Bab 13

3K 91 1
                                    

Cincin putih yang tersarung di jari manisnya  dibelek-belek Adira. Sekarang dirinya sudah rasmi menjadi tunangan Aqiff.

~Aqiff:
           Terima kasih sayang sudi terima abang sebagai tunang sayang

Mesej dari Aqiff, Adira baca. Hatinya tidak gembira seperti mana dia menerima mesej dari Adiff dulu. Adira mula berfikir yang dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan begitu. Aqiff kini tunangnya dan dia perlu melayan Aqiff seperti layaknya seorang tunang.

Baju dress biru muda yang dipakai Adira menambahkan lagi seri wajahnya yang  sudah asalnya cantik. Adira duduk di tengah-tengah tetamu. Tak lekang senyum pada bibirnya. Hanya itu saja yang mampu dilakukan untuk membalas setiap pandangan tetamu. Sememangnya dialah yang menjadi perhatian tika ini. Perasaannya hanya Allah saja yang tahu. Tak putus-putus Adira beristighfar di dalam hatinya. Biar hatinya tenang.
Saat Adira mengangkat wajahnya, sepasang mata terus bertaut ke matanya menambahkan lagi debaran. Adira hilang fokus. Lelaki itu melemparkan senyuman manis.
"Ya Allah kenapa lelaki ini yang membuat hati aku bedebar. Ya Allah berikan aku kekuatan". Bisik hati Adira. Adira membalas senyuman lelaki itu.
Baju Melayu kuning cair yang dipakai lelaki itu menambahkan kesegakkannya. Lelaki itu duduk bersila di hadapannya. Adira tunduk. Tak sanggup dia menatap wajah lelaki itu. Dia juga malu sebenarnya bila lelaki itu memandangnya.

"Dira siapa lelaki ni?" soal Nadia yang sedang membelek-belek album pertunangan Adira.
"Apa?" Soal Adira semula
Nadia menggelengkan kepalanya. Tak tahu apa yang sedang mengganggu fik1iran sahabatnya itu. Orang dah bertunang patutnya gembira ni makin serabut dilihatnya. Bisik hati Nadia.
"Aku tanya ni siapa?" Soal Nadia semula sambil menujukkan pada Adira.
Adira duduk mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu.
"Oooo...ini bakal abang ipar aku. Abang Aqiff, Adiff Fahmi", jawab Adira
Nadia yang mendengar jawapan dari Adira terus tersenyum lebar.
"Amboi! yang kau dah  tersenyum lebar ni kenapa?" Adira turut tersenyum. Adalah yang sedang difikirkan sahabatnya itu.
" Segakkan. Sukalah aku tengok dia ni. Tenang je hati tengok muka dia. Dia kerja apa Dira?" Soal Nadia.
"Doktor", pendek saja jawapan Adira. Kenapa aku ni? Jealous? Bisik hatinya.
Ya, aku memang jealous. Kenapa perasaan ini yang muncul. Ya Allah kuatkan hatiku ini. Adira masih bermonolog dengan dirinya. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.
"Wow! Doktor? Memang nak kena tackle ni. Kau rasa aku sesuai tak nak jadi kakak ipar kau Dira" Nadia mengelipkan matanya di depan Adira beberapa kali. Adira hanya tersenyum.
"Kau nak kenal dengan dia?" Soal Adira
" Nak..nak..nak...aku naklah beb"jawab Nadia malu-malu
"Gelojoh kau ni", balas Adira yang sudah ketawa bila melihat reaksi Nadia.
"Mestilah. Lambat-lambat nanti orang lain yang dapat. Eh Dira! Kenapa kau tak jatuh hati pada abang Adiff. Aku tengok dia pandang kau pun macam ada sesuatu", kata Nadia.
Kalau kau nak tahu Nadia, dia lelaki pertama yang mencuri hati aku. Dia lelaki yang buat jantung aku ini berdetak kuat. Dia lelaki yang buat aku tak cukup bernafas bila matanya memandang aku. Dia lelaki yang buat aku tak lekang senyum bila dia mula tersenyum dan bercakap dengan aku. Kata hati Adira.
" Jodoh aku dengan Aqiff bukan dengan Adiff", pendek saja jawapan Adira
" Betullah tu", sambut Nadia yang terus membelek-belek album ditangannya.

"Hello sayang". Aqiff berbaring di atas katil sambil tersenyum-senyum. Dikutil-kutil hujung bantalnya. Itulah perangainya bila 'bergayut' dengan Adira.
"Ye abang Aqiff" jawab Adira. Dia kurang selesa dengan panggilan sayang untuk dirinya. Bukan Adira tidak suka tapi dia nak panggilan itu biarlah selepas kahwin nanti. Dia malu kalau Aqiff memanggilnya begitu di hadapan Nek Wan dan keluarga Pak Man dan Mama Junya sendiri.
"Sayang janganlah panggil abang ni abang Aqiff".
"Dah tu Dira nak panggil apa?"soal Adira semula
Ada ketawa kecil di hujung talian. Lembut. Ketawa itu kedengaran seperti suara Adiff. Adira meraup wajahnya. Kenapa fikirannya masih memikirkan Adiff. Adiff! Adiff!
"Sayang panggil abang jelah. Kita pun nak kahwin nanti Dira panggil abang juga kan", jawab Aqiff
Adira nak ketawa dengar jawapan Aqiff tapi ditahannya. Kadang-kadang Aqiff seperti budak-budak. Suka meminta-minta dan ada masa dia juga suka memaksa.
"Ye abang". Adira hanya mengikut saja. Tak nak dia berperang mulut dengan Aqiff hanya untuk perkara yang kecil.
"Abang nak bagitahu Dira ni abang dah dapat kerja kat tempat baru".beritahu Aqiff
"Kerja apa?kat mana?" Soal Adira pula.
"Kerja abanglah akauntan kat Syarikat Naza. Alhamdulillah lebih baik dari syarikat sekarang", jelas Aqiff.
"Alhamdulillah. Dira tumpang gembira untuk abang".
"Abang buat semua ni untuk kita berdua Dira. Abang nak sempurnakan hidup Dira. Abang tak nak Dira susah hidup dengan abang nanti", beritahu Aqiff.
Adira yang mendengar agak terharu kerana lelaki yang sedang bercakap dengannya ini sudah merancang kehidupan bersamanya. Tapi, kau Adira? Kau masih fikir lelaki lain. Kau kejam Adira. Ya Allah apakah dugaan ini. Aku tak kuat Ya Allah. Ditekup wajahnya ke bantal.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now