"Terima kasih Rul bagi tahu abang. Abang nak minta Rul tengok-tengokkan dulu Qiff tu sementara abang pergi ke KL tu". Pinta Kamaruzaman.
Sambil mengangkat tangan Kamaruzaman mengucapkan syukur kerana Aqiff sudah ditemui.Setelah diberitahu Khairul, Kamaruzaman, Julita dan Nek Wan terus berangkat ke Kuala Lumpur.
Nek Wan tidak lekang dari mulutnya berzikir. Mendoakan kesejahteraan buat cucu kesayangannya itu.Kelihatan Aqiff masih lemah dan terlantar di katil. Sekali sekala mulutnya memanggil mamanya.
Sayu hati Khairul melihat keadaan anak saudaranya itu. Badan Aqiff yang dulunya tegap sudah nampak kurus. Pipi yang berisi dulu sudah nampak cengkung. Apakah penyakit anak saudaranya itu. Ujian darah yang diambil tadi masih belum tahu keputusannya. Dalam hati Khairul hanya berdoa tiada penyakit serius dihidap oleh anak buahnya itu."Perlu ke kita bagi tahu pada Adiff dan Dira keadaan Aqiff" soal Julita pada suamianya.
"Abang rasa tak perlu Ju. Khairul pun dah bagi tahu tadi, Qiff tak ada sebarang penyakit. Ujian darah pun negatif. Semua okay. Qiff lemah sebab dia kurang makan". Jawab si suami.
" Mak pun rasa tak perlu Ju . Tinggal 2 hari je lagi mereka berdua nak balik. Kalau bagi tahu ni memang mereka berdua akan balik sekarang. Biarlah mereka habiskan dulu cuti tu". Hajah Kamsiah pula menambah.
Julita yang mendengar hanya mengangguk. Memang ada benar kata ibu mentuanya itu.
Sejak kehilangan Aqiff, Adiff la orang paling sibuk mencari Aqiff. Sepanjang di New Zealand, setiap hari juga Adiff akan menghubungi daddynya untuk mengetahui kalau-kalau ada khabar Aqiff."Mama..."
"Mama.."
Lemah suara Aqiff memanggil mamanya.
"Ya sayang. Mama, daddy, Nek Wan ada kat sini". Julita mengusap kepala anaknya. Dicium dahi anak bujangnya itu. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dulunya anak bujang ini masih kecil, sangat manja, suka menyanyi dan ceria. Hari ini Julita melihat anak bujangnya itu sangat tidak bermaya, tidak ceria seperti dulu.
Hajah Kamsiah mengusap belakang menantunya. Dia faham akan persaan seorang ibu. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anak yang dikandungnya terlantar sakit begitu.
" Nek Wan.." panggil Aqiff
" Ya Aqiff. Nek Wan ada di sini". Jawab Hajah Kamsiah.
" Daddy.." panggil Aqiff pula. Sayu dan semakin kendur suara itu.
" Ya sayang. Daddy ada ni. Qiff nak apa? Qiff nak minum ke? Nak makan ke?" Soal daddynya.
Aqiff menggeleng.
"Abang mana daddy?" Soalan itu yang keluar dari mulutnya.
Julita berpandangan dengan suaminya.
"Abang Adiff ada kerja di luar. Daddy dah call abang. Abang akan balik tengok Qiff. Qiff sabar ye". Jawab Kamaruzaman.Hanya itu jawapan paling selamat buat masa ini.Lia...tadi Rul call abang bagi tahu Qiff dah balik. Sekarang ada di wad klinik Rul
" Apa?"
"Qiff dah balik". Ulang Razak
"Kenapa pulak Qiff duduk di wad. Sakit ke dia?". Soal Kamalia.
"Tak tahulah Qiff sakit apa. Tapi dengar cerita dari Rul lepas buat ujian darah tak ada penyakit serius". Jawab Razak semula
" Penyakit tunang jadi isteri orang" .Dengan sinis Kamalia menjawab.
"Kenapa pulak Lia cakap macam tu. Kita tak tahu pun sebab Qiff tak balik masa akad nikah dia dulu. Dah hampir sebulan baru Qiff muncul. Mesti ada yang tak kena tu. Apa-apapun bersyukurlah anak buah kita tu dah balik dan selamat. Abang cadang esok nak lawat Qiff. Abang Man, Kak Ju dengan mak pun ada kat sana". Beritahu Razak kepada isterinya itu.
"Abang sajalah yang pergi. Malas saya". Balas Kamalia dan terus berlalu pergi.
"Eh! Kenapa pulak Lia cakap macam tu? Qiff tu anak buah Lia. Mak pun ada". Razak mengeluh. Kadang-kadang dia cukup tak faham dengan perangai isterinya itu. Kalau isterinya itu tidak suka Adira dia tahu puncanya tapi kenapa pula Adiff dan Aqiff juga menjadi mangsa kebenciannya. Puas sudah Razak menasihati Kamalia tetapi umpama mencurah air ke daun keladi sahaja. Keras sungguh hati isterinya itu. Paling Razak kasihan ialah Adira. Dari budak tu duduk dengan mak mentuanya sampai la sekarang Kamalia tak pernah nak berbaik-baik dengan Adira. Pada kaca mata Razak, Adira budak yang baik. Tak nampak di mana kurangnya Adira sehingga dia dibenci oleh Kamalia dan anaknya, Sakinah. Apa yang Razak mampu buat hanya menasihati dan berdoa agar huhungan isteri dan anaknya, Sakinah akan baik dengan Adira nanti.
YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
Short Story"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...