Bab 24

3K 91 0
                                    

" Qiff dari mana? Kepala tu dah okay ke?", tanya Adiff lewat malam itu.
Adiff sengaja menunggu Aqiff balik. Entah ke mana adiknya itu pergi. Kata kepala sakit tapi masih juga mahu keluar. Ini mesti keluar dengan perempuan tu. Omel Adiff sendiri.
" Dah okay. Qiff keluar jumpa member tadi. Ada hal sikit", jawab Aqiff.
Wajah ceria Aqiff itu buat Adiff boleh meneka member mana yang dimaksudkan Aqiff itu. Dari mula Aqiff masuk ke rumah tadi, Adiff dah dapat menghidu bau haruman wanita. Aqiff tak pakai haruman yang berbau bunga macam tu. Dia tahu perfume apa yang dipakai adiknya itu.
" Qiff, abang nak ingatkan Qiff je. Tinggal seminggu je lagi majlis Qiff. Qiff kena jaga kesihatan. Janganlah balik lewat-lewat malam macam ni dah", nasihat Adiff. Adiff sebenarnya ingin bertanya tentang Hazila tetapi hari dah lewat malam. Dilupakan saja niatnya itu.
" Baik bos", kata Aqiff sambil menabik tangannya di hadapan Adiff. Adiff hanya tertawa kecil.
" Pergilah rehat. Jangan lupa mandi, solat dulu baru tidur. Tak pasal-pasal mengigau lagi. Qiff tu bukannya ringan nak abang angkat. Badan abang ni dah sakit-sakit tau. Ubat pun jangan lupa makan", pesan Adiff .
Aqiff yang mendengar hanya tertawa melihat gaya abangnya itu. Ya, hampir setiap malam dia mengigau. Mimpi perkara yang sama. Apakah maksud mimpinya itu. Aqiff sendiri tidak faham. Apa yang dia rasakan, mimpi itu seakan-akan benar terjadi pada dirinya kerana apabila sedar dari mimpinya itu seluruh tubuhnya sakit-sakit dan ada bahagian yang lebam seperti kesan dipukul.
" Alah abang, ini kira praktislah. Hari ni abang angkat Qiff, esok-esok abang nak angkat kakak ipar Qiff pula", usik Aqiff.
" Itu lain Qiff. Hari-hari nak minta abang angkat pun abang sanggup. Ini angkat Qiff, apa dapat", jawab Adiff sambil tersenyum.
" Amboi! Sejak bila abang Qiff ni dah pandai gurau bab perempuan ni. Abang dah ada girlfriend ye?", soal Aqiff.
Adiff hanya tersenyum. Saja dibiarkan soalan Aqiff tidak berjawab.
Aqiff yang melihat reaksi abnagnya itu hanya mencebik.
" Takpe, lambat laun Qiff tahu juga. Siapalah wanita bertuah yang dapat abang Qiff yang seorang ni", kata Aqiff. Ditepuk bahu abangnya.
" Okaylah abang. Qiff masuk bilik dulu. Sweet dream abang. Mimpikan wanita yang abang nak angkat tu ye". Sempat lagi Aqiff mengusik abangnya.
Adiff yang mendengar hanya tertawa kecil. Siapa wanita itu? Tak mungkin dia dapat mengangkat wanita itu. Dia hanya mampu melihat wanita itu diangkat mungkin.

" Adiff, nanti Adiff cuba baju Melayu tu", arah Julita pada anak bujangnya itu.
"Yang ni ke mama?", Adiff pula bertanya.
"Yang itulah. Yang satu lagi tu baju papa. Nanti Adiff panggil papa suruh papa cuba baju tu. Kalau ada yang tak kena sempat lagi nak baiki", tambah Julita
"Cantik warna ni mama", puji Adiff.
Baju Melayu warna krim itu dibelek-belek Adiff. Kena pula dengan samping bunga emas. Sedondon dengan papanya.
" Baju ni Adiff dan papa pakai masa Qiff nikah. Family kita semua pakai warna ni", beritahu Julita. Adiff hanya mengangguk tanda faham.
" Adiff, boleh tolong mama pergi rumah Nek Wan tak. Bagi benda ni". Dua bekas dulang hantaran dihulur pada Adiff.
Adiff hanya mengangguk.
Adiff menyarungkan seliparnya. Adiff hanya berjalan kaki ke rumah Nek Wannya yang hanya selang beberapa buah rumah sahaja dari rumahnya. Rumah yang papa dan mama duduk sekarang merupakan rumah yang papa bina atas tanah arwah Tok Wan. Mengikut cerita papa, arwah Tok Wan dah siap namakan tanah tu atas nama papa sebelum arwah meninggal. Tanah kebun Tok Wan, Tok Wan dah na makan atas nama Mak Ngah dan Pak Su. Masing-masing ada bahagian mereka.
Walau pun papa duduk di negara orang, papa dah siapkan rumah kami sebab papa cakap suatu hari nanti dia tetap akan balik ke Malaysia dan tinggal dekat dengan Nek Wan.
Papa dah kotakan kata-katanya. Sebagai anak sulong, memang tanggungjawab papa menjaga Nek Wan. Nek Wan pun sangat gembira anaknya yang bertahun-tahun duduk berjauhan dengannya sudah kembali padanya semula.

