" SAYANG ".
Wajah Adira tertera pada skrin Iphone Aqiff.
Adiff memandang lama wajah itu. Cukup manis. Gambar yahg diambil sewaktu pertunangan Adira dan Aqiff.
Sudah tiga kali Iphone Aqiff berbunyi. Panggilan dari Adira.
Adiff teragak-agak untuk mengangkatnya.
Adiff mengetuk pintu bilik air Aqiff yang sedang mandi.
"Qiff, Dira call", beritahu Adiff
" Abang angkatlah dulu. Bagitahu Dira Qiff mandi. Nanti Qiff call semula.
" Okay", jawab Adiff.
Ada getar pada dadanya. Kenapa Dira yang buat dada abang bedebar begini. Kenapa tidak pada wanita lain. Qalisya, rakan setugasnya di klinik Pak Su. Doktor muda itu sendiri telah meluahkan perasaannya pada Adiff. Adiff masih tidak memberi kata putus. Pada Adiff biarlah mereka berkawan dahulu."Assalamualaikum". Lembut suara itu.
"Waalaikumussalam", jawab Adira. Suara yang dia rindu. Suara yang buat jantungnya lari dari tempo. Semakin kuat degupnya.
Adira tekan dadanya. Ya Allah kuatkan hatiku.
" Dira, Qiff mandi. Qiff pesan lepas mandi nanti dia call Dira semula", beritahu Adiff. Dia sebenarnya mahu lebih lama berbual dengan Adira.
"Oh, ye ke. Dira risau juga tadi abang Qiff tak angkat", jawab Dira.
"Qiff baru balik. Banyak kerja katanya tadi. Dira ada nak pesan apa-apa ke pada Qiff?", tanya Adiff
"Tak ada abang Adiff". Lembut saja suara itu kedengaran
"Dira sihat?" Adiff mula ringan mulut. Dia pun tak tahu moodnya tiba-tiba berbunga-bunga. Dari matanya ngantuk terus segar.
"Dira sihat abang. Abang sihat?" Soal Adira semula. Ada nada ceria pada suara Adira
"Abang sihat Dira. Doktor kena sihat baru boleh rawat pesakit", usik Adiff. Ada ketawa kecil di hujung suaranya. Suara yang mendamaikan hati Adira. Kenapa suara itu yang membuatnya bahagia? Kenapa bukan Aqiff. Astaghfirulallah. Adira cepat-cepat beristighfar bila dia tersedar dari khayalannya.
"Betullah apa abang cakap tu" balas Adira. Mereka sama-sama tertawa.
" Dira, Qiff dah siap mandi tu. Dira cakap dengan Qiff la ye".
Tanpa jawapan dari Adira, Adiff terus menghulurkan Iphone di tangannya kepada Aqiff. Aqiff menyambutnya dengan senyum yang lebar.
Terbit rasa cemburu Adiff. Si pencuri hatinya telah menjadi milik orang. Berdosakah dia mempunyai perasaan ini pada wanita yang merupakan tunang adiknya sendiri. "Ya Allah aku tak mampu untuk memadamkan ingatan ini pada wanita yang bernama Adira Filzah". Adiff meraup wajahnya. Berat keluhannya.
Jauh di sudut hatinya, dia masih berdoa dan berharap Adira adalah jodohnya.
Adiff masih tidak berganjak dari tempat duduknya tadi. Entah kenapa dia mahu mendengar butir perbualan antara Aqiff dan Adira. Panggilan sayang Aqiff pada Adira buatnya cemburu. Ketawa Aqiff buatnya lemas. Apa yang Adira katakan sehingga dapat buat Aqiff ketawa begitu kerana dah lama Aqiff tak seriang ini."Assalamualaikum Nek Wan". Adiff di hujung talian
Waalaikumussalam. Adiff sihat tak ni? Nek Wan dengar lemah je suara ni", soal Hajah Kamsiah. Lain benar suara cucunya yang seorang ni. Tak seceria biasa.
"Nek Wan, Adiff tak boleh lupakan Dira. Dalam kepala Adiff ni asyik fikirkan Dira". Adiff memulakan bicara.
"Astaghfirulallah al azim, bawa mengucap Adiff. Jangan ikutkan perasaan tu", nasihat Hajah Kamsiah.
"Adiff tak tau nak lawan persaan ni Nek Wan. Adiff dah cuba tapi semakin Adiff cuba semakin kuat perasaan ini Nek Wan",beritahu Adiff.
Kasihan Adiff. Itu sahaja yang terluah dari hati Hajah Kamsiah. Adiff betul-betul memendam perasaan. Adira yang mahu dijodohkan dengannya menjadi tunangan adiknya sendiri. Hajah Kamsiah rasa bersalah kerana dia yang meminta Adiff melamar Adira tapi hajat itu tidak kesampaian kerana Aqiff dulu yang bertindak.
"Adiff kena banyak bersabar. Nek Wan tahu memang susah Adiff nak lupakan Dira tapi Adiff kena cuba. Adiff kena kuat. Insya Allah Adiff akan mendapat jodoh yang lebih baik dari Dira, percayalah Adiff. Nek Wan sentiasa doakan untuk Adiff". Hajah Kamsiah memujuk.
"Terima kasih Nek Wan. Adiff akan cuba". Mampukah aku hidup tanpa bayangan Adira. Mulut kata boleh tapi hati kata tidak. Apalah yang Dira buat pada abang sampai susah abang nak lupakan Dira. Bisik hatinya. Adiff tersenyum bila wajah Adira yang muncul di depan matanya. Inilah yang dikata penyakit angau.
Nek Wan tempat Adiff mengadu, bukan pada mama dan papanya. Mama dan papa tak boleh tahu. Mama dan papa tak boleh susah hati.
Doa sentiasa dipanjat memohon kekuatan. Tapi semakin dia mencuba semakin kuat pula perasaannya pada Adira . Apakah takdir sedang memainkannya. Kenapa Tuhan menduganya dengan perasaan cinta ini. Ya Allah, dugaan ini terlalu berat. Adiff berteleku mengadap kiblat mengadu kepada penciptaNya.
YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
Short Story"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...