Sakinah menghempaskan tas tangannya di atas katil. Nafasnya laju. Sakit hatinya tidak dapat disorokkan lagi.
" Kakak ni dah kenapa? Balik je nak marah-marah nacam ni", bebel Syaliana apabila melihatkan kelakuan kakaknya.
"Menyibuk je la kau ni! Tempelak Sakinah pada adiknya.
"Tak fahamlah kakak ni.Dari dulu sampai sekarang perangai tu tak berubah. Kerjanya nak marah je. Kalau perangai kakak macam memang tak ada siapa yang suka!". Syaliana membalas.
"Berambus la kau!"Sakinah menolak keluar Syaliana dari biliknya.
"Macam mana la betina tu senang-senang je boleh kahwin dengan abang Adiff? Memang betina tu tak sedar diri!" Gumam Sakinah sambil mengepal penumbuknya. Kalau ada Adira di hadapannya tentu ditumbuk-tumbuk muka Adira.Beberapa kali Aqiff cuba mendial nombor telefon daddynya tetapi terlalu sukar untuknya kerana dia tidak tahu apa yang harus dikatakan pada daddynya. Aqiff semakin buntu.
"Baik You siasat. Manalah tahu abang You sendiri yang nak pisahkan You dengan tunang You tu". Kata-kata Hazila tempoh hari mengganggu fikirannya. Semakin cuba dia untuk menyangkal kata -kata Hazila semakin kuat pula hatinya mengiakan kata-kata Hazila.
Aqiff menepuk kepalanya. Akalnya tidak dapat berfungsi dengan baik menilai yang benar dan batil.
Takkan la abang sanggup buat aku macam ni. Memang abang ada hati pada Adira. Itu aku tahu sebab abang Adiff memang pernah mengaku. Jatuh cinta pandang pertama. Tapi masa tu abang Adiff cakap bukan jodoh dia dengan Adira. Aku terima dan Adira juga tidak pernah menunjukkan apa-apa yang mencurigakan malah Adira menerimanya dengan baik."Assalamualikum Kak Hana". Satu suara lembut di hujung talian.
" Waalaikumussalam". Jawab Hana
"Saya ni, Aqiff kak". Suara Aqiff tersekat- sekat.
"Ya Allah Qiff. Mana Qiff pergi. Semua orang cari Qiff tahu tak!". Hana yang terkejut dengan panggilan dari Aqiff turut berasa sebak.
" Aqiff tak lari kak tapi Aqiff sakit ". Jelas Aqiff. Air matanya sudah terbit di hujung mata tapi cuba untuk ditahan.
"Aqiff sakit apa sebenarnya? Cuba Aqiff cerita pada Kak Hana. Kalau Kak Hana boleh bantu. Tapi sebelum tu Kak Hana nak bagi tahu yang keluarga Aqiff ada datang mencari Aqiff. Kak Hana kesian tengok mereka Aqiff. Abang Aqiff juga dah dua kali datang dan minta Kak Hana call dia kalau tahu Aqiff kat mana". Jelas Hana sebelum meneruskan perbualannya.
"Abang? Betul ke abang cari aku atau sekadar berpura-pura untuk ambil tahu". Kata hati Aqiff.
"Astaghfirullahalazim". Cepat-cepat Aqiff beristigfar. Saat ini dia juga tahu Syaitan sedang cuba merosakkan hubungan darah daginggnya dengan Adiff. Tidak mahu dia menjadi seperti Habil dan Qabil.
"Aqiff". Suara Hana ditalian memanggil namanya.
" Ya kak". Jawab Aqiff yang tersedar dari lamunannya.
"Aqiff okay ke ni?". Soal Hana
"Saya okay Kak Hana. Kak, Aqiff nak minta tolong dengan Kak Hana, boleh?".
"Tolong apa tu Aqiff? InsyaAllah kalau Kak boleh tolong kak akan tolong. Janji Aqiff cepat sihat dan boleh kembali bekerja", jawab Hana ceria.