"Assalamualaikum". Sunyi. Tiada yang menjawab.
"Assalamualaikum".
"Assalamualaikum. Nek Wan..ooo Nek Wan", panggil Adiff sekali lagi.
Adiff ke pintu dapur. Pintu terbuka.
" Mana Nek Wan ni. Bahaya sungguh. Pintu terbuka. Orang tak ada. Sekarang ni orang jahat banyak. Tak kiralah kat bandar ke kampung ke, sama je", Omel Adiff sendiri.
Adiff masuk ke rumah Nek Wannya. Bekas dulang hantaran diletakkan di atas meja makan. Belum sempat Adiff keluar, pintu bilik air dibuka. Adiff berpaling semula. Adiff dan Adira sama-sama terkejut. Sama-sama menjerit. Adira meluru masuk semula ke dalam bilik air. Adira baru selesai mandi dan hanya berkemban kain batik tanpa kepala ditutup.
Adiff lari menuju keluar rumah.
"Dira abang minta maaf. Abang tak ada niat nak tengok Dira. Abang datang nak hantar bekas dulang tu. Abang ingat tak ada orang sebab abang dah bagi salam banyak kali. Abang tengok pintu ni terbuka itu yang abang masuk dan abang tak tahu Dira ada kat rumah", jerit Adiff dari luar. Dia tak nak Adira salah faham padanya.
Adira hanya diam tidak berkutik. Malu dilihat Adiff dalam keadaannya begitu.
" Dira, abang balik dulu. Dira tutup pintu ni. Bahaya", kata Adiff sebelum dia beredar dari rumah Nek wannya. Merah padam mukanya.
Cantiknya kau Dira. Sempat lagi dia memuji Adira. Jiwa lelakinya terusik melihat kecantikan Adira.
Astaghfirullah. Jantungnya bedegup kencang. Rasa nak terleluar. Dipegang dadanya. Cepat-cepat Adiff menyarungkan seliparnya. Dia juga takut jadi fitnah orang kampung.

" Adiff ni dah kenapa? Nampak kalot je macam dikejar hantu pun ada. Muka pucat semacam", tegur Mak Su.
" Tak ada apa Mak Su. Mak Su bila sampai?", tanya Adiff sambil bersalaman dengan Pak Sunya.
" Baru je. Mak Su singgah sini dulu. Sekejap lagi Mak Su balik la rumah Nek Wan. Beginilah kalau kahwin dekat-dekat Adiff. Kena berbagi. Nek Wan pun tak ramai anak. Nanti kahwin Adiff, Mak Su tolong belah sini pula ye", kata Hasnah.
" Ada apa-apa lagi tak Kak Long yang Has boleh tolong", tanya Hasnah
" Dah tak ada apa-apa Has. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Abang Long dah banyak tolong tapi itulah Has, agak letih jugalah kami ni sebab buat untuk kedua-dua rumah", cerita Julita.
" Has minta maaf Kak Long, tak dapat nak tolong sangat sebelum ni. Tapi dah dapat cuti awal ni, Kak long cakaplah mana-mana yang Has boleh tolong, Has tolong ye", Kata Hasnah mempelawa dirinya.
" Terima kasih Has. Kalau rumah Kak Long ni dah tak ada apa-apa dah. Semua dah siap. Tunggu harinya saja", beritahu Julita.

- Abang Adiff
Dira,abang minta maaf pasal petang tadi. Abang betul-betul rasa bersalah dan abang memang tak tahu Dira ada kat rumah.
Mesej dari Adiff, Adira baca. Entah kenapa Adira rasa lucu pula apa yang terjadi petang tadi. Dia sendiri tidak boleh nak menyalahkan Adiff. Ini rumah Nek Wannya. Tiada larangan. Lagi pun salah Adira juga membiarkan pintu dapur tu terbuka. Nasib baik juga Adiff yang masuk,kalau pencuri tadi entah apa yang dibuatnya pula.

-Si Pencuri Hati
Dira juga salah abang. Dira tahu abang bukan sengaja. Abang janganlah fikir yang bukan-bukan.
Adiff tersenyum membaca mesej Adira. Lega hatinya, Adira tak fikir yang bukan -bukan pasalnya tentang kejadian petang tadi.

Sekali lagi bunyi mesej masuk
Adiff buka. Mesej dari si pencuri hatinya.

-Si Pencuri Hati
Abang ada nampak apa-apa tak?
Sekali lagi Adiff tersenyum. Ni mesti Adira fikir yang dia ada nampak apa-apa ni.

-Abang Adiff
Kalau nampak, abang nak kena bayar ke? Abang minta maaf. Memang abang nampak.
Balas Adiff.

Adira menekup wajahnya.
" Ya Allah, malunya aku. Itulah Adira, lain kali beringat. Tak pasal-pasal bukan muhrim kau dah tengok diri kau dalam keadaan macam tu", kata Adira pada dirinya sendiri.

- Abang Adiff
Dira jangan risau, apa yang abang nampak itu adalah aib yang abang akan jaga untuk Dira.

- Si Pencuri Hati
Terima kasih abang.

- Abang Adiff
Sama-sama





KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now