" Mana Qiff ni abang? Tak sampai-sampai lagi ni. Sekejap lagi nak nikah. Risau Ju ni abang", kata Julita
" Ju janganlah risau sangat. Sekejap lagi dia sampai la tu", Kamaruzaman cuba menenangkan isterinya. Sebenarnya sudah beberapa kali dia menelefon anaknya itu tetapi tiada satu panggilan yang dijawab.
" Kita siap-siap dululah. Kita tunggu Qiff kat masjid. Tak elok pula nanti Tok Kadi yang menunggu kita. Adiff cuba call Qiff lagi ye", pesan Kamaruzaman
" Baik papa". Jawab Adiff. Manalah kau Qiff. Jangan buat pasal. Malu family kita ni.Ruang masjid yang dikhaskan untuk majlis akad nikah telah dihias cantik. Walau sederhana tetapi bunga-bunga segar putih di tempat membatalkan air sembahyang nampak mewah.Adira nampak anggun berbaju putih krim. Dengan santunya duduk bersimpuh.
Adiff mencuri pandang. Matanya sukar dialih.
Kamaruzaman dan Khairul menyambut kedatangan Tok Kadi yang akan menikahkan Aqiff.
" Tok, kita tunggu sekejap lagi ye. Pengantin lewat sikit". Kata Kamaruzaman.
"Adiff dah call Qiff? Manalah budak bertuah ni. Boleh naik darah papa macam ni", kata Kamaruzaman.
Iphone Adiff berbunyi. Panggilan dari Aqiff. Adiff cepat-cepat menjawabnya.
" Qiff kat mana ni? Cepat sikit boleh. Semua orang dah tunggu Qiff ni", kata Adiff. Nada suaranya juga sudah tinggi.
" Abang, boleh bagi Qiff cakap dengan Dira", kata Aqiff tanpa menjawab pertanyaan dari Adiff. Adiff terpinga-pinga. Sah Aqiff dah buat hal. Ya Allah, Engkau lindungilah adik ku ini dan seluruh ahli keluargaku dari aib.
Ahli keluarga yang lain hanya memandang. Tidak tahu cerita sebenar. Adiff menghulurkan telefonnya kepada Adira. Adira sambut.
Adira nampak tenang mendengarkan butir bicara Aqiff. Tak tahu apa yang diperkatakan Aqiff. Mata Adira mula berkaca. Adira tahan.
Dihulurkan semula telefon kepada Adiff.
" Abang, Qiff nak cakap dengan papa", pinta Aqiff pula
Adiff hulurkan telefonnya pada papanya.
Kamaruzaman tenang mendengarkan apa yang diperkatakan Aqiff sama seperti Adira tadi. Beberapa seketika, Kamaruzaman hanya menggelengkan kepalanya.
Habis bercakap dengan Aqiff, Kamaruzaman hulurkan pula telefon kepada Adiff.
Adiff sambut. Hatinya berdebar.
" Abang, Qiff nak buat satu permintaan. Qiff nak abang gantikan tempat Qiff. Mulai saat ini, Qiff serahkan Dira pada abang", kata Aqiff
" Qiff! Apa dah jadi sebenarnya ni. Qiff kat mana? Abang datang ambil Qiff", kata Adiff. Antara percaya dan tidak dengan apa yang diperkatakan Aqiff sebentar tadi.
" Abang jangan fikirkan tentang Qiff. Qiff okay cuma Qiff tak boleh kahwin dengan Dira. Dalam hati Qiff tak ada Dira. Qiff dah ada orang lain. Qiff minta maaf sebab rahsiakan hal ni dari abang", kata Aqiff lagi.
" Qiff, abang percaya ini bukan diri Qiff yang sebenar. Qiff beritahu abang Qiff kat mana ni?". Sekali lagi Adiff cuba memujuk. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan adiknya itu. Dia kenal Aqiff.
" Selamat pengantin baru abang". Kata Aqiff sebelum dia memutuskan panggilan telefonnya.
Adiff terduduk. Julita sudah menangis.
" Apa ni abang? Apa dah jadi dengan Qiff?" Soal Julita.
Kamaruzaman kembali duduk di sebelah Tok Kadi. Entah apa yang diperkatakan. Tok Kadi hanya mengangguk.
Kamaruzaman bangun lalu memimpin Hajah Kamsiah dan Julita mengekorinya dari belakang. Di sudut masjid, Kamaruzaman bercerita kepada Hajah Kamsiah dan Julita apa yang disampaikan oleh Aqiff. Kedua-duanya faham. Hajah Kamsiah nampak lebih tenang. Ditepuk bahu anak sulongnya itu. Julita memanggil Adira dan Adiff.
" Adira, papa minta maaf atas apa yang terjadi sekarang ni. Papa sendiri tak boleh nak fikir apa yang Qiff cakap pada papa tadi. Papa tak tahu apa masalah Qiff sebenarnya", Kamaruzaman memulakan bicara.
