-Qiff
Abang, Qiff minta maaf atas apa yang terjadi hari ini. Qiff dah susahkan abang. Qiff tahu abang dapat bahagiakan Dira. Dira juga akan dapatkan bahagiakan abang.Sampaikan salam Qiff pada papa, mama. Nanti Qiff balik. Mesej dari Aqiff, Adiff baca perlahan.
Kau kat mana Qiff. Macam jauh sangat ni. Apa yang dah terjadi sebenarnya. Bisik Adiff sendiri.-Adiff
Abang dah selamat bernikah dengan Dira.Apapun Qiff baliklah dulu. Kalau Qiff ada masalah, kita bincang dan selesaikan sama-sama. Abang, papa dan mama sentiasa akan ada dengan Qiff tak kira apa juga keadaan.Mesej Adiff tidak berbalas. Beberapa kali Adiff melihat Iphonenya. Semakin risau memikirkan adiknya itu.
"Mana pengantin ni? Senyap je. Awal lagi ni?" Seloroh Pak Su.
Adira di dapur hanya tersenyum. Dari siang tadi memang dia dan Adiff menjadi bahan usikan. Naik tebal dah mukanya menahan malu.
" Dira ada kat sini abang, tolong Has. Sudah-sudahlah abang kacau dorang ni. Kesian tau", kata Hasnah pada suaminya. Kalau tak suaminya, Abang Ngah yang mengusik.
"Si Adiff ni mana? Tak nampak dari tadi. Dira panggillah Adiff tu, kita makan malam sama-sama" kata Kamaruzaman.
" Baik pa", jawab Dira
Adira masuk ke bilik. Adiff tiada.
" Liana, ada nampak abang Adiff tak?" Tanya Adira pada Syaliana anak Mak Ngahnya
" Tadi Liana nampak Abang Adiff kat khemah depan tu", jawab Syaliana sambil menunujkkan tempat yang dimaksudkannya.
" Kak Dira cari Ababg Adiff dululah. Liana pergilah dapur tu. Semua orang dah ada nak makan malam sama-sama", arah Adira pula.
Syaliana yang nendengar hanya mengangguk.Kelihatan Adiff dari belakang. Memakai baju Melayu biru dan berkain pelekat. Adira mendekati suaminya itu. Jauh Adiff termenung sehingga kehadiran Adira tidak disedarinya.
" Abang", panggil Adira. Rasa malu dan kekok sebenarnya. Kalau dulu panggilan abang itu kerana Adiff lebih tua darinya dan bakal abang iparnya tetapi sejak bermula akad nikah siang tadi, Adiff adalah suaminya. Panggilan itu membawa maksud yang lain pula.
Adiff terus berpaling memandang Adira. Bertambah malu Adira bila ditenung oleh Adiff.
" Abang, jom naik makan. Semua dah tunggu abang tu". Adira tidak selesa berduaan begitu. Pelbagai rasa menyerangnya. Lemah segala otot sendinya bila berhadapan dengan Adiff.
Adira mengambil langkah untuk masuk semula ke rumah tetapi Adiff memanggilnya.
" Sayang". Panggilan itu mematikan langkah Adira.
Adira tidak berpaling. Dia tidak tahu apa reaksi yang perlu ditunjukkan pada Adiff.
Dari belakang Adiff menarik tangan Adira dan membawa Adira berdiri berhadapan dengannya.
Adira seperti hilang arah. Adiff yang melihat keadaan Adira yang nampak kekok itu menahan tawa. Dia tahu Adira malu. Pada Adiff, dia pula tak perlu malu. Malu hanya merugikannya. Adira adalah haknya yang sah. Dia juga hak Adira yang sah.
" Sayang boleh abang cakap sikit" tanya Adiff
Adira memandang tepat suaminya itu. Adira mengangguk dan hanya membalasnya dengan senyuman sahaja.
" Sayang marah tak pada abang Qiff dengan apa yang dia dah buat ni?", tanya Adiff
Adira melepaskan keluh.
" Adira tak