Bab 2

5.1K 134 4
                                    

" Nek Wan! Nek Wan!, Adira memanggil Nek Wannya yang sedang mengopek kelapa di belakang rumah.
"Kenapa Dira?"tanya Hajah Kamsiah
" Mak Ngah dah sampai", beritahu Adira yang termengah menarik nafasnya.
"Ye ker?" Terus dicampakan kelapa yang ada di tangannya.
Laju sahaja langkah Hajah Kamsiah untuk mendapatkan anak cucunya.
Adira mengikut langkah Nek Wannya dari belakang. Dibetulkan sedikit tudungnya agar nampak kemas.
" Mak. Mak buat apa kat belakang tu? Sunyi je rumah", sapa Kamalia pada emaknya lalu menyalami tangan orang tuanya itu. Diikuti menantunya, Razak dan dua orang cucunya, Sakinah dan Syaliana.
"Apa khabar Mak Ngah, Pak Ngah", sapa Adira pula sambil menyalami tangan kedua-duanya.
Kamalia menyambut huluran tangan Adira yang ingin bersalam dengannya tetapi tidak dijawab pertanyaan Adira. Hanya Pak Ngah sahaja yang menjawab.
"Pak Ngah baik-baik je Dira. Dira tengah cuti ke sekarang?", soal Pak Ngah Razak
"Aah Pak Ngah. Cuti semester, sebulan", jawab Adira dengan senyuman manis.
"Samalah dengan Ina. Tengah cuti juga kan Along?", kata Razak sambil memandang anak sulongnya itu ,Sakinah yang dipanggil Ina dan kadang-kadang Along itu.
Adira mendekati Sakinah dan Syaliana dan menghulur tangan pada kedua-duanya pula. Kedua-duanya menyambut salam dari Adira.
" Kak Dira study kat mana? Jarang dapat jumpa Kak Dira. Kalau Liana balik rumah Nek Wan, mesti Kak Dira tak ada", Kata Syaliana yang ramah seperti ayahnya.
Adira senyum pada Syaliana.
" Kak Dira dari tingkatan satu memang duduk di asrama. Sekarang sambung belajar pulak di UIA Kuantan. Itu yang tak dapat selalu jumpa", beritahu Adira
"Oooo...Kak Dira ambil apa kat UIA tu?", tanya Syaliana semula.
Adira kurang selesa sebenarnya dengan soalan demi soalan dari Syaliana. Takut ada yang kata dia berlagak. Bila tengok muka Sakinah memang seperti meluat tengok muka aku ni. Muka Mak Ngah pun macam orang tak ada perasaan juga.
" Kakak ambil medic", jawab Adira
"Wow! Kak Dira bakal doktorlah ye. Papa..papa Lianapun nak jadi doktor nanti macam Kak Dira. Kak Dira bolehlah ajar Liana semua subjek Sains tu", kata Syaliana yang sangat gembira itu.
"InsyaAllah, nanti Kak Dira ajar".
"Dah..dahlah tu sembangnya. Nak sembang naik atas dulu. Kita minum-minum. Nek Wan ada buat kuih kesukaan Liana tau", kata Hajah Kamsiah sambil menarik tangan cucunya, Syaliana. Hajah Kamsiah tahu Adira tidak selesa sebenarmya pada Mak Ngah dan Sakinah. Hajah Kamsiah juga tak tahu apa punca anak dan cucunya itu kurang senang dengan Adira.

Usai solat Maghrib, Adira turun ke dapur untuk membantu Nek Wannya menghidang makan malam.
"Apa lagi nak buat ni Nek Wan?", tanya Adira
"Kamu dah solat?" Soalan Adira tidak dijawab tetapi disoal semula oleh Nek Wan.
"Dah Nek Wan", jawab Adira lembut.
" Alhamdulillah. Dira kaut nasi masuk dalam mangkuk ni", pinta Nek Wannya sambil menghulurkan mangkuk nasi pada Adira.
" Nek Wan nak solat dulu. Nanti Pak Ngah balik dari masjid, kita makan sama-sama", Hajah Kamsiah berlalu dari dapur meninggalkan Adira.
"Ehemmm.." tiba-tiba satu suara dari belakang Adira.
Adira berpaling. Sakinah rupanya.
"Pandai kau ambil hati Nek Wan aku kan?"sinis bunyinya.
Adira senyap tidak menjawab. Pada Adira bukan ambil hati untuk dapatkan sesuatu atau ada niat tersembunyi. Buat baik pada Nek Wan memang wajib bagi orang muda sepertinya apatah lagi orang yang sudah banyak berjasa padanya.
" Agak-agak kaulah, kalau Nek Wan aku mati, berapa percent dia nak bagi harta dia pada kau?" Sakinah sudah mula memprovok Adira. Sudah mula untuk menimbulkan bibit-bibit pergaduhan. Sabar Adira..sabar Adira. Itu yang Adira bisikkan ke dalam hatinya.
Adira masih diam. Tak perlu dia menjawab. Adira mahu tengok sejauh mana Sakinah boleh bersabar dengannya. Mampu ke Sakinah membangkitkan amarahnya.
"Ye, aku kena banyak bersabar berdepan dengan manusia seperti Sakinah. Api cemburu yang membara dalam diri Sakinah tidak boleh dipadamkan dengan air sahaja", bisik hati kecil Adira.
"Aku tanya jawablah! Bodoh!",kali ini suara Sakinah sudah tinggi
Adira yang sedang mencedok nasi agak tersentak kerana terkejut bila Sakinah menepuk meja di hadapannya.
"Kau memang dah melampau Sakinah. Lagi aku diam, sesedap mulut kau aje nak cakap orang bodoh. Aku bodoh ke kau yang bodoh. Setakat masuk kolej swasta, siapa-siapa pun boleh. Lagi pulak papa kau tu memang orang berduit. Tak silap akulah, result SPM kau cukup-cukup makan aje", bebel Adira dalam hatinya. Dipejamkan matanya sebentar mencari kekuatan untuk membalas kata -kata Sakinah.

"Jemput makan Pak Ngah", itu yang terkeluar dari mulut Adira bila dia nampak Pak Ngahnya yang sedang menuju ke arah mereka.
"Nasib baik aku tak basuh budak cetek otak ni lagi. Masak aku kalau Pak Ngah dengar tadi. Sekali lagi kau cakap bodoh pada aku, memang kau nak kena Sakinah",gumam Adira.
" Ina, duduklah sekali dengan papa Ina tu. Biar Dira panggil Nek Wan, Mak Ngah dan Liana", mencerlung mata Sakinah bila Adira melayannya seperti tidak terkesan dengan kata-katanya sebentar tadi. Memang niat Sakinah untuk menyakiti hati Adira.

Pak Ngah membacakan doa makan apabila semuanya sudah ada di meja makan.
Nampak berselera semuanya. Mana taknya, Nek Wan masak memang sedap lebih-lebih lagi ketam masak cili api ni. Boleh jilat semua jari.
Yang nampak tak selera sorang je. Tu ha minah perasan bagus tu. Suka panggil aku bodoh. Suka jeling aku. Macam cantik sangat mata dia tu yang kadang-kadang boleh bertukar warna tu. Macam sesumpah jer. Sekejap coklat, sekejap biru, sekejap kelabu. Jangan ingat aku yang nampak macam lembik lembut ni tak berani nak lawan dia tu. Kau belum kenal siapa Adira Filzah binti Azamudin ni. Adira bermonolog sendiri. Nak tergelak pun ada kerana dia sedang membayangkan rupa Sakinah kalau nanti dikerjakan olehnya. Astaghfirullah al azim. Kan dah buat dosa. Mengumpat orang senyap-senyap dalam hati.

KALAU DAH JODOH....Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang