Bab 12

3.3K 101 3
                                    

"Mama Ju tak paksa Dira. Mama Ju dan Pak Man hanya menyampaikan hajat Aqiff". Terang Julita. Dia tahu Adira agak terkejut apabila diberitahu Aqiff ingin melamarnya.
Adira memandang Nek Wannya. Kotak cincin yang dihulur Mama Junya disambut.
Adira membuka kotak kecil berwarna merah itu. Sebentuk cincin emas belah rotan terletak cantik dalam kotak comel itu. Adira pandang lama cincin itu. Tak tahu apakah jawapan yang paling sesuai untuk diberikan pada Pak Man dan Mama Junya.
" Mama Ju, Pak Man, Dira tak tahu nak bagi jawapan apa. Adira tak terfikir pun ada orang nak lamar Dira pada masa sekarang ni. Dira pun tak ada keluarga untuk diajak berbincang", jawab Dira. Hatinya sebak saat ini. Ya, memang dia tak ada keluarga. Keluarga yang sebenar-benarnya keluarga. Sepatutnya hal-hal sebegini, abah dan mamanyalah orang yang paling layak untuk membuat keputusan untuknya.
Hajah Kamsiah menepuk lembut belakang cucu angkatnya itu. Dia tahu Adira sedang menahan sebak.
"Maafkan kami Dira. Mama Ju dan Pak Man tak ada niat nak buat Dira sedih. Arwah abah dan mama Dira memang kawan baik kami jadi lebih baik hubungan ni dieratkan lagi dengan hubungan kekeluargaan. Dira ambillah masa untuk fikirkan. Mama Ju rasa Aqiff juga faham kalau Dira tak boleh terima lamaran ni buat masa ni. Cuma Mama Ju harap Dira akan jadi ahli keluarga kami", kata Julita penuh harapan.

" Kenapa ni Dira? Dari tadi asyik mengeluh. Aku tengok kau ni sejak balik sini dah tak banyak cakap. Tak macam dulu". Nadia memandang wajah sahabatnya. Keruh wajah Adira.
Sudah dua minggu Adira menyambung kuliahnya setelah tamat cuti semester pertama. Fikirannya kusut kala ini. Senak fikirannya memikirkan hasrat Aqiff, Mama Ju dan Pak Man.
Rakan sebiliknya, Nadia yang perasan keadaan sahabat baiknya itu duduk di sebelah Adira.
" Nad, kalau aku cerita kat kau ni, aku nak kau janji jangan cerita pada siapa-siapa". Pinta Adira.
Nadia yang mendengar kata sahabatnya itu hanya mengerutkan dahi. Pada fikirannya,memang sahabatnya itu sedang berhadapan dengan masalah yang besar kerana Adira tidak pernah resah dan tidak tentu arah seperti ini.
"Ceritalah Dira kalau itu boleh buat kau lega. InsyaAllah, aku sentiasa simpan rahsia kau". Nadia peluk bahu sahabatnya itu yang sudah mula berkaca.
" Ada orang lamar aku Nad". Beritahu Adira.
"Apa? Lamar kau? Siapa?", soal Nadia penuh minat.
Adira memandang tepat ke mata Nadia. Nadia menggenggam erat jari jemari sahabatnya itu. Nampak benar sahabatnya itu tertekan.
Satu keluhan panjang keluar dari suara Adira.
" Aqiff. Aqiff Farhan. Cucu Nek Wan".
"Aqiff Farhan? Cucu Nek Wan? Nadia menyoal kembali.
Adira mengangguk lemah. Nadia mengusap belakang sahabatnya itu.
"Kau suka dia? Dia orang yang macam mana? Soal Nadia.
"Aku tak tahu perasaan aku Nad. Aku buntu. Dia anak Pak Man dan Mama Ju. Pak Man dan Mama Ju ni kawan baik abah mak aku. Dia orang bekawan dari zaman belajar sampai orang tua aku meninggal.
Serba salah aku nak menolaknya. Keluarga Nek Wan dah banyak berjasa pada aku. Kalau tak ada mereka tak tahulah hidup aku sekarang". Cerita Adira.
"Kau dah buat istikharah?", soal Nadia semula
Adira hanya menggeleng
"Mintalah petunjuk padaNya Dira. DIA sebaik-baik perancang Dira", nasihat Nadia.
Adira hanya mengangguk.
Ya, Allah sebaik-baik perancang. Ini mungkin rancangan Allah untuknya.

"Ya Allah! Dira,cantiknya." Puji Nadia yang baru tiba itu terus memeluk sahabat baiknya. Sempat Nadia menyeka air matanya. Tak tahu alasan apa air matanye tiba-tiba keluar dengan mudahnya. Mungkin saja tangisan kegembiraan. Bisik hatinya.
"Cantik ke? segannya aku. Kau pun tak pernah tengok aku pakai macam ni, make up macam ni. Tak over sangat ke?" Tanya Adira yang tidak selesa disiapkan sebegitu rupa.
"Tak overlah. Cantik sangat-sangat Dira. Kau tak makeup pun memang dah cantik inikan pula bila dah make up nacam ni hampir tak kenal aku tadi" puji Nadia lagi.
"Ada-ada je kau ni Nad". Adira bertambah malu dipuji begitu
"Betullah" jawab Nadia tersenyum manis.

