Bab 3

4.5K 147 1
                                    

"Bila Abang Man sampai mak?"tanya Khairul pada emaknya
"Petang agaknya", jawab Hajah Kamsiah.
"Besar manalah budak berdua si Adiff dan Aqiff tu" Khairul membayangkan kedua-dua anak abangnya yang sudah tidak pulang sejak lima tahun itu.
"Emak pun rindu pada mereka. Hanya dengar suara je. Mak ingat dorang cakap omputih, rupanya cakap Melayu macam kita. Nasib Man ajar anak dia cakap Melayu. Biar dia tahu asal usulnya", senyum besar Hajah Kamsiah mengingatkan semula perbualan dengan dua orang cucunya Adiff Fahmi dan Aqiff Farhan. Kedua-duanya sudah menjadi anak bujang. Tak lama lagi dapatlah Hajah Kamsiah menimang cicit pula. Makin lebar senyum Hajah Kamsiah.
Khairul yang melihat emaknya juga hanya tersenyum. Tentu emaknya sangat gembira kerana anak yang dirinduinya lima tahun tidak pulang itu akan kembali ke Malaysia. Khairul bersyukur. Tidak sanggup melihat wajah sedih emaknya setiap kali menyambut raya. Anak-anaknya tidak semua dapat berkumpul.

"Mak Su rehat je la. Biar Dira yang buat. Mak Su tu penat lagi baru sampai", kata Adira bila melihat Mak Sunya yang sibuk nak memesin kelapa.
"Eh! Biarlah Dira Mak Su buat. Mana letihnya. Bukan Mak Su yang drive tadi", jawab Hasnah yang tak sampai hati melihat Adira membuat kerja sendirian di dapur.
"Kenapa Mak Su baru gerak pagi ni?", tanya Adira
"Itulah ingat nak gerak malam tadi tapi Pak Su ada emergency kat klinik. Ada  patient kena deman sawan. Itu yang Pak Su lambat balik rumah malam tadi. Kalau ikutkan Pak Su, nak balik malam tadi juga tapi Mak Su yang tak bagi. Bahaya drive malam-malam dalam keadaan badan penat", beritahu Hasnah.
"Oooo..betullah Mak Su. Bahaya drive malam-malam walau pun bukan jauh sangat KL ke Seremban ni. Kerja doktor ni memang mencabar. Semua kena utamakan nyawa orang lain dulu. Dira tabik kat Mak Su, sabar menjadi isteri seorang doktor", kata Adira sambil mengangkat tanggannya membuat tabik pada Mak Sunya.
Hasnah tersenyum."Ada-ada je Dira ni. Dira tu pun bakal doktor. Bila dah jadi doktor nanti kena pandai-pandai bahagikan masa untuk suami juga", usik Hasnah pula
"Lambat lagilah Mak Su nak fikir pasal suami. Harap-harap boleh dapat suami doktor juga. Saling memahami tugas doktor", jawab Adira.
Hasnah tersenyum lagi mendengar jawapan Adira. Hasnah senang bersembang dengan Adira tidak dengan Sakinah, anak kakak iparnya Kamalia. Sombong. Berat mulut nak menegurnya. Kita yang tua ni duk hulur tangan ke dia. Dia buat dek jer.
Syaliana yang 16 tahun tu pun tahu nak hormat orang tua. Yang sorang ni lain benar perangainya lebih pada abang Razak. Peramah dan ringan tulang.
"Jangan kata lambat Dira. Jodoh ni tak siapa yang tahu. Tup..tup..kahwin", tambah Hasnah
"Minta jauhkan dululah Mak Su. Belajar pun tak habis lagi. Dira nak balas jasa Nek Wan dulu. Nak bahagiakan Nek Wan", balas Adira
"Mana boleh Dira. Perkara baik minta jauh-jauh buat apa. Baguslah jodoh datang awal. Mak Su doakan semoga jodoh Dira dengan doktor juga ye",Hasnah tersenyum simpul penuh makna.
Adira yang memandang Mak Sunya dengan pandangan pelik sebab senyum Mak Sunya itu bukan senyum biasa.

