Bab 11

3.5K 105 0
                                    

Adiff sudah mengemaskan beg pakainnya. Satu persatu barangnya diperiksa.
"Dah siap kemas barang-barangnya?",tanya Julita.
"Dah mama. Kalau ada yang tertinggal pun nanti Adiff balik je sini ambil tak pun beli je yang baru", jawab Adiff
Julita memandang lama wajah anaknya itu. Cuba ditebak perasaan yang sedang ditanggung oleh anak bujangnya itu.
" Betul Adiff nak kerja dengan Pak Su"? Julita tiba-tiba bertanya. Kata hati ibunya, Adiff lari dari sesuatu. Adiff pernah mengatakan yang dia ingin berehat dahulu dalam sebulan sebelum memulakan tugas di sini tapi baru seminggu Adiff dah mengubah keputusannya.
Adiff pandang wajah mamanya. "Betul ma. Kenapa ma tanya macam tu?".
"Mama kenal anak mama. Mama yang jaga anak mama ni dari kecil sampai dah bujang 28 tahun ni. Cuba cakap dengan mama, apa yang ada dalam hati Adiff?". Julita merenung wajah anaknya. Pasti anaknya itu menyembunyikan sesuatu.
Adiff tersenyum kelat.
" Tak ada apalah ma. Adiff rasa dah cukup rehat dah ni, tu yang nak kerja
" Adiff boleh tak berterus terang dengan mama. Apa ada dalam hati Adiff. Jangan buat keputusan untuk lari dari masalah sayang. Mama takut Adiff tak mampu nak tanggungnya seorang diri nanti", nasihat mamanya.
Adiff membuang pandang ke luar tingkap. Dia tahu macam mana dia cuba elak, mamanya itu tetap akan dapat membaca hatinya.
" Mama bukan semua masalah itu perlu kita hadap mama. Kadang-kadang kita perlu lari untuk memberi ruang pada yang lebih berhak. Lari dari masalah itu juga boleh jadi penyelesaiannya. Adiff kena terima apa yang Adiff nak tak semestinya kena jadi hak Adiff ", kata Adiff
"Ini sebab Adira ke?", Julita memancing anaknya itu untuk bercerita.
Adiff mengangguk lemah.
Julita tersenyum. Memang Adira la punca anak bujuangnya itu tidak seceria biasa.
Dua-dua anak bujangnya menaruh hati pada gadis yang sama.
"Mama jangan cerita dengan siapa-siapa pulak. Kalau Qiff dengar ni masak Adiff. Bukan jodoh Adiff dengan Dira mama. Adiff reda mama".
"Mama tahu perasaan Adiff pada Dira. Tu..mata anak mama tu yang buat mama tahu apa ada dalam hati Adiff. Pandang Dira tak mahu lepas". Julita sendiri mengakui pertama kali memandang Adira, hatinya terpaut pada gadis itu. Bukan kerana kecomelan gadis kecil molek itu tapi budi bahasanya. Adira juga rajin menolong di dapur. Tak lokek membuat kerja-kerja rumah.
Adiff tersenyum mendengar kata mamanya. Dia tidak boleh menafikannya. Memang dia sentiasa mencuri pandang Adira malah suka menyibuk di dapur asal dapat melihat Adira. Wajah Adira memenuhi ruang matanya saat ini.Senyum dan tawa gadis comel itu sangat memikatnya.
"Wahai si pencuri hati, abang doakan Dira bahagia di sisi Aqiff". Doanya dalam hati.
"Kenapa tak berterus terang dengan Dira apa yang ada dalam hati Adiff? Sanggup ke Adiff melepaskan Dira pada Qiff?", tanya Julita
"Mama, Adiff reda ma. Dira bukan jodoh Adiff. Qiff dulu yang luahkan perasaan dia pada mama, papa dan Nek Wan. Cincin pun dah dibeli. Adiff tak nak Qiff rasa kecewa lagi. Semua orang tak tahu perasaan Adiff pada Dira kecuali mama. Harap mama boleh rahsiakannya". Pinta Adiff penuh harapan.
"Adiff memang anak yang baik. Mama doakan Adiff bertemu jodoh yang lebih baik ye sayang". Pujuk Julita.
Adiff hanya mengangguk. Dia juga berharap begitu.