"Dira rombongan Pak Man dah sampai. Siap-siap ye. Nanti Dira kena keluar. Tetamu nak tengok". Kata Nek Wan yang tiba-tiba muncul di depan pintu. Lebar senyum Hajah Kamsiah melihat cucu angkatnya itu.
Adira yang mendengar hanya mengangguk dan membalas senyuman Nek Wannya.
Debaran di dadanya semakin terasa kuat. Apa yang Adira harapkan majlis itu berjalan lancar dan cepat-cepat selesai. Adira menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Baik atau buruk dia sudah bersedia untuk menerimanya dengan reda.

" Nek Wan, Dira setuju nak terima lamaran dari Aqiff", kata Adira sebulan yang lalu.
Lama Hajah Kamsiah memandang wajah cucunya itu. Mencari kepastian dan keyakinan dari jawapan Adira.
" Betul Dira nak terima lamaran Aqiff?", tanya Hajah Kamsiah sekali lagi.
Adira mengangguk perlahan.
" Adira jangan rasa terpaksa menerima lamaran Aqiff. Nek Wan tak nak Dira terima lamaran ini kerana rasa bersalah atau terhutang budi pada Nek Wan sekeluarga. Nek Wan nak keputusan ini lahir dari hati Dira sendiri. Dira yang mahukannya. Ini kebahagiaan dan masa depan Dira", nasihat Nek Wan. Adira sudah tertunduk. Cuba ditahan air matanya tetapi semakin laju pula air matanya keluar. Nangislah Dira kalau itu boleh buat kau lebih tenang. Adira bermonolog.
" Nek wan jangan risau ye. Dira okay je. Tak ada siapa-siapa yang paksa Dira. Ini semua keputusan Dira", jawab Adira sambil menyeka air matanya.
"Tapi kenapa Dira nangis ni? Lagi susah hati Nek Wan", soal Nek Wan semula.
Adira tergelak kecil mendengar kata Nek Wannya.
" Nek Wanlah sebab Dira nangis", jawab Adira selamber
"Huh! Sebab Nek Wan?, soal Hajah Kamsiah terkejut.
"Yelah. Dira nangis sebab Dira ni bertuah sebab ada keluarga macan Nek Wan. Baik, prihatin, ambil berat pasal Dira", jawab Adira jujur.
Hajah Kamsiah terus menarik tubuh Adira. Dipeluk erat cucunya itu.
"Nek Wan sayang Dira sama macam cucu-cucu Nek Wan yang lain. Tiada beza, kurang atau lebih". Lembut Hajah Kamsiah membisikkan kata-kata itu pada Adira. Adira hanya menggangguk tanda faham.

"Dira!..Dira!.." panggilan Nadia mematikan lamunan Adira.
"Kau ni kenapa Dira. Jauh sangat mengelamun tu. Ke kau tak sabar nak langsungkan majlis kahwin kau pulak", usik Nadia dengan senyuman nakalnya.
"Hish...kau ni Nad. Ada pulak fikir sampai ke situ. Aku ni macam tak percaya je semuanya ni sedang berlaku. Betul-betul jodoh ni rahsia Allah". Luah Adira.
" Betul tu Dira. Kau sepatutnya bersyukur. Jodoh kau cepat. Ada orang nak sangat kahwin tapi belum ada jodoh. Ada tu umur dah masuk 40 masih belum kahwin. Kalau dah masuk umur macam tu mulalah ada pula yang menggelar andartu. Tak kasihan ke?" kata Nadia. Adira yang mendengar hanya mengangguk.
" Terima kasih Nad. Kau sentiasa ada waktu senang dan susah aku. Sentiasa bagi aku semangat. Kau sahabat aku dunia akhirat". Adira terus memeluk sahabatnya itu.
"Dah...dah... jangan nak sedih-sedih, nak nangis-nangis. Hari ni hari bahagia kau. Nanti hilang seri tu", pujuk Nadia sambil membetul- betulkan baju yang dipakai Adira.
"Jom", ajak Nadia.
"Eh! nak pergi mana?" Adira pula bertanya kehairanan.
" Eh apa pulak kau ni Dira. Jom kita keluarlah. Tadi Nek Wan kau dah panggil suruh keluar. Nak sarungkan cincin. Jomlah", sekali lagi Nadia menarik tangan Adira.
Debaran semakin kuat. Adira semakin erat memegang tangan sahabatnya. Dengan lafaz Bismillah Adira keluar dari biliknya.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now