Bab 23

3.1K 84 1
                                    

"Dira, macam mana perasaan kau nak jadi wife orang ni?", usik Nadia yang sedang mengisi coklat di dalam paper bag kecil untuk diberikan kepada kanak-kanak.
" Biasa je", jawab Adira bersahaja
" Biasa je? Apa maksud biasa je tu?", soal Nadia semula. Dipandang wajah sahabatnya. Memang wajah itu tidak menunjukan Adira sedang berbahagia untuk menjadi milik lelaki yang bernama Aqiff Farhan.
"Beb kau dah kenapa ni? Aku tengok sedih je. Macam tak ada perasaan nak kahwin pun. Dulu bukan main ceria aku tengok. Sekarang asyik termenung. Mata kau bengkak. Cuba kau cerita kat aku. Apa masalah sebenar kau ni Dira?", soal Nadia. Perubahan sahabatnya ini sudah berbulan-bulan. Sejak berbulan-bulan juga Aqiff tidak datang menjengok Adira di Kuantan. Kalau dulu pantang hari minggu memang Adira tak lekat di rumah kalau buah hatinya itu datang ke Kuantan. Masa tu Nadia hanya terfikirkan Adira yang melarang Aqiff datang menjengoknya di Kuantan sebab Adira pernah menyuarakan rasa tidak selesanya kerana Aqiff kerap datang ke rumah sewa mereka. Tetapi lain pula Nadia fikirkan apabila sudah enam bulan Aqiff langsung tidak datang ke Kuantan malah dia juga tidak nampak lagi Adira bergayut di telefon.
Walau pun mereka bersahabat baik, Nadia tidak mahu mencampuri urusan peribadi sahabatnya itu. Nadia hanya menunggu biarlah Adira sendiri yang bercerita padanya.
Adira mengeluh panjang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul beban perasaan ini. Tak tahu dari mana mahu Adira mulakan cerita.
"Aku tak tahu Nad macam mana aku nak mulakan cerita. Tapi sangat berat untuk aku seorang merasainya", kata Adira. Air matanya sudah menitis. Satu, satu dan semakin laju.
Nadia mengambil tempat di sebelah Adira. Dipeluk Adira. Diusap belakang sahabatnya itu. Semakin kuat juga sahabatnya itu menangis.
"Menangislah Dira kalau ini boleh buat kau rasa lega. Aku akan sentiasa di sisi kau", kata Nadia yang tidak dapat menahan sebak. Nadia juga turut menangis. Tangis yang cuba dikawal tanpa Adira tahu.

" Aku tak tahu Nad perlu ke aku teruskan perkahwinan ni. Aku tak nampak yang aku akan bahagia dengan Aqiff. Aqiff dah berubah. Dah tak macam dulu. Aqiff macam dah tak kenal aku", itu cerita yang mula-mula keluar dari mulut Adira bila dia sudah dapat mengawal perasaannya.
"Aku tak faham Dira. Berubah yang macam mana?" Soal Nadia semula.
" Aku pun tak tahu Dira. Tapi Aqiff memang dah berubah. Cakap dengan aku pun dah tak nak. Nak bincang pasal majlis kami ni pun susah. Kau pun sendiri nampak yang Aqiff dah lama tak datang jengok aku kat Kuantan. Telefon aku? Tak Nad. Dia tak pernah call aku melainkan aku yang call dia itupun kalau nasib aku baik Aqiff akan jawab call aku. Aku ni macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Ada nada kecewa, marah pada kata-kata Adira itu.
Nadia yang sudah berkawan dengan Adira hampir dua tahun itu, tidak pernah nampak sahabatnya itu merungut-rungut yang bukan -bukan, marah, kecewa begitu. Betullah kata Adira ujian ini sangat berat padanya dan dia tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri.
" Kau ada tanya Abang Adiff? Kot-kotlah Aqiff ada perempuan lain", soal Nadia
" Aku ada minta tolong Abang Adiff masa Aqiff minta aku batalkan majlis ni" terang Adira.
" Huh! Aqiff ada minta kau batalkan majlis korang ni. Biar betul. Ini memang dah serius". Nadia sangat terkejut dengan cerita yang baru saja didengarinya itu.
" Apa kata Abang Adiff?", soal Nadia semula.
" Abang Adiff cakap Aqiff tak ada perempuan lain. Entahlah Nad, aku buntu. Aku hanya doa semoga majlis ni berjalan lancar. Apa yang akan berlaku lepas perkahwinan ni, akan aku fkirkan kemudian". Jelas Adira.
" Sabarlah Dira. Aku pun tak tahu apa masalah sebanar Aqiff. Yang aku nampak kau memang nak kahwin dengan diakan. Kalau tak, kau tak buat sampai ke tahap ini kan", kata Nadia.
" Aku tak main-main dengan keputusan yang aku dah buat Nad. Kau pun tahu aku ni jenis yang macam mana. Lagi satu, banyak hati yang perlu aku jaga. Hati orang-orang yang dah jaga aku macam darah daging mereka sendiri. Aku tak nak malukan Nek Wan aku. Aku tak nak kecewakan dia yang dah sediakan macam-macam untuk majlis aku ni. Aku terhutang budi pada Pak Man dan Mama Ju yang ambil aku lepas aku dah tak ada siapa-siapa kat sini. Merekalah keluarga aku sekarang", jelas Adira.
" Aku simpati dengan kau Dira. Apa-apa juga keputusan kau, aku sokong demi kebahagiaan kau. Aku sayang kau Dira", Nadia memeluk sahabatnya itu. Mereka sama-sama menangis.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now