"Apa ajelah yang disembang korang berdua ni. Dari pagi tadi tak habis-habis", tiba-tiba Kamalia mencelah. Dilabuhkan punggungnya di kerusi makan.
"Tak ada apa Kak Ngah. Sembang kosong je kan Dira", jawab Hasnah acuh tak acuh. Sudah masak benar dengan perangai kakak iparnya yang seorang ni. Sebab itu tak hairanlah kalau Sakinah berperangai begitu. Bagaimana acuan begitulah rupanya.
"Mak Ngah nak minum? Dira buatkan", tanya Dira sopan.
"Ermmm...bolehlah. Buatkan Mak Ngah air kopi ais. Panas-panas ni minum kopi ais sedap. Cucur udang pagi tadi ada lagi Dira?", tanya Kamalia pula.
"Dah habislah Mak Ngah. Pak Su bawa ke pangkin tadi makan dengan Nek Wan dan Adam", beritahu Dira
"Kau buat lagi Dira. Nanti dah siap panggil Mak Ngah ye", Kamalia terus bangun dan naik ke ruang atas.
Hasnah yang mendengar hanya mencebik saja.
"Ingat Dira tu orang gaji dia nak disuruh-suruh sesuka hati. Hasnah tahu sangat yang kakak iparnya itu dengki pada Adira sebab mak mentuanya itu melayan Adira lebih dari anak-anaknya. Sakinah juga benci pada Adira sebab Adira lebih dalam segala hal. Cerdik dan cantik. Cerdik tu memang Adira cerdik dari dulu. Memang baka keturunan Adira. Mak abah Adira kahwin campur pasal itu Adira dapat gen kecerdikan..agaknyalah sebab ada kajian yang mengatakan kahwin campur ni akan menghasilkan anak yang cerdik. Atau pun sebab memang mak abah Adira tu dah cerdik sebab kedua-duanya merupakan pensyarah. Tetapi bab cantik tu Sakinah juga sebenarnya cantik tapi kalau muka masam 24 jam dengan tak tahu nak jaga perangai, yang cantik tu pun tak nampak dah". Bebel Hasnah dalam hati.

"Jangan dilayan sangat cakap Mak Ngah tu Dira", terkejut Dira dan Hasnah yang sedang melayan fikiran masing-masing.
"Ni ha cucur udang pagi tadi ada lagi. Tak habis pun Pak Su dengan Adam makan. Tak payah nak buat yang lain. Sekejap lagi nak makan tengah hari dah. Nak buat cucur apa lagi. Saja Mak Ngah je tu nak buli Dira. Panggil Mak Ngah tu kalau nak sangat makan cucur ni", kata Pak Su lagi.
Nek Wan dari belakang manambah." Aah.. nak buat apa lagi. Siapa nak makan tengah hari buta ni. Lauk pun dah siap masak. Tinggal nak hidang je. Mak Ngah kau ni ada-ada je akalnya nak mengenakan Dira. Tak faham mak la Rul".
Ada nada sebak dihujung suara Hajah Kamsiah bila Kamalia melayan Adira begitu sebab Hajah Kamsiah tak nampak di mana salah Adira. Budak tu tak pernah menyusahkannya pun. Dengki? Mungkin. Kamalia nampak emaknnya itu melayan Adira lebih dari anak-anaknya. Kamalia ingat emaknya itu menggunakan duit pencen abah mereka dan duit ladang atau duit yang anak-anak bagi setiap bulan untuk persekolahan Adira. Kamalia silap kalau dia fikir begitu. Satu sen pun Hajah Kamsiah tak guna duitnya pun. Duit persekolahan Adira selama ni semua guna duit arwah mak abah Adira sendiri. Bukan sikit harta Arwah Azamudin dan Fatin tinggalkan untuk anak tunggal mereka. Kalau Adira nak buka klinik sendiri lepas habis belajar nanti lebih dari cukup. Duit insuran Azamudin dan Fatin yang masing-masing berjumlah satu juta itu telah dinamakan atas nama Hajah Kamsiah sebagai pewaris. Hajah Kamsiah hanya memberitahu pada Khairul sahaja tentang wasiat arwah. Itu baru duit insuran belum termasuk duit simpanan arwah dan dua buah rumah yang dibeli oleh Azamudin dan Fatin. Mungkin arwah berdua sudah tahu umurnya tak panjang, jadinya masing-masing sudah menyiapkan sesuatu untuk Adira Filzah, anak gadis yang amat disayangi mereka.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now