Bab 16

3K 87 2
                                    

"Sakit betul kepala Qiff ni abang. Dah seminggu macam ni. Hari-hari Qiff telan panadol", beritahu Aqiff .
"Qiff kena buat ujian darah ni. Esok datang ke klinik. Biar abang check. Esok Qiff ambil MC ye" arah Adiff.
Aqiff hanya mengangguk. Direbahkan kepalanya di atas sofa. Matanya dipejamkan rapat.
Aqiff yang memerhatikan adiknya itu mula risau. Aqiff tak pernah sakit begitu. Kalau sakit pun hanya demam biasa.

"Hi untunglah orang tu, pagi-pagi dah ada orang tolong buatkan breakfast", sapa Hana. Aqiff yang masih membelek-belek bekas makanan di atas mejanya itu terus berpaling.
"Kak Hana, ni siapa punya?" Soal Aqiff
"Eh! Aqiff tak tau ke?"Soal Hana semula
"Saya baru sampai Kak Hana, mana saya tahu ada orang bermurah hati dalam office ni yang nak bagi saya bekal pagi-pagi ni" jawab Aqiff dengan senyum yang lebar.
"Handsome sungguh la kau ni Aqiff. Tak heran kalau aku ni pun tak puas pandang muka kau ni" bisik Hana. Hana mengakui rakan sekerjanya itu amat diminati oleh pekerja-pekerja wanita yang lain. Sampai mak cik cleaner pun duk curi-curi memandang. Apa taknya muka ala-ala mat Salleh, kumisnya yang nipis, kulit muka yang putih-putih merah tu, tinggi dan tegap. Sekali terpandang pasti akan memandang berkali-kali. Ada juga staf wanita dari department lain yang sengaja turun ke bahagian akaun semata-mata nak tengok Aqiff.
"Siapa yang letak kat meja saya ni kak" soal Aqiff.
" Staf dari marketing department, Hazila" jawab Hana yang membelek-belek pula bekas makanan di atas meja Aqiff.
"Hazila!" Sekali lagi nama itu disebut.
"Ye la. Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Hana memandang tepat pada Aqiff sambil mengerutkan dahinya.
"Ishh.. yang kak Hana pandang saya macam tu dah kenapa?" Aqiff tidak selesa dengan pandangan Hana padanya seolah-olah dia telah berbuat salah.
"Baik Aqiff cakap dengan Kak Hana apa hubungan Aqiff dengan perempuan tu?". Kali  ini tegas pula suara Hana seperti dia tidak suka pada Hazila.
"Wait...wait..wait kak Hana. Kak Hana dah salah faham ni. Saya dengan Hazila tu kawan masa di U dulu. Kami sama-sama study di Australia. Kalau kak Hana nak tahu, family saya pun dulu memang tinggal di sana. Sekarang papa dah babis kerja di sana , itu sebab kami balik Malaysia. Bila saya kerja sini, saya jumpa semula dengan Hazila" terang Aqiff panjang.
Kak Hana yang mendengar masih tepat memandang Aqiff. Hana sendiri tidak tahu kenapa dia seperti kakak yang terlalu hendak mengambil berat akan hal Aqiff. Mungkin saja Aqiff adalah assistantnya. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada assistannya itu.
" Kak Hana bukan nak jaga tepi kain orang. Nak ambil tahu urusan peribadi Aqiff tapi mana yang tak baik, Kak Hana perlu tegur.Anggaplah apa yang Kak Hana nak cakap ni antara seorang kakak dengan adik". Hana melabuhkan duduknya di hadapan Aqiff. Aqiff pula membetulkan duduknya agar lebih selesa.
"Aqiff tahu tak yang Hazila tu wife orang"? Soal Hana
"Saya tahu kak. Saya tahu dia isteri orang", jawab Aqiff
"Tapi yang kak Hana tak faham kenapa dia nampak terlalu mengambil berat pasal Aqiff. Macam Aqiff ni dia yang punya", soal Hana lagi.
Aqiff mengeluh panjang. Dipandang Kak Hana dalam-dalam. Perlukah dia membuka lembaran kisah cinta dukanya bersama Hazila. Seboleh mungkin dia mahu elak dari bercerita kerana yang pasti tentu akan memburukkan sebelah pihak.
"Ceritalah kalau itu boleh menjelaskan keadaan sekarang", tebak Hana
"Kak Hana, kalau saya cerita ni antara saya dan Kak Hana je. Saya tak nak Kak Hana salah faham dengan saya. Kalau saya salah, saya harap kak Hana boleh tegur saya, boleh ingatkan saya" pesan Aqiff.
Hana yang mendengar hanya mengangguk tanda faham.
"Sebenarnya saya dengan Hazila tu dulu memang couple. Suka sama suka. Saling mencintai. Tapi cinta dia tak kuat untuk saya. Dia tinggalkan saya masa di Australia lagi. Masa tu saya sambung Master dan dia bekerja. Pada mulanya semua elok saje. Kami macam pasangan becinta yang lain. Ada punya impian untuk berkahwin, punya anak. Tapi entah silapnya di mana, tiba-tiba Hazila ajak saya pulang ke Malaysia. Saya minta dia bersabar sebab masa tu tinggal setahun je lagi saya nak habiskan study. Tanpa sebab yang saya tak tahu, Hazila terus balik ke Malaysia. Saya rasa nak gila masa tu kak Hana. Saya hilang arah. Hazila cinta pertama saya. Saya yakin masa tu Hazilalah jodoh saya. Saya tak main-main dengan cinta saya Kak Hana", cerita Aqiff. Aqiff membuang pandangannya ke luar tingkap. Aqiff tak nak Kak Hana nampak kelemahannya sebagai lelaki. Ada air jernih di tubir matanya.
" Aqiff, air mata itu bukan tanda lemah. Bukan boleh dibuat-buat tanpa sebarang sebab.  Jangan malu dengan Kak Hana", Hana cuba memujuk. Dia tahu Aqiff sedang menahan air matanya. Hatinya juga mula sebak. Dalam wajah Aqiff yang ceria, badan yang sado gitu, sentiasa fokus pada kerja, tapi jika melibatkan soal hati dan perasaan tak siapa boleh menipu.
" Kak Hana, bersalah ke saya pada tunang saya kalau saya masih memendam perasaan pada cinta lama saya. Saya masih tak boleh lupakan dia", sambung Aqiff lagi
" What! "Hana berdiri dari duduknya. Ini sudah menimbulkan kemarahan kak Hana. Pantang dia lelaki memainkan perasaan wanita lain.
"Kau jangan macam-macam Aqiff. Pantang Kak Hana kalau lelaki main kayu tiga ni", Hana semakin dekat di meja Aqiff. Tak pasal-pasal mat Saleh celup di depannya ini dapat penumbuk sulongnya.
Tiba-tiba Aqiff tertawa. Dapat juga dia mengenakan Kak Hana.
"Saya gurau je Kak Hana. Itu cerita lama. Buat apa saya nak ingat pada orang yang buat saya merana. Dari saya fikirkan dia baik saya fikirkan tunang saya, Adira".
"Kau ni Aqiff nasib baik tak makan penumbuk kak Hana ni tau". Hana sudah mengepal penumbuknya. Sengaja dihalakan pada Aqiff.
"Ala  Kak Hana ni nak guraupun tak boleh. Sesekali saya nak mengenakan kak Hana bukannya senang",kata Aqiff
"Aqiff, Kak Hana memang terkejutlah tadi kalau Aqiff masih tak bolen lupakan Hazila tu. Tak baik menyimpan perasaan pada isteri orang. Kak Hana tak suka. Lagipun kasihan pada tunang Aqiff. Tak adil pada dia kalau dalam hati Aqiff ada menaruh perasaan pada orang lain", nasihat Hana.
Aqiff hanya mengangguk.
" Lagi pun Kak Hana dengar, Hazila tu pernah ada skandal dengan manager kat department dia tu, Encik Makruf . Aqiff kenalkan? Sekarang dia dah jadi branch manager kat Penang. Yang minggu lepas kita meeting dengan dia tu", terang Hana bersungguh.
Aqiff cuba mengingat kembali Encik Makruf yang disebut Hana.
"Ye, saya ingat dia kak Hana. Tak sangka saya pula kalau Hazila sanggup menduakan suaminya",Tambah Aqiff
" Dengar-dengar cerita, Hazila ni ada masalah rumahtangga. Orang tengah ada masalah, dapat pula ketua macam Encik Makruf yang pantang nampak perempuan dahi licin sikit mulalah kacau daun",cerita Hana lagi.
Aqiff mengangguk tanda faham akan cerita Hana. Dia juga sudah maklum yang Hazila mempunyai masalah rumahtangga. Pertemuan pertama dengan Hazila sebulan yang lalu, Hazila ada memberitahu yang dia tak bahagia. Aqiff mengeluh panjang. Adakah ini semua karma untuk Hazila atas perbuatannya. Dulu dia pernah menyumpah Hazila yang Hazila tak akan bahagia kerana meninggalkannya. Tiba-tiba terbit rasa bersalah dan simpati pada Hazila.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now