Bab 19

2.9K 92 0
                                    

"Ya Allah kenapa ujian ini yang Engkau berikan. Berikan aku kekuatan. Aku tak kuat Ya Allah", rintih Adira dalam doanya.
Perbualan dengan Aqiff petang tadi amat merobek hatinya.
Kenapa Aqiff berubah sikap padanya.
Saat cinta disemai, saat sayang sudah berputik dalam taman hatinya, Aqiff pula mula berpaling.
Adira menahan tangisnya agar Nek Wan tidak mendengarnya.
Air matanya semakin laju bila matanya menangkap barang-barang hantaran dan sepersalinan baju untuk nikahnya.

"Dira, Qiff rasa baik kita batalkan saja perkahwinan kita ni", kata Aqiff
"Apa? Abang  jangan buat Dira macam ni. Apa salah Dira pada abang?" Soal Dira.
Air matanya sudah mula menitis.
Dari panggilan abang, Aqiff hanya membahasakan dirinya Qiff saja sekarang. Tidak ada lagi panggilan sayang untuk Adira.
Ketara sangat perubahan Aqiff. Mana silapnya.
Dihujung talian, Aqiff hanya banyak mendiamkan diri. Setiap soalan Adira tidak dijawab. Adira semakin buntu.
"Cakaplah abang. Jangan diam macam ni. Dira tak tahu salah Dira. Jangan buat Dira macam ni. Dira sayang abang. Dira nak kahwin dengan abang", rayu Dira.
Akhirnya panggilan itu dimatikan.
Adira menangis di hujung katilnya. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi apa yang dikatakan pada Aqiff  dia memang sudah sayang pada Aqiff. Dira memang maksudkan yang dia ingin berkahwin dengan Aqiff.

"Assalamualaikum abang Adiff". Adira nenahan tangisnya.
Waalaikumsalam Dira. Kenapa ni?" Soal Adiff. Adiff dapat menangkap suara Adira yang Adira sebenarnya sedang menangis.
Senyap dihujung talian. Adira cuba kawal perasaannya. Cuba kawal tangisnya.
"Dira, kenapa ni?Cuba Dira cerita pada abang. Abang tahu Dira sedang menangis", pujuk Adiff lembut. Adiff pula jadi sebak bila wanita yang dia sayang sedang menangis.
" Abang Adiff, Dira tak tahu nak mengadu pada siapa. Dira buntu. Dira tak faham apa yang sedang berlaku pada abang Qiff. Abang Qiff nak batalkan majlis kami ni", beritahu Adira
" Apa!?". Adiff turut terkejut dengan apa yang dikatakan Adira.
"Ye abang Adiff. Abang Aqiff ada perempuan lain ke?" Soal Adira
" Dira jangan fikir yang bukan-bukan", nasihat Adiff
" Dah tu kenapa abang Qiff tiba-tiba berubah macam ni. Dira takut abang", adu Dira
" Dira sabar ye. Abang akan siasat dulu. Abang pun pelik juga dengan perubahan Qiff. Dira pun tau kan Qiff baik je sebelum ni", pujuk Adiff.
"Ye abang. Kalau abang tahu apa-apa pasal abang Qiff, cepat-cepat bagitahu Dira ye", pinta Adira.
Talian dimatikan. Adiff meraup wajahnya. Kasihan. Marah. Semua perasaan bercampur. "Aku kena siasat ni. Tak boleh dibiarkan. Mesti ada sesuatu ni", kata Adiff.

Adiff masuk ke bilik Aqiff. Aqiff sedang mandi. Lewat hari ni Aqiff balik. Dengar dari dalam bilik air, Aqiff sedang menyanyi-nyanyi. Macam orang tak ada masalah. Lagi gembira adalah. Apa masalahnya dengan Dira? Omel Adiff sendiri.
Adiff capai Iphone milik Aqiff. Dilihat dibahagian panggilan. Banyak nama Hazila.
Dilihatnya pula mesej Aqiff juga banyak mesejnya dengan Hazila. Siapa Hazila? Adiff tertanya-tanya. Adiff menutup semula Iphone Aqiff.
Adiff duduk di ruang tamu. Televisyen yang terpasang tidak menarik minatnya. Otaknya ligat berfikir. Dadanya juga berombak berdebar dengan apa yang baru saja dilihatnya. Siapa Hazila? Perempuan itukah yang buat Aqiff berubah? Pelbagai persoalan menerjah ruang kotak mindanya.
Dengan segera juga Adiff menghubungi Pak Sunya memohon cuti kecemasan.

