"Dah tahun berapa?"tanya Adiff lagi. Dengan bertanya saja Adiff boleh melihat betul-betul mata Adira.
"Baru tahun satu. Sekarang cuti sem", beritahu Adira. Adira berkira-kira nak panggil apa pada Adiff. Adiff tentunya lebih tua darinya.
"Pak Su ajak Abang Adiff kerja dengan Pak Su. Dira nanti dah habis belajar pun boleh join Pak Su". Khairul bangga dengan anak-anak buahnya yang berminat dengan kerjaya doktor. Kerjaya sebagai doktor bukan sahaja kerana statusnya tapi lebih kepada rasa tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan khidmat perubatan. Tanggungjawab yang sangat besar.
Aqiff membawa sedulang air. Hasnah mengekori dari belakang membawa sepinggan sukun goreng.
"Pak Su, ada tak kawan Pak Su yang nak pakai orang? Aqiff pun tengah cari kerja ni", beritahu Aqiff yang mengambil tempat di sebelah Adira. Adira berganjak sikit dari duduknya memberi ruang pada Aqiff.
Adira kurang selesa bila Aqiff meletakkan tangan di belakang kepala kerusinya. Adira duduk tegak takut badannya terkena tangan Aqiff.
"Dia ni sengaja ke memang automatik tangan dia akan jadi macam tu bila duduk. Aku ni sakit pinggang dah duduk tegak macam ni". Bebel Adira dalam hatinya.
" InsyaAllah nanti Pak Su tanyakan kalau-kalau ada kawan Pak Su yang nak ambil akauntan" kata Pak Su.
"Terima kasih Pak Su", ucap Aqiff lembut.
Tiba-tiba muncul Sakinah. Sakinah duduk bersimpuh di sebelah Adiff di atas pangkin.
"Ayu sangat la tu dia rasa buat macam tu. Siap berkain batik lagi. Adira rasa nak ketawa tapi ketawa dalam hati jelah. Korang nak ketawa, ketawalah..Hahahahaha...", sempat lagi Adira bermonolog sendiri.
Sakinah pula sempat menjeling pada Adira yang memandangnya.
"Silap aku pandang minah perasan bagus ni. Dia ingat aku nak tengok dia sangat padahal aku tengok kain batik yang dia pakai tu masih terbalik lagi. Mesti ambil dalam bakul Nek Wan tu. Itu pasal aku nak gelak tadi. Kau ingat aku jealous bila kau duduk dekat mamat ala-ala omputih tu. Takda maknanye lah. Mamat celup omputih sebelah aku ni pun boleh tahan juga. Sweet juga. Badan dia sado, urat tangan dia tengok tu timbul. Auwww..seksi!". Adira bermonolog lagi tanpa dia sedar dirinya sedang diperhati Adiff. Aqiff juga perasan bila Adira merenung tangannya.
"Dira..Dira", panggil Aqiff.
Adira yang ditangkap sedang berkhayal itu malu sendiri.
"Kenapa pandang tangan abang? Ada apa-apa ke?", tanya Aqiff sambil menggosok tangannya sendiri.
"Mak! Aqiff bahasakan diri dia abanglah. Ya Allah bergetar tulang rusuk aku ni. Korang rasa tak?". Adira masih bercakap sendiri dalam hatinya.
Adira hanya menggeleng. Apalah rupa mukanya sekarang. Malu!.
"Sambil borak tu makanlah sukun goreng ni. Mak Su masuk dalam dulu nak habiskan goreng sukun tu. Petang-petang macam ni memang sedap makan sukun goreng", pelawa Mak Su sebelum masuk ke dapur semula.
Adira bangun nak mengikut Mak Sunya tapi dihalang Adiff.
"Dira nak pergi mana tu?", tanya Adiff. Alahai dia senyum. Luruh jantung. Apasal la anak-anak Pak Man ni handsome-handsome belaka. Mungkin sebab dari kecil sampai dah besar panjang duduk di overseas, itu sebab rupa dan kulit dorang macam mat salleh sikit. Putih kemerah-merahan.
"Di...Dira nak masuk dalam nak tolong Mak su". Ya Allah! Apasal mulut aku ni boleh tergagap pulak bila mamat ni tanya. Nampak sangat ke aku ni nervous. Okay Dira bertenang.
"Duduk jelah sini. Kita sembang-sembang. Nama je sepupu tapi kita tak pernah sembang lagi. Nanti-nanti pun boleh tolong Mak Su tu", Adiff menambah lagi buat Adira rasa lagi tak selesa.
"Dira ni bukan sepupu kita. Cucu angkat Nek Wan je kot", Sakinah menyampuk sambil dihulur sukun goreng kepada Adiff.
Adira tersentak dengan kata-kata Sakinah tetapi Adira tak marah pun. Ada sikit je rasa sedih. Memang betul. Dia bukan siapa-siapa dalam keluarga Nek Wan. Hanya cucu angkat Nek Wan. Tiada pertalian darah langsung.
Adira memaniskan wajahnya.
"Aah. Dira ni bukan sepupu kamu semua. Nek Wan korang yang baik sanggup ambil Dira jadi cucu dia. Dira ni menumpang kasih orang", kata Adira. Ada nada sebak di hujung suaranya.
"Walau pun Dira cucu angkat Nek Wan, Pak Su tetap anggap Dira macam anak buah Pak su sendiri. Kiranya Dira boleh kahwinlah dengan Adiff atau pun Aqiff, dengan Adam pun boleh kalau Dira sanggup nak tunggu anak bujang Pak Su tu". Sempat pula Pak Su mereka mengusik.
Adira tak terkata apa bila masuk bab kahwin pula. Semakin pusing kepalanya bila lama-lama di situ.
"Sesama sepupu pun boleh kahwinkan Pak Su" Sakinah pula bersuara.
"Memang boleh tapi cuma tak digalakkan", Jawab Pak Su.
Sakinah tersenyum sendiri. Entah apa makna senyumannya itu. Semacam je Adira melihatnya. Suka hati kaulah minah perasan bagus. Sempat lagi Adira nak mengumpat Sakinah dalam hatinya.

YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
Historia Corta"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...