Khairul sibuk memasukkan semua beg ke dalam bonet keretanya. Hasnah turut membantu suaminya itu.
" Adiff ada lagi tak barang Adiff ni?" Tanya Pak Sunya.
"Dah tak ada Pak Su. Kalau ada yang tertinggal pun boleh je beli yang lain", jawab Adiff sopan.
" Duduk dengan Pak Su tu jangan susahkan Pak Su dan Mak Su. Tolong-tolong juga Mak Su di rumah", pesan Kamaruzaman pada anak bujangnya itu.
"Betul cakap papa tu Adiff. Kalau ada apa-apa call papa dan mama juga. Dah jauh dari keluarga ni kena pandai bawa diri", nasihat Julita pula.
"Rindulah Qiff kat abang handsome Qiff ni nanti. Hujung bulan ni Qiff ke sana ye. Ada interview kat company ayah kawan Qiff". Aqiff memeluk abangnya. Kalau ikut plan kedua-duanya ingin berehat dulu barang sebulan tapi Adiff nak kerja dulu.
"Okay Qiff. Nak datang sana nanti call abang. Abang boleh balik ambil Qiff". Adiff menawarkan diri.
"InsyaAllah abang. Apa-apa hal Qiff roger abang nanti", jawab Aqiff
" Nek Wan, Adiff pergi dulu ye". Adiff memeluk Nek wannya.
Hajah Kamsiah membalas pelukan cucunya itu.
"Jaga diri baik-baik kat sana tu. Jangan sedih-sedih. InsyaAllah Adiff akan dapat yang lebih baik", bisik Hajah Kamsiah di telinga cucunya.
Adiff hanya mengangguk tanda faham. Pada Adiff kata-kata mama dan Nek Wan seperti semangat baru untuknya hidup tanpa bayang Adira.
Adiff memandang Adira. Jantungnya berdegup kencang.
" Abang pergi dulu Dira. Jaga diri baik-baik. Tolong tengokkan Nek Wan". Adiff cuba mengawal dirinya agar nampak bersahaja.
" Adiff pun sama. Jaga diri baik-baik", balas Adira. Hatinya sedih. Hatinya menangis saat ini. Kenapa wahai hati?.