Di satu sudut restoran, kelihatan Aqiff sedang duduk berduan dengan seorang wanita. Itu ke Hazila? Nampak mesra.
"Hazila...Hazila...", beberapa kali nama itu disebut. Seperti pernah berjumpa dengan wanita itu tapi di mana ye? Adiff berkata sendiri
Dipaksa otaknya untuk berfikir. Adiff masih belum dapat mengingatinya.
Adiff memandu keretanya mengekori kereta yang dipandu wanita itu.
"Oooo...satu office rupanya". Adiff memerhatikan Aqiff dan wanita itu dari jauh. Wanita itu memaut lengan Aqiff. Aqiff membiarkan saja.
" Ini bukan hubungan biasa kalau dah mesra macam ni" kata Adiff sendiri
Adiff memicit kepalanya yang tak pening. Wajah Adira terpampang di ruang matanya. "Dira". Nama itu yang Adiff sebut.

" Tak silap Nek Wan tinggal setahun je lagikan Dira nak habiskan study Dira tu kan?" , tanya Nek Wan  suatu petang
" Ye Nek Wan. Kenapa?", soal Dira semula
" Tak lamalah Dira duduk jauh dengan Aqiff nanti. Dah habis nanti boleh minta kerja di KL", kata Hajah Kamsiah. Adira hanya diam.
Jauh betul Nek Wan fikirkan untuk dirinya. Bagi bakal pasangan suami isteri sudah tentu telah  merencanakan pelbagai hal untuk rumahtangga mereka tetapi untuk Adira tidak ada apa-apa perancangan. Aqiff tidak pernah membincangkannya. Waktu mula-mula mereka bertunang dulu adalah Aqiff menyatakan hasrat dan impiannya jika mereka sudah sah menjadi suami isteri. Pelbagai janji yang ditabur. Sebagai wanita sudah tentu janji-janji itu mencuit nalurinya. Sehingga hal anak juga turut membuatkan Aqiff tidak sabar punya anak bersamanya. Waktu itu Adira hanya mengiyakan saja. Adira juga amat bahagia ketika itu walau pun dia malu  kerana terlalu awal Aqiff membincangkan soal anak dengannya.
" Sayang, abang kalau boleh nak empat orang anak. Dua lelaki dua perempuan. Yang perempuan ikut muka sayang, yang lelaki ikut muka abang", kata Aqiff sewaktu Adira mengikutnya ke majlis cukur jambul anak salah seorang staf di tempat kerjanya.
Malu benar Adira waktu itu bila Aqiff sudah minta anak dengannya.
" Kenapa? Sayang malu?" Soal Aqiff dengan senyum manisnya. Ditenung wajah bersih Adira yang sedang menikmati hidangan di hadapannya itu. Adira pula mati kata untuk menjawab. Di pandang kiri dan kanan. Malu jika orang-orang disebelahnya mendengar butir perbualan mereka.
Adira juga tidak selesa dari awal lagi mereka tiba di majlis itu. Banyak mata yang memandang mereka.
Adira juga baru tahu yang Aqiff tidak bercerita tentang statusnya. Hanya beberapa orang staf di bahagiannya saja yang mengetahui Aqiff sudah bertunang. Cerita Aqiff pada Adira.
" Pandai kau simpan rahsia Qiff. Baru hari ni nak tunjuk tunang cantik cun melecun dia tu. Takut saham jatuh ke?", usik salah seorang tetamu yang datang. Mungkin saja rakan sekerja Aqiff. Adira di sebelah Aqiff hanya tersenyum.
" Mana ada nak jaga saham. Belum masa nak tunjuk. Bukan boleh senang-senang juga nak bawa anak dara orang ke sana sini", jawab Aqiff. Adira senang dengan kata-kata Aqiff itu. Sepanjang menjadi tunangan, Aqiff sangat menjaga batasnya. Tidak pernah sekali dia menyentuh Adira. Itu juga sebab Adira sudah mula menyukai Aqiff.
"Dira dah bincang dengan Aqiff", soalan Nek Wan itu mematikan lamunan Adira.
"Ada...ada Nek Wan", jawab Adira. Terpaksa Adira berbohong. Hajah Kamsiah hanya mengangguk. Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran cucunya itu.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now