Hana yang mendengar hanya mengangguk-nganggukkn kepalanya. Apa yang diceritakn oleh Aqiff hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
"InsyaAllah Aqiff. Kak Hana akan ikhtiarkan. Aqiff banyakkan berdoa. Tidak ada sakit yang tiada ubatnya. Aqiff banyakkn bersabar ye. Ujian yang datang ni semua ada sebabnya. Aqiff kene kuat dan reda. Kalau dah jumpa nanti, Kak Hana call Aqiff. Kak Hana sendiri yang akan bawa Aqiff nanti", bagitahu Hana mengakhiri perbualan mereka.Petang itu, Aqiff balik ke rumahnya. Rumah sunyi. Dia tahu abangnya tiada di rumah.
Sebelum pulang ke rumah tadi, dia sempat singgah ke klinik Pak Sunya. Tiada kereta Mazda CX-5 merah milik Adiff.
Aqiff bercadang untuk bertemu Pak Sunya tapi Pak Sunya juga tiada. Aqiff hanya sempat bercakap dengan Doktor Qalisya yang bertugas tadi.
"Tak apalah doktor. Nanti saya datang semula". Kata Aqiff
"Boleh saya tahu nama encik? kalau Doktor Khairul balik nanti saya bagi tahu pada dia". Jawab Qalisya lembut.
"Saya Aqiff". Jawab Aqiff semula.
" Baik Encik Aqiff. Nanti saya bagi tahu Doktor Khairul yang encik datang cari dia ye". Beritahu Qalisya.
Aqiff berlalu dengan senyuman manis sebagai tanda terima kasih.Aqiff berdiri di ruang tamu tempat biasa dia melepak menonton movie bersama Adiff. Pada telahannya, abangnya itu sedang berhoneymoon.Hatinya tiba-tiba rasa sebak membayangkan wajah Adira. Gadis pujaannya. Gadis yang mahu dijadikan suri hatinya. Punya impian memiliki cahaya mata bersama gadis itu.
Setiap kata-kata janji pada Adira bermain satu persatu di fikirannya. Masih segar di matanya wajah Adira yang tersipu malu bila Aqiff mahukan empat orang anak bersamanya nanti.
Air jernih dan hangat jatuh dari tubir matanya. Semakin laju dan laju. Tiada kekuatan lagi untuknya. Aqiff rebah tidak sedarkan diri." Aqiff...".
" Aqiff..."
Kedengaran satu suara lembut memanggil-manggil namanya.
Aqiff cuba untuk mengingati suara yang memanggilnya itu. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Kepalanya juga terasa berat dan sakit.
"Aqiff.. "
Suara itu memanggil lagi dan terasa ada tangan hangat menepuk pipinya.
Aqiff cuba untuk membuka matanya. Dalam kesamaran ada wajah lelaki dihadapannya.
Tangan hangat itu memangku kepalanya pula. Wajahnya pula dibasahi dengan air. Kali ini Aqiff dapat melihat jelas wajah lelaki itu ialah Pak Sunya.
"Pak Su".
"Ya Aqiff. Pak Su ni. Apa dah jadi dengan Aqiff ni? Mari Pak Su bawa ke klinik. Aqiff tak sihat ni. Pucat". Pujuk Khairul. Sedih melihatkan keadaan anak saudaranya yang seorang itu.
"Qalisya, bukakan pintu kereta tu. Saya nak bawa dia ke klinik". Beritahu Khairul.
Sejurus Qalisya memberitahu kehadiran Aqiff ke klinik tadi, Khairul terus keluar semula. Qalisya juga diajak sekali. Qalisya hanya mengikut. Telahannya, orang itu terlalu penting buat Doktor Khairul kerana dia tidak pernah nampak ketuanya itu sangat cemas apabila diberitahu tentang kehadiran Encik Aqiff tadi.
YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
القصة القصيرة"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...