Bab 10

3.6K 97 0
                                    

Pejam celik..pejam celik..Adira tidak dapat melelapkan matanya.
"Kenapa Adiff tak balas mesej aku ye?", gumamnya sendiri.
Adira resah sendiri. Ada rasa kecewa bila mesej yang dihantar kepada Adiff petang tadi masih tidak di balas Adiff.

~Adira:
Kenapa tak beritahu saya awak nak ikut Pak Su dan Mak Su balik ke KL?

Adira buka lagi mesejnya. Tiada balasan. Mesejnya sendiri dibaca berulang kali.

Satu persatu gambar Adira dilihat melalui akaun Facebook Adira. Ada keluh panjang dari suara itu.
Adiff tarik nafasnya dalam-dalam. Hatinya meronta untuk membalas mesej dari Adira tetapi satu lagi hatinya tidak membenarkan dia berbuat begitu.
Adira bukan haknya. Malah tidak pernah ada apa-apa perkongsian perasaan dengan gadis itu walau Adiff dapat rasakan Adira punya rasa yang sama dengannya.
Adira bakal dimiliki oleh Aqiff. Aqiff sudah membelikan cincin untuk melamar Adira.
" Abang, kau tengok ni. Cantikkan. Sesuai untuk Dira kan ?", tanya Aqiff.
Adiff menyambut cincin yang disuakan oleh adiknya itu. Dibelek-belek walau hatinya kecewa saat ini. Salahnya juga kerana lambat menyatakan perasaanya pada papa dan mamanya atau lebih baik terus pada Adira dan Nek Wan.
"Cantik Qiff. Sesuai sangat dengan Dira", jawab Adiff bersahaja. Dia tak nak perasaan kecewanya itu dikesan oleh adiknya.
" Esok papa dan mama akan jadi wakil Qiff untuk lamar Dira. Qiff harap kali ni tidak mengecewakan Qiff lagi. Cukuplah Qiff rasa kecewa dulu bila Zila tinggalkan Qiff", beritahu Aqiff. Ada nada sebak dihujung suaranya.

" You janganlah buat I macam ni. Janganlah suruh I pilih antara you dengan family I. Dua-dua penting untuk I". Aqiff cuba memujuk kekasih hatinya Hazila.
" I nak balik Malaysia. Apa I ada kat sini. You tak apalah, you ada family. I ni?", bentak Hazila. Keras nadanya.
" I faham sayang tapi I minta sikit masa untuk I habiskan Master I. You janji nak tunggu kat sini sampai I habis study kan? Tinggal satu semester je lagi. You pun dah ada kerja kat sini kan. Kalau you rindu pada family you, you boleh balik tengok mereka dulu. I akan bayar tiket you. Please sayang". Pujuk Aqiff. Aqiff sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba kekasihnya itu membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Keputusan Aqiff untuk menyambung studynya juga adalah atas sokongan dari Hazila selepas setahun mereka bekerja. Habis saja study, Hazila yang membuat keputusan untuk bekerja di Australia. Katanya untuk mencari pengalaman bekerja di negara orang. Sekurang-kurangnya bila balik Malaysia nanti senang untuk dia apply kerja kerana sudah ada pengalaman bekerja.
"Keputusan I muktamad Qiff. I tetap akan balik Malaysia. Kalau you tak nak ikut I, kita putus!". Hazila seperti memberi ugutan.
"Kenapa you tiba-tiba berubah Zila. I tak boleh ikut you buat masa ni. You pun tahu sebabnya kan? I ada satu semester lagi untuk Master I tu", Aqiff cuba berlembut dengan kekasihhya itu. Tidak guna jika dia juga mengambil jalan untuk berlawan cakap dengan Hazila yang kadang-kadang ada sikap keras kepalanya itu.
Aqiff meraup wajahnya. Berat kepalanya memikirkan permintaan Hazila yang ingin dia mengikut kekasihnya itu pulang ke Malaysia dan kemudian menyambung studynya di Malaysia.
" Sayang I rayu pada you. I akan ikut you tapi biar I habiskan dulu study I ni. Tak lama sayang. I rasa bukan senang juga urusannya untuk I tukar- tukar tempat study ni. Please sayang. I rayu pada you untuk kali ini", pujuk Aqiff.
Kata-kata Aqiff hanya seperti angin yang bertiup lalu di hadapan Hazila. Hazila diam membisu. Masam wajahnya.

~ MY LOVE:
Sorry Qiff. Kalau you baca mesej I ni, I dah pun berangkat pulang ke
Malaysia.
I tak boleh tunggu you. I minta maaf kalau sepanjang
hubungan ini, I ada sakitkan hati you.I harap you akan dapat
mencari pengganti I. Selamat tinggal Qiff.

Aqiff terduduk lemah bila membaca mesej terakhir dari Hazila. Matanya sudah berkaca. Dirinya seperti tidak berpijak di bumi tetapi melayang dibawa angin musim sejuk Australia saat ini. Hatinya mahu menjerit.
"Kenapa buat I macam ni Zila? Kenapa? Mana janji-janji you? Sampai hati you putuskan hubungan kita ni. I sayang you Zila!". Akhirnya terhambur juga air mata Aqiff. Dia menangis di birai katilnya.
Sudah seminggu Hazila pulang ke Malaysia. Satu pun mesej dari Aqiff tidak dibalas. Usah kata la kalau call tu memang tidak dapat dihubungi langsung. Mungkin Hazila sudah menukar nombor telefonnya. Aqiff mati akal untuk menghubungi kekasihnya itu. Semua kawannya di Malaysia juga dihubungi kalau-kalau mereka tahu di mana Hazila. Rata-rata mereka juga terkejut dengan kepulangan Hazila ke Malaysia tanpa pengetahuan Aqiff. Atas nasihat dari Adiff, Aqiff pulang ke Malaysia untuk mencari Hazila. Melalui alamat yang pernah Hazila berikan, Aqiff ke Rawang menjejaki alamat itu. Namun, sudah setahun rupanya keluarga Hazila berpindah mengikut cerita penyewa rumah itu yang tidak tahu ke mana pemilik rumah itu berpindah. Setiap bulan penyewa itu hanya memasukkan sewa rumah ke akaun pemiliknya saja.

Hampir dua minggu Aqiff di Malaysia sehingga suatu pagi Aqiff melihat Facebook temannya. Amat terkejut bila gambar yang sedang dilihatnya itu adalah gambar persandingan Hazila dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Sungguh ceria wajah Hazila. Inikah sebab Hazila beria-ia untuk pulang ke Malaysia. Inikah sebab Hazila nekad untuk meninggalkannya. Tiada tolak ansur dari Hazila untuk menunggunya. Pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikirannya. Gambar-gambar Hazila yang dimuat naik ke akaun Facebook temannya dulu itu sungguh buatnya kecewa. Kalau Hazila dipaksa kahwin oleh keluarganya tidak pula nampak riak sedih atau riak wajah gembira yang dibuat-buat. Jelas pada mata Aqiff senyuman dan tawa Hazila memang ikhlas. Ikhlas berkahwin dengan lelaki di sebelahnya itu. Iphonenya dicampak ke hujung katil. Dari rasa sedih muncul perasaan benci pada gadis yang pernah berada dalam hatinya itu. Saat itu juga segala kenangan bersama Hazila ingin dibuang jauh-jauh dari kotak ingatannya. Tidak mahu sekali-kali dia ingin mengingati gadis itu lagi. Itu sumpah Aqiff. Kau akan menyesal Hazila!
Hampir dua bulan Aqiff kemurungan. Kata dan perbuatannya tidak seiring. Mulut kata benci, marah tapi luka di hati tidak mudah untuk dirawat. Lagi cuba Aqiff untuk melupakan gadisnya itu lagi dia terseksa.

"Aqiff, papa dan mama tahu Aqiff kecewa, Aqiff sedih tapi berbaloi ke Aqiff seksa diri Aqiff sendiri walhal orang yang buat Aqiff macam ni sedang bahagia? Sebagai Muslim, kita kena percaya pada qada dan qadar Allah tu Aqiff. Semua yang berlaku ini sudah dirancang. Perancangan Allah itu mungkin nampak kejam tapi kita tak akan tahu sebabnya kenapa Allah mentakdirkan kita begitu sehingga kita menerima yang baik dari musibah itu. Musibah itu tanda kasih sayang Allah Aqiff. Kembali pada Allah Aqiff. Mohon keampunannya dariNya". Nasihat papa itu sememangnya satu kekuatan untuknya. Memang benar kenapa dia perlu bersedih sedangkan orang yang membuatnya sedih sedang bergembira saat ini.
Aqiff bangkit dari rasa kecewa. Dia perlu mulakan hidup baharunya.
Kini hatinya dijentik dengan satu rasa halus pada gadis bernama Adira Filzah.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now