" Qiff, you masih nak kahwin dengan perempuan tu?", tanya Hazila
Aqiff memandang Hazila.
" I kena kahwin dengan dia. I kena jaga maruah keluarga I Hazila", jawab Aqiff
" Tapi macam mana dengan I?" Soal Hazila. Sedih.
" I memang sayang you. I memang nak kahwin dengan you tapi I tak boleh nak lepas tangan dengan keputusan yang I dah buat sebelum ni untuk berkahwin dengan dia. Semua persiapan dah dibuat. Family I akan malu". Beritahu Aqiff
You memang Qiff selalu pentingkan family you dalam segala hal. You fikir malu family you saja tapi perasaan I ni. I memang sayangkan you. Bisik hatinya
" I harap you boleh sabar. I pun tak nak hubungan kita ni putus. I sebagai lelaki ada hak untuk berkahwin lain. Itupun kalau you sudilah nak kahwin dengan suami orang", usik Aqiff pula.
Hazila yang mendengar hanya tertawa kecil.
Qiff you hanya akan jadi milik I seorang saja. I tak akan benarkan ada perempuan lain untuk hidup bersama dengan you. I sumpah Qiff. Itu kata Hazila dalam hatinya."Lambat Qiff balik. Habis pukul bape meeting tadi?" Tanya Aqiff
"Pukul 6.30 tapi Qiff balik ke office semula. Ada sikit kerja nak disiapkan" jawab Aqiff
"Qiff dah makan ke belum ni? Kat dapur tu ada makanan sikit abang tinggalkan tadi", beritahu Adiff
" Dah tadi sebelum balik rumah". Ceria saja wajah Aqiff.
Adiff menunggu Aqiff bertanya akan hal petang tadi. Aqiff lupa atau hal itu tidak terlalu penting untuknya tahu atau pun Dira sudah menghubungi Aqiff memaklumkan perkara tersebut.
" Qiff masuk bilik dululah abang. Nak mandi, tidur. Letih sangat hari ni", kata Aqiff.
" Ye lah", pendek saja jawapan Adiff. Adiff seperti tidak percaya yang Aqiff langsung tidak bertanya akan hal fitting baju kahwinnya.
Aqiff lupa la tu sebab terlalu penat. Adiff tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Mungkin esok Aqiff akan bertanya padanya.Dira tidak dapat melelapkan matanya. Puas dipejamkan matanya tetapi degil betul matanya malam ini.
Mesej yang dihantar pada Aqiff tidak berbalas.
Takkanlah meeting sampai malam. Sibuk sangat ke Aqiff. Tak penting ke majlis mereka. Adira berkata sendiri
Telefonnya dibuka. Tersenyum Adira bila melihat fotonya bersama Adiff. Adira turut mengakui Adiff terlalu segak dengan persalinan baju yang dipilih mamanya.
Adira juga curi-curi memandang Adiff sehingga pandangannya itu dapat ditangkap Adiff. Adiff mengangkat jari telunjukknya kerana Adira yang cuba curi-curi memandangnya. Mereka sama-sama tertawa.
Adira memejamkan matanya. Beberapa kali dia beristighfar. Adira perlu lawan perasaan yang hadir saat ini. Permainan syaitan mewujudkan rasa was-was ini. Rasa tidak yakin pada Aqiff. Adira kau kena kuat. Apa-apa pun yang terjadi, percayalah Allah sedang dan telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kau", pujuk Adira pada dirinya sendiri.
Adira bangun lantas mengambil wuduk. Allahlah tempat terbaik untuk mengadu segala hal kerana Allah tidak akan menzalimi hambaNya."Amin..Amin Ya Rabbal Alamin". Adiff meraup wajahnya. Doa dipanjatkan kepada Tuhan yang satu. Hatinya lebih tenang berbanding tadi. Adiff tidak dapat melelapkan matanya. Saat mata mula tertutup, wajah Adira yang muncul. Wajah itu yang mengganggu tidurnya malam ini.
Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Saat Adiff mahu merebahkan badannya, sayup-sayup kedengaran seperti orang menjerit.
"Siapalah yang jerit tengah-tengah malam ni", omelnya Adiff
Suara jeritan itu semakin kuat pula. Adiff bangun semula. Didengarkan betul-betul suara itu.
"Macam dekat je bunyi tu", katanya sendiri
"Eh! Macam suara Qiff tu. Astaghfirullah al Azim. Apa dah jadi ni?" Adiff terus bingkas bangun.
Adiff menolak pintu biiik Aqiff. Dilihatnya Aqiff sedang meronta-ronta dan menjerit.