Kereta Honda HRV milik Khairul hilang dari pandangan mereka.
Adira membawa dirinya duduk di pangkin bawah pohon mempelam Nek Wannya.
Kosong.kosong jiwanya. Pemergian Adiff seperti membawa dirinya juga.
"Kalau tak pernah meluahkan rasa cinta tapi apakah maksud rasa ini. Hanya akukah bertepuk sebelah tangan. Kenapa perasaan ini hadir. Hadir dalam hati ini. Salahkah aku punya rasa ini?Tapi rasa ini anugerah Allah. Seksanya ya Allah rasa ini". Macam-macam yang sedang berlegar dalam fikiranya. Akhirnya Adira mengeluh sendiri.
" Hai panjang mengeluh tu. Dira fikir apa?". Sapa Aqiff serentak mengejutkan Adira.
Adira pegang dadanya. Memang dia benar-benar terkejut. Jantungnya berdegup kencang.
"Sorry Dira. Abang tak ada niat nak kejutkan Dira tadi. Abang ingat Dira perasan abang datang", kata Aqiff bila dia sedar wajah Adira yang benar-benar terkejut itu.
"It's okay abang. Terkejut sikit je", Adira beralasan. Adira membetulkan duduknya. Ditarik sikit kain batik yang dipakainya yang agak terangkat sedikit itu.
Aqiff hanya memerhatikan tingkah Adira. Dia tahu gadis itu kurang selesa berdua-duan begitu.
"Abang ada apa-apa nak cakap dengan Dira ke?" Soal Adira mendatar. Adira sendiri tidak tahu kenapa soalan itu yang keluar dari mulutnya.
Aqiff tersenyum kecil bila Adira sudah mula membuka mulut bertanya. Ada harapannya untuk bersembang lebih lama dengan gadis comel di hadapannya itu.
Aqiff melabuhkan punggungnya di sebelah Adira.
Adira sempat memandang Aqiff sekilas saja. Wajah lelaki di sebelahnya ini lebih pada wajah Mama Ju. Mata yang sepet sikit sebab Mama Ju beketurunan Cina. Adiff pula lebih pada Pak Man. Segak! Sempurna sebagai lelaki. Ye ker? Kalau dah suka Adira yang buruk pun kau kata cantik. Adira tersenyum sendiri bila otaknya sedang berperang membezakan Aqiff dan Adiff.
"Kenapa senyum?" Soal Aqiff
"Hah!". Adira malu sendiri ditangkap tersenyum seorang diri.
Aqiff turut melemparkan senyum manis pada Adira. Dia suka melihat wajah Adira yang blur dan kalut itu. Merona pipinya.
"Abang tanya kenapa Dira senyum. Dira fikir apa?"tanya Aqiff semula.
"Dira senyum ke?". Dira memegang mulutnya. Sebenarnya Adira cuba mengawal rasa malunya itu seperti tidak sedar apa-apa yang sedang berlaku.
Aqiff mengangguk. Tepat wajah Adira dipandangnya. Semakin jatuh sayang pada gadis dihadapannya itu.
Adira malu sendiri bila dia sedar Aqiff sedang memandangnya seperti ada makna.
Aqiff tersenyum lagi
"Kenapa la mamat ni dari tadi asyik senyum-senyum", bebel Adira dalam hatinya.
" Abang nak tanya Dira sikit boleh?". Tanya Aqiff. Matanya tepat memandang wajah Adira.
"Nak tanya apa?", jawab Adira semula.
" Dira dah ada someone special?. Maksud abang, kekasih". Aqiff menunggu jawapan Adira.
Adira yang mendengar soalan Aqiff tergelak kecil. Wajah Aqiff dipandangnya sekilas.
" Abang rasa?" Adira menjongketkan keningnya.
Aqiff pula tersenyum senang. Gadis di hadapannya ini sudah mula mesra dengannya. Sudah mula pandai bergurau.
" Abang tak tahu tapi kalau orang secantik dan secomel Diranya ni pasti ramai peminat. Am I right?". Teka Aqiff
" Tak adalah abang. Mana ada cantik. Tapi kalau comel tu Adira setuju". Jawab Adira dengan gelaknya.
"Just kidding abang. Jawab Adira sekali lagi. Adira saja nak berseloroh.
" Betul la tu Dira. Dira comel. Tu pipi tu tembam. Kalau Dira adik abang lama dah abang Qiff cubit-cubit". Aqiff pula cuba mengusik.
Adira mengusap pipinya. "Lebih-lebih pulak mamat ni". Kata hatinya.
"So, Dira dah ada yang punya ke atau belum?", tanya Aqiff sekali lagi. Kali ni nadanya lebih serius.
Adira dapat mengesan ketegasan pada soalan itu. Dia tahu Aqiff betul-betul maksudkan ingin mengetahuinya.
Adira menggeleng. Memang dia bukan kepunyaan siapa-siapa walau hatinya cuba diberikan pada seseorang tapi seseorang itu seperti tidak sudi.
" Adira tak ada siapa-siapa abang. Kenapa?" Soal Adira.
Semakin lebar senyum Aqiff.
"Tak ada apa. Saja nak tahu. Mana la tahu kalau dah ada tak berani abang nak kenal Dira lebih dekat". Aqiff cuba memberi alasan. Alasan yang boleh difahami oleh Adira maksudnya itu.
Adira tersenyum memandang Aqiff. Kata-kata Aqiff mudah untuk otaknya memproses maksud Aqiff itu.
Aqiff turut tersenyum. Dia tahu Adira faham maksud kata-katanya itu.

KALAU DAH JODOH....Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang