilihan tempat honeymoon mereka.
Adira berpusing memandang suaminya. Mata mereka saling bertentang. Adiff menunggu apa yang cuba Adira katakan padanya.
" Terima kasih abang bawa Dira ke sini. Dira sayang abang", kata Adira. Adira malu sebenarnya bila si suami sudah tersenyum lebar sebab ini kali pertama dia berterus terang mengatakan sayang pada suaminya itu. Memang Adira nekad yang dia harus lebih berani dan membuang segala perasaan malu untuk membina bahagia bersama Adiff. Memang benar kata Nek Wan, tidak sukar untuk memupuk perasaan sayang antara mereka kerana perasaan itu sudah ada cuma yang tinggal bagaimana cara dia dan Adiff untuk menyuburkan lagi perasaan itu.
" Sama-sama sayang. Abang pun sayang Dira sepenuh hati abang". Kata Adiff. Dibawa Adira dalam pelukannya.Satu ciumannya di dahi Adira. Lama. Adira pejamkan matanya menghayati ciuman itu. Hangat dan sungguh syahdu. Adira membalas pelukan Adiff. Tangannya merangkul pinggang Adiff. Dirapatkan kepalanya di dada bidang Adiff. Adira rasa selamat. Adira rasa disayangi. Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaanMu ini. Bisik hati Adira.

"Alhamdulillah, anak-anak kita dah sampai New Zealand. Semoga ada berita gembiralah tak lama lagi untuk kita kan mak", kata Kamaruzaman pada emaknya, Hajah Kamsiah.
" InsyaAllah. Kita doa-doakan je lah untuk mereka. Man dan Ju dapat cucu, mak dapat cicit. Lama dah rumah kita tu tak dengar budak kecil menangis. Rindu pulak mak", kata Hajah Kamsiah tersenyum manis.
" Tandanya Man dan Ju ni dah tua la mak. Dah nak jadi atuk dan nenek. Abang nak cucu tu nanti panggil apa? Tok Wan? Atuk? Tok Daddy?", soal Julita sambil memandang suaminya.
" Jauh betul dah Ju fikir tu. Memang tak sabar nak menimang cuculah ni", usik Kamaruzaman pada si isteri. Hajah Kamsiah turut tertawa mendengarkannya.
" Eh! mestilah Ju tak sabar. Anak sulong Ju tu. Macam manalah rupa cucu Ju tu. Kalau tengok Adiff dan Dira tu sama padan. Tentu comel cucu Ju tu nantikan abang, mak", kata Julita yang sudah membayangkan kecomelan anak Adiff dan Adira nanti.
Kamaruzaman dan Hajah Kamsiah hanya tertawa melihat Julita yang nampak sungguh tidak sabar untuk mendapat cucu itu.

" Sayang dah siap?" Soal Adiff pada si isteri. Hari ni mereka akan berjalan-jalan di sekitar Queenstown. Ada beberapa tempat menarik di sini. Sebelum ke New Zealand lagi, Adiff sudah menggoggle untuk mencari info tempat yang akan mereka kunjungi. Tempoh seminggu di sini rasanya cukup untuk dia dan Adira menawan beberapa tempat menarik di New Zealand.
" Dah abang", jawab Adira yang baru keluar dari bilik air sambil membetulkan baju yang dipakainya.
" Okay tak ni abang?" Soal Adira pula. Adira kurang selesa dengan baju jaket sejuknya itu. Tiga lapis pakaian dipakainya. Sebenarnya, Adiff yang suruh Adira menyarungkan sehelai lagi pakaian kerana cuaca sejuk di luar boleh menyebabkan Adira tidak sihat. Perubahan cuaca panas di Malaysia dan musim sejuk di New Zealand tentu memberi kesan kepada Adira yang pertama kali ke sini. Adiff tidak mahu berlaku apa-apa pada Adira kerana akan mengganggu banyak aktiviti mereka dan yang lebih penting misi untuk punyai anak. Kata-kata daddy dan mamanya tempoh hari buatnya ketawa besar.
" Adiff, daddy dan mama ni nak sangat cucu jadi pandai-pandailah Adiff kat sana nanti. Jangan gelojoh. Pujuk Dira baik-baik ye".Pesan daddy. Apa yang buat Adiff tertanya-tanya tu bila daddy cakap jangan gelojoh. Adiff tak faham apa maksud gelojoh tu. Maklumlah kosa kata Melayunya masih banyak yang belum difahami.
Bila dia tanya semula daddy apa itu gelojoh, daddy dan mama pula boleh gelakkannya.
" Gelojoh tu maksudnya rakus. In English, greedy", jawab mama
" Apa? Daddy!". Kamaruzaman dan Julita sama-sama ketawa bila Adiff sudah membeliakkan matanya. Macam mana daddy boleh cakap macam tu. Akhirnya Adiff juga turut tertawa.
Ada saja daddy dan mamanya nak mengenakannya tetapi Adiff bersyukur kerana daddy dan mama banyak bagi nasihat dan pandangan sejak dia sah bergelar suami. Dia berjanji pada daddy, mama dan Nek Wan akan jaga Adira baik-baik
" Abang?". Adira memanggil suaminya sekali lagi.
Adiff tersentak dari lamunannya.
" Ye sayang", jawab Adiff.
"Okay tak ni?", soal Adira sambil berdiri di hadapan Adiff.
" Okay je sayang. Sayang kena pakai baju banyak sikit sebab kat luar tu sejuk sangat. Abang takut sayang tak tahan". Kata Adiff sambil memakaikan sarung tangan ke tangan Adira. Adira hanya menjadi pemerhati setiap laku suaminya itu. Adira senang dengan Adiff yang sentiasa ingin lakukan sesuatu untuknya walau pun Adira mampu untuk buat sendiri. Ye lah kan, orang baru kahwin mestilah ringan tulang. Semua perkara nak dibuatkan. Harapan Adira biarlah Adiff sentiasa begitu sampai bila-bila.
" Okay sayang. Dah siap. Jom kita jalan-jalan", kata Adiff. Dipegang erat tangan Adira. Adira hanya menurut suaminya.
Adira bahagia. Bahagia yang dia tak dapat nyatakan dengan kata-kata. Hatinya berlagu riang. Syukur Ya Allah.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now