Bab 17

2.9K 92 3
                                    

"Kepala Qiff masih sakit lagi ke?"tanya Pak Su bila Aqiff memicit-micit kepalanya.
Keputusan CT Scan otak menunjukkan tiada apa-apa penyakit serius yang dihidapi Aqiff.
Aqiff kerap tidak ke office sejak belakangan ini kerana sakit kepala yang menyerangnya. Aqiff juga pernah pengsan di officenya.
Aqiff tak secergas dahulu.
Adira juga risau dengan tunangnya itu.

" Abang Adiff, macam mana keadaan abang Qiff?" Soal Adira. Bengkak mata Adira kerana menangis sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur . Adira risaukan Aqiff apabila diberitahu Aqiff dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri.
Sejak Aqiff mengadu sakit kepala, Aqiff jarang menghubunginya. Mesej yang dihantar Adira juga jarang dibalas Aqiff. Sungguh Adira berasa hati dengan perubahan Aqiff tapi Adira cuba faham bahawa Aqiff sedang sakit.
"Dira jangan risau. Qiff okay. Tak ada yang serius", jawab Adiff. Lama wajah Adira dipandang. Wajah yang dia rindu.
"Kalau tak serius kenapa abang Qiff selalu sakit kepala. Abang Qiff pun tak macam dulu. Dah tak banyak cakap dengan Dira. Kadang-kadang marah pada Dira walhal Dira hanya bertanya khabar saja", adu Dira. Adira tak dapat menyorokkan perasaannya lagi. Saat cinta untuk Aqiff cuba disemai, saat dia cuba untuk melawan perasaannya pada Adiff, dugaan ini yang datang padanya. Adiff pula tempatnya mengadu. Ya Allah apakah dugaan ini. Rintih hatinya.

"Aqiff, semalam Kak Hana nampak Aqiff lunch dengan Hazila. Kak Hana ajak lunch, Aqiff tak nak". Hana agak berasa hati dengan assistantnya itu.
Hana nampak Aqiff agak berubah sejak sebulan yang lalu. Aqiff tak banyak cakap. Dah tak suka bergurau macam dulu-dulu. Cakap bila perlu saja.
Hana masih boleh terima kalau perubahan itu disebabkan sakit kepala yang menyerangnya tapi yang menjadi musykilnya, bila dengan Hazila bukan main mamat celup mat Saleh ni senyum sampai ke telinga. Bila masuk office muka ketat sendat.
" Kak Hana boleh tak jangan nak menyibuk hal saya. Saya nak makan atau tak nak itu hak saya. Saya nak keluar makan dengan siapapun, itu juga hak saya!", tempelak Aqiff.
Hana yang berdiri di depan meja Aqiff agak terkejut dengan kata-kata Aqiff. Terasa tebal juga mukanya bila dia ditempelak begitu. Nasib baik tak ada staf lain waktu itu.
"Kau ni dah kenapa Aqiff. Kak Hana cakap baik-baik tapi yang kau nak tempelak Kak Hana ni dah kenapa!" Kali ini Hana pula yang meninggikan suaranya pada Aqiff.
Pantang Hana kalau orang buatnya begitu.
" Dah lah. Buat kerja ni. Hantar pada Kak Hana sebelum lunch", arah Hana. Satu fail dihulur pada Aqiff.
Aqiff menyambut huluran fail itu. Hana berlalu tanpa menolehnya semula. Hana perlu lebih profesional berhadapan dengan Aqiff kali ini.

" Kak Hana, Jia rasa la Aqiff tu macam ada yang tak kena. Jia rasa pelik la sebab Aqiff tu okay je sebelum ni. Nak nampak dia marah pun payah. Muka manis 24 jam. Nasib Jia ni dah kahwin, kalau tak mau juga Jia cuba nasib. Siapa yang tak jatuh hati pada Aqiff tu. Sejuk je mata tengok dia tu. Untunglah tunang diakan Kak Hana", kata Jihan yang juga staf di bahagian akaun.
Hana yang mendengar hanya mengangguk. Ada juga Hana terfikirkan sesuatu tapi dia tak nak bersangka buruk. Doanya semoga Aqiff cepat sembuh dari penyakitnya itu. Hana agak risau juga bila Aqiff rebah di pantri tidak sedarkan diri. Sudah masuk 3 hari Aqiff dimasukkan ke hospital.

Setelah 2 hari tidak sedarkan diri, Aqiff sudah mula membuka matanya. Kedua-dua orang tua Aqiff setia menemani Aqiff sepanjang dia terlantar di hospital. Hajah Kamsiah dan Adira juga ikut bersama. Adiff mengambil cuti seminggu.
Pak Sunya yang beri pelepasan cuti.
Julita tak kering air mata menangis kerana risaukan anak bujangnya yang seorang ini.
" Ju janganlah fikirkan sangat. Abang takut naik pula darah tinggi Ju tu. Qiff dah sihat nanti Ju pula yang terlantar kat sini. Siapa pula nak jaga abang. Abang ni bukan boleh kalau Ju tak ada" usik Kamaruzaman pada isterinya
Julita hanya tersenyum. Itulah sikap suaminya. Penyayang dan romantik. Cuma bila usia dah meningkat,romantik tu dah kurang. Julita pun malu anak-anak melihat mereka berdua. Nanti dikata tak padan dengan umur masih mengada-ngada.
"Ju bukannya apa abang. Kita ni anak tak ramai. Adiff dan Aqiff je la anak kita. Ju tak sanggup nak kehilangan mereka", kata Julita.
"Siapalah kita ni Ju. Andai sudah takdir Allah, kita tak mampu nak melawannya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita tak tahu perancangan Allah itu. Apa yang kita rancang tak semestinya baik untuk kita. Sesuatu yang Allah ambil sebab Allah nak beri sesuatu yang lebih baik Ju", nasihat Kamaruzaman. Dipeluk bahu isterinya. Julita meletakkan kepalanya di bahu suaminya. Suaminya itulah kekuatannya saat ini.

" Alhamdulillah Qiff dah sedar. Risau kami semua ni", kata papa
"Qiff okay je papa, mama. Qiff ni banyak fikir kot tu yang sampai pengsan. Banyak kerja kat office tu", Jawab Aqiff. Nampak Aqiff lebih sihat hari ini.
Adira yang berdiri di sebelah Mama Ju hanya diam sahaja. Tiada sapaan dari Aqiff. Aqiff juga tidak memandangnya. Aqiff seperti tidak mengenali dirinya lagi. Adira berasa malu bila diperlakukan begitu. Hajah Kamsiah yang berdiri di sebelah Adira mengusap belakang Adira. Hajah Kamsiah faham Adira sedang berperang dengan perasaanya. Malu dan sedih. Hajah Kamsiah juga tidak tahu apa yang sudah terjadi pada cucunya itu. Adiff yang berdiri berhadapan dengan Adira dapat membaca riak wajah Adira yang sugul itu.
"Apa kena dengan Aqiff ni. Boleh buat tak tahu Adira di depannya", bisik hati Adiff. Apa sudah jadi pada adiknya ini. Tak pernah dia buat perangai macam ni. Papa dan mamanya juga mengatakan seperti ada yang tidak kena pada Aqiff.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now