"Qiff kenapa ni? Qiff!..Qiff!", panggil Adiff sambil menepuk pipi Aqiff.
Aqiff masih juga menjerit seperti dirasuk.
Melihatkan keadaan Aqiff itu, Adiff terus mengambil wuduk lalu diazankan ke telinga Aqiff.
Usai azan dilaungkan, Aqiff tidak lagi menjerit. Adiff mengambil sedikit air dan disapukan ke muka Aqiff. Aqiff seperti terpinga-pinga.
"Kenapa dengan Qiff ni abang? Aduh sakitnya badan-badan Qiff ni", kata Aqiff setelah dia sedarkan diri.
" Qiff mengigau. Mimpi apa sampai macam ni sekali?" Soal Adiff
Aqiff bersandar di dinding. Termenung. Nampak keletihan.
"Tak tahu abang. Tapi Qiff rasa tadi Qiff sedang berlawan", jawab Aqiff.
" Kalau macam tu, Qiff ambil wuduk, solat sunat dulu. Minta perlindubgan Allah", nasihat Adiff.
Adiff pun rasa ada yang tak kena duduk di bilik adiknya itu. Tiba-tiba saja meremang bulu romanya.
Lewat malam itu Adiff menemani Aqiff tidur dibiliknya. Adiff tidak lena seperti biasa."Qiff okay dah ke Adiff?" Soal Pak Sunya
Hari ini Adiff minta izin Pak Sunya yang dia akan lewat masuk ke klinik.
" Okay sikit Pak Su. Adiff bagi makan ubat tadi suruh dia berehat je. Adiff pun dah call office dia bagitahu Aqiff pengsan subuh tadi", beritahu Adiff.
Usai Adiff solat Subuh, Aqiff yang baru bangun telah jatuh di depan bilik air tidak sedarkan diri. Adiff sempat merawatnya.
" Pak Su rasalah macam ada sesuatu yang tak kena pada Qiff tu. Dulu Qiff tak macam ni. Orangnya ceria tapi sekarang ni macam hidup dalam dunia dia sendiri.
Adiff nak tau tak yang Qiff tak kenal Mak Su", Khairul mula membuka cerita.
"Betul ke Pak Su? Tak kan la Qiff tak kenal Mak Su. Bila Qiff jumpa Mak Su?", soal Adiff semula
" Mak Su ada cerita pada Pak Su. Minggu lepas. Masa tu Mak Su bertembung dengan Qiff dengan seorang perempuan. Boleh tahanlah juga perempuan tu. Mak Su siap ambil gambar perempuan tu lagi. Bila Mak Su tegur Qiff, Qiff nampak macam terpinga-pinga dan dia tanya Mak Su tu siapa. Mak Su pun pelik. Tak kanlah Qiff tak kenal Mak Su kan", cerita Khairul
" Tak mungkin Qiff tak kenal Mak Su. Tak kanlah dia nak buat-buat tak kenal sebab dia dengan perempuan lain", Adiff mula membuat andaian
" Itu yang mula-mula Mak Su rasa. Tapi Mak Su cakap, Qiff memang macam betul-betul tak kenal Mak Su masa tu. Qiff siap kenalkan lagi perempuan tu pada Mak su. Mak Su kamu cakap mereka berdua nampak mesra. Perempuan tu siap pegang lengan Qiff lagi.", kata Khairul
" Qiff ada bagitahu nama perempuan tu tak Pak Su?", soal Adiff ingin tahu.
" Tak silap Pak Su, Zila..Hazila. Ye Hazila", Jawab Khairul penuh yakin.
"Hazila!". Apa hubungan sebenar Aqiff dengan perempuan yang bernama Hazila tu.
" Adiff kenal perempuan tu?", tanya Khairul semula.
" Adiff tak kenal tapi macam familiar la nama tu. Macam Adiff pernah dengar sebelum ni", jawab Adiff. Otaknya ligat berfikir semula. Hazila!
" Pak Su rasa ada yang tak kena pada Qiff. Lain benar Pak Su nampak. Kalau betul, Qiff ada hubungan dengan perempuan bernama Hazila tu, jangan diseksa perasaan Dira. Kasihan Dira. Semua persiapan dah dibuat. Dira budak baik. Kalau Qiff dah tak nak, putus cara baik. Pak Su harap Adiff sebagai abang dapat nasihatkan Qiff tu".Pesan Khairul pada anak buahnya itu sebelum keluar dari bilik Adiff.
Adiff menarik nafasnya dalam. Berat fikirannya. Antara Aqiff dan Adira.
YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
Short Story"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...