Adira tertunduk menahan tangis.
" Qiff minta papa kahwinkan Dira dan Adiff", kata papa
Adiff yang mendengar terkejut kerana itulah juga yang diminta oleh Aqiff.
" Papa rasa, ini juga yang Qiff cakapkan pada Dira dan Adiff, kan?" Tanya papa.
Adiff dan Dira hanya mengangguk.
" Dira, kalau papa kahwinkan Dira dengan anak papa yang seorang lagi ni, Dira mahu tak?", tanya Kamaruzaman.
Apakah jawapan yang patut diberi oleh Dira saat ini. Patut ke aku cakap, ye papa Dira nak kahwin dengan Adiff. Nak angguk atau nak geleng. Tok Kadi dah sedia menunggu. Saudara mara juga sudah menanti. Pusing kepala Adira. Akhirnya, Adira tertunduk bisu.
" Adiff, mahu ke kalau papa Kahwinkan Adiff dengan Dira?", tanya papa pada Adiff pula.
Adiff memandang mama dan Nek Wannya. Nek Wan memberi isyarat agar Adiff bersetuju dengan pertanyaan papanya itu.
" Papa, boleh Adiff berbincang dengan Dira dulu?", tanya Adiff.
Kamaruzaman hanya mengangguk.
Kamaruzaman, Julita dan Hajah Kamsiah membiarkan kedua-duanya berbincang.Dua-dua malu untuk memulakan bicara. Adiff mengambil langkah pertama kerana dia lelaki. Dia yang patut bertanya kepada Adira.
" Dira, abang rasa kita berdua tersepit nak memberikan kata putus antara ya atau tidak. Kalau abang kata ya dengan pertanyaan papa tadi tapi dalam hati Dira kata tidak, abang hormat keputusan Dira. Ini masa depan abang dan Dira. Tapi sekali lagi abang nak tanya Dira, mahu ke Dira kahwin dengan abang?". Adiff memberanikan diri bertanya sekali lagi. Dia harus kuat untuk menerima keputusan Adira.
" Dira tak sempurna abang untuk abang jadikan isteri. Abang berhak dapat yang lebih baik", jawab Adira.
" Abang juga tidak sempurna Dira. Mahu ke Dira melengkapi kekurangan abang itu?" Sekali lagi Adiff bertanya secara berkias.
" Abang , kalau abang ikhlas mengambil Dira sebagai isteri untuk melengkapi hidup abang, Dira terima", kata Adira. Air matanya gugur juga akhirnya.
Adiff memanjatkan kesyukuran kepada Allah." Aku terima nikahnya Adira Filzah binti Azamudin dengan mas kahwinnya dua puluh empat ringgit tunai".
Dengan sekali lafaz, Adira sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Adiff Fahmi bin Kamaruzaman.
Majlis di rumah Hajah Kamsiah sungguh meriah. Maklumlah sudah lama Hajah Kamsiah tidak mengadakan kenduri secara besar-besaran.
Sakinah masuk ke bilik Adira sebelum pihak lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan.
" Kasihan kau Dira. Apa yang kau dah buat sampai abang sepupu aku tu tiba-tiba tak nak kahwin dengan kau huh!", sindir Sakinah
" Tak pasal-pasal Abang Adiff pula jadi pak sanggup. Menyusahkan betul la kau ni!", tambah Sakinah sebelum keluar dari bilik Adira. Sungguh kau tak berubah Sakinah.
Adira yang sudah siap untuk menunggu rombongan pengantin lelaki hanya diam. Nadia pula mencebik. Kecil besar, kecil besar je dia nampak perempuan mulut puaka tu.Paluan kompang sudah kedengaran. Debaran di dada semakin kuat.
Adira dipimpin oleh Nadia menyambut suaminya, Adiff Fahmi. Saat tangan Adiff disatukan dengan tangannya, Adira hilang arah. Seperti satu kuasa maha hebat masuk ke tubuhnya. Perasaan ini juga yang hadir saat Adiff menyarungkan cincin di jari manisnya kerana buat pertama kali, tangannya itu disentuh lelaki yang bernama suami.
Adira dan Adiff diarak naik ke pelamin. Sama cantik, sama padan. Itu pujian dari saudara mara dan orang-orang kampung yang datang bertandang memeriahkan majlis.
Adiff tidak melepaskan tangannya. Disulamkan jari-jarinya pada jari-jemari Adira. Semakin erat. Adira dapat rasakan satu perasaan yang kuat dari Adiff.
Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami ini, rahmatilah rumahtangga yang baru ku bina ini, suburkankah hati-hati kami dengan rasa kasih dan sayang. Doa Adira dalam hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU DAH JODOH....
Cerita Pendek"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...