Bab 5

4.2K 127 1
                                    

"Menggatal kau ye dengan anak Pak Man tu. Nampak alim sangat tapi perangai buruk. Macam betina jalang" kata Sakinah dari belakang Adira yang sedang sibuk membasuh pinggan.
"Apa Ina ni cakap macam tu pada Dira. Tak baiklah", Hasnah menegur dari belakang. Hasnah dengar sebiji-sebiji kata yang keluar dari mulut Sakinah. Tak sangka anak buahnya yang seorang ni bermulut jahat.
Sakinah yang agak terkejut dengan teguran Mak Sunya itu terus naik ke ruang atas tapi sempat dia mencubit lengan Adira.
" Adoi!". Jerit Adira yang terkejut dengan cubitan Sakinah yang agak kuat itu.
Entah apa salahnya kali ini sampai sakit betul hati Sakinah padanya.
" Kenapa Dira?"tanya Mak Sunya.
Adira menggosok lengannya. Diangkat sedikit lengan bajunya. Agak terkejut Adira kerana cubitan Sakinah tadi menyebabkan kulitnya sedikit merah seperti tompokan darah yang belum keluar.
" Ya Allah. Apalah kena dengan Sakinah ni. Sampai macam ni sekali cubit orang. Mak Su tak fahamlah kenapa dia sakit hati sangat dengan Dira" bebel Hasnah.
"Entahlah Mak Su. Dira pun tak tahu. Dira cuba berbaik-baik dengan dia tapi nampaknya sakit hati dia tu pada Dira semakin menjadi-jadi".
"Biarlah dia Dira. Orang dengki ni memang susah nak diajar. Kalau dia buat lagi, beritahu pada Nek Wan. Biar Nek Wan nasihatkan Sakinah tu", usul Hasnah pada anak buahnya itu.
Adira hanya mengangguk.

Adira sudah siap mengemas di dapur. Adira mengambil kain bajunya untuk mandi. Dalam keadaan ramai ahli keluarga Nek Wan, terpaksalah Adira menyalin baju di dalam bilik air sahaja. Kalau hanya dia dan Nek Wan, selalunya dia berkemban saja dan memakai baju di dalam bilik.

Adira sibuk mengajar Adam menyiapkan tugasan sekolahnya di anjung rumah Nek Wan. Syaliana juga turut meminta Adira mengajarkannya Matematik Tambahan. Kadang-kadang kedengaran ketawa Adira, Adam dan Syaliana. Entah apa yang lucu sangat sampai ketiga-tiga cucu Nek Wan tidak berhenti ketawa.
" Dira! Kau nak ajar budak ni ke nak buat lawak. Dari tadi aku dengar asyik ketawa je. Sakit telinga aku. Bising!" Bentak Sakinah
" Apalah Along ni. Kami ketawa pun nak sakit hati. Orang lain okay je", jawab Syaliana selamba. Syaliana juga kadang-kadang tak sebulu dengan kakaknya yang bajet bagus sangat tu.
"Hah! menjawab. Sikit-sikit menjawab. Aku cili juga mulut kau nanti!", ugut Sakinah pada adiknya. Adam sudah berlari ke dapur. Takut melihat ketegangan antara sepupunya itu.
"Sudahlah Sakinah. Tak malu ke pada semua orang. Tak elok nak gaduh-gaduh", Adira mula bersuara. Sakit hatinya sudah tak tertahan pada Sakinah.
"Hey.. aku tak cakap dengan kau la bodoh! Ni antara aku dengan adik aku!" Jawab Sakinah.
Main kasar dah perempuan bajet bagus ni. Sekali lagi dia panggil aku bodoh.
"Kau jaga sikit mulut kau tu Sakinah. Jangan sedap mulut kau je nak panggil orang bodoh!", marah Adira
"Suka hati akulah nak panggil siapa-siapa pun bodoh,bodoh!" . Kata Sakinah sambil mengejek cara Adira bercakap tadi.
"Kenapa ni Along? Dari tadi papa dengar bodoh, bodoh. Siapa yang bodoh?". Tegur papa mereka.
"Along ni papa, tiba-tiba marah adik, Adam dengan Kak Dira. Kami tak kacau pun dia. Lepas tu Along panggil Kak Dira bodoh, bodoh", adu Syaliana pada papanya.
Sakit hati melihat perangai kakaknya itu. Suka cari pasal.
"Apa ni Along. Papa tak ajar anak papa cakap kasar macam ni. Panggil orang bodoh. Tak baik", nasihat papanya lagi.
Semakin membara rasa amarah Sakinah pada adik dan musuh utamanya, Adira.
Sakinah menghentakkan kakinya sebelum berlalu dari situ.
Razak hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai anak sulongnya itu. Bukan Razak tak perasan, isteri dan anaknya, Sakinah yang suka cari pasal dengan Adira.
Razak menunggu masa yang sesuai untuk menegur kedua-duanya.

Adiff dan Pak Su sedang rancak berborak di pangkin.
"Adiff kalau berminat boleh je nak kerja kat Klinik Pak Su. Pak Su memang nak cari doktor lagi. Patient makin ramai sekarang. Tak cukup staf". Pelawa Khairul pada anak abangnya itu.
"InsyaAllah Pak Su. Terima kasih sebab pelawa Adiff kerja dengan Pak Su. Tentu seronokkan kan Pak Su ada klinik sendiri. Adiff pun bercita-cita nak buka klinik sendiri nanti. Tengah kumpul duit ni", beritahu Adiff.
"Baguslah kalau ada cita-cita macam tu. Tugas doktor ni di mana-mana pun sama je cuma waktu bekerja kita tidaklah terikat sangat kalau bekerja di klinik sendiri. Tak adalah istilah on call tu", jelas Khairul pada anak buahnya itu.

" Dira" panggil Pak Su
Dira yang melintas nak masuk ke dapur berpaling ke arah Pak Sunya.
Adiff turut memandang. Adira buat-buat tak nampak. Kan dia pandai buat muka selamba tapi siapa tahu dalam hati Adira tu macam mana.
"Sinilah. Sembang dengan Pak Su dan Adiff", pelawa Pak Su.
Adira mengatur langkah menuju ke arah Pak Sunya. Canggung rasanya langkah Adira kerana dia tahu ada mata yang sedang memerhatikannya.
"Adiff, Dira ni bakal doktor juga tau", kata Pak Su
Adira senyum pada Pak Sunya. Tiba-tiba dirasakan lehernya seperti keras nak memandang wajah lelaki bernama Adiff itu. Tak terpusing lehernya. Adira hanya memandang ke arah Pak Sunya saja.
Khairul dapat membaca hati Adira. Nak ketawa pun ada. Adira malu nak memandang Adiff. Si Adiff pula tak lepas memandang Adira.
" Dira study kat mana?"tanya Adiff
"UIA. Universiti Islam Antarabangsa", jawab Adira. Kali ni Adira tepat memandang ke arah mata Adiff.
Alahai jantung hati. Kenapa kuat sangat berdegup ni. Apa makna ni? Adira, kau kena mantain cool jer. Jangan nampak yang kau ni gubra. Alahai setakat bertentang mata dengan Adiff ni apalah sangat. Tapi kenapa jantung hati aku ni tak macam ni bila berdepan dengan Shahir, senior aku kat kampus tu. Handsome juga. Ramai junior bukan saja budak medic yang tergilakan Shahir. Tapi Shahir memilih aku untuk menjadi suri dihatinya. Aku pula tak pernah memberi kata putus pada lamaran Shahir untuk menjadi pasangan kekasih. Aku masih dengan pendirianku, tidak mahu ada apa-apa komitmen selain dari belajar.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now