" Hazila,You tahu tak mana Aqiff pergi? Dah hampir tiga minggu dia tak masuk office", soal Hana suatu pagi semasa terserempak dengan Hazila di kafe office mereka.
" Kenapa You tanya I ?", soal Hazila semula tanpa memandang Hana.
Belagaknya Minah ni. Orang tanya baik-baik acuh tak acuh je nak jawab.Bebel Hana dalam hatinya. Sakit hatinya dengan lagak Hazila.
" I tanya you sebab sebelum ni you selalu dengan dia", jawab Hana geram.
" Memang you nampak I dengan dia tapi tak bermakna I tahu semua pasal dia. Dia bukan suami I yang I nak jaga 24 jam". Kali ni jawapan Hazila betul-betul buat Hana geram. Sabar Hana. Bukan layak engkau nak cari pasal dengan perempuan perasan bagus ni. Menyampah!.
" Okaylah kalau You tak tahu pasal Aqiff tapi I tanya You ni baik-baik so You pun kenalah jawab baik-baik. Budi bahasa tu kan budaya kita", sinis jawapan Hana. Tanpa menunggu jawapan balas dari Hazila, Hana terus berlalu dari meja Hazila.
" So rude!, jawab Hazila. Ada aku kisah. Bebel Hazila sendiri." You, I nak jumpa malam ni, urgent!", kata Hazila melalui panggilan telefonnya.
" why Hazila?" , tanya Aqiff semula
" You jangan banyak tanya I boleh tak. Kalau I kata nak jumpa, kita jumpa je lah", balas Hazila. Keras suaranya kali ini.
" Okay. Kita jumpa tempat biasa" ,jawab Aqiff sebelum panggilan telefon dimatikan.Kehilangan Aqiff telah pun dilaporkan kepada pihak polis. Atas bantuan dari uncle Salleh sebagai penyiasat persendirian yang berpengalaman akan mempercepatkan lagi proses pencarian Aqiff.
Berita kehilangan Aqiff juga sebenarnya telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan kaki tangan di Menara NAZA. Pelbagai spekulasi timbul bila beberapa orang polis datang membuat siasatan. Ada yang mengatakan Aqiff diculik dan tak kurang juga ada cerita mengatakan Aqiff telah mati dibunuh.
Hazila antara yang dipanggil untuk membantu siasatan tetapi kebetulan Hazila ditugaskan ke Pulau Pinang atas urusan kerja." Kenapa you nak larikan diri macam ni? You buat I susah tau. Semua orang cari You and I ni macam jaga kaunter pertanyaan! Macam-macam soalan orang tanya pasal you sebab I ni rapat dengan you" , bebel Hazila di hadapan Aqiff.
Aqiff hanya memandang Hazila. Membiarkan Hazila melepaskan amarahnya.
" I tak tahu Hazila kenapa dengan diri I ni. I macam hilang diri I yang sebenarnya. I tak kenal diri I. I hancurkan hati-hati orang yang I sayang. I lepaskan wanita yang I cinta", jawab Aqiff. Aqiff nampak kusut. Ada nada sebak pada suaranya. Aqiff menundukkan wajahnya.
" You ni dah kenapa Qiff. Dulu you tak macam ni",kata Hazila seperti memujuk bila dilihat Aqiff diam.
Aqiff hanya menggelengkan kepalanya. Dia buntu.
" Kalau I tanya ni you jangan marah pulak", kata Hazila
Aqiff memandang semula Hazila di hadapannya.
" You sayang atau tak pada tunang you tu? Siapa nama perempaun tu?", tanya Hazila.
" Dira, Adira", jawab Aqiff.
" Yup! Adira". Ulang Hazila
" I memang sayang dia tapi I tak tahu kenapa I tiba-tiba berubah hati pada dia. I tak kahwin dengan dia. Tentu dia bencikan I sebab dah rosakkan perkahwinan kami", terang Aqiff.
" I rasa ada yang tak kena dengan you ni. I pun pelik macam mana you boleh tak pergi majlis kahwin you sendiri. You tak rasa apa-apa ke?" , soal Hazila dengan wajah curiga.
" Maksud you?", soal Aqiff semula kerana kurang faham dengan maksud Hazila itu.
" Maksud I, you ni macam dah kena guna-guna", jawab Hazila
" Guna-guna? Tak faham". Aqiff tak faham maksud guna-guna.
Hazila hampir tertawa melihat reaksi wajah Aqiff yang tak faham apa itu guna-guna. Maklumlah lelaki Mat saleh celup depannya itu dari kecil sampai besar panjang macam ni duduk di overseas mana ada kepercayaan tentang guna-guna.
" Guna-guna ni macam black magic. Ilmu sihir", terang Hazila
" Siapa yang nak sihirkan I ?" , Aqiff pula yang menyoal.
" Manalah I tahu. Kot-kot la you ada musuh atau orang yang dengki dengan you ke", kata Hazila
" I mana ada musuh. I tak pernah gaduh dengan orang", jawab Aqiff
" Orang yang dengki you?", soal Hazila semula.
Berkerut dahi Aqiff memikirkan apa yang dikatakan Hazila. Siapa yang dengki dengannya. Bisik hatinya.
" Siapalah nak dengki dengan I ni. I bukan ada apa-apa", kata Aqiff
"Qiff, you tak rasa ke abang you tu sebenarnya dah buat sesuatu pada you?", Hazila membuat telahan
" What! Nonsense. Abang I takkan buat I macam tu lah", tegas kata Aqiff
"Sekarang ni tak ada yg mustahil la you. Adik -beradik boleh begaduh sebab perempaun tau", tambah Hazila lagi.
Aqiff termenung mungkin memikirkan apa yabg dikatakan Hazila itu.
" Hari tu you ada cerita pada I yang nenek you sebenarnya nak kahwinkan abang you dengan perempuan tu kan. Mungkin abang you tu memang ada hati juga dengan perempuan tu. Mana you tau dalam diam-diam abang you tu sebenarmya memendam rasa. Depan you memanglah dia tak tunjuk". Tambah Hazila.Aqiff lalu di hadapan bilik Nek Wannya. Masih terang. Kedengaran suara daddy dan mama juga di dalam bilik itu.
" Kalau Aqiff betul-betul sukakan Dira, betul-betul ikhlas untuk jadikan Dira isteri, mak tak ada halangan" kata Hajah Kamsiah.
" Man tahu mak nak jodohkan Adiff dengan Dira tapi Aqiff dulu dah luahkan perasaan dia. Macam mana ni mak? Man sendiri pun serba salah. Dua-dua anak Man dan Ju. Dua-dua kami sayang", kata Kamaruzaman.
"Man dan Ju jangan risaulah pasal Adiff. Adiff anak yang baik tentu dia faham. Adiff pun tak cakap apa-apa dengan mak lagi. Adiff tak ada masalah kalau memang dah jodoh Aqiff dengan Dira", terang Hajah Kamsiah.
Aqiff di balik pintu hanya mendengarkan perbualan orang tuanya dengan Nek Wan. Aqiff perlu tahu perasaan sebenar abangnya terhadap Adira.
YOU ARE READING
KALAU DAH JODOH....
Short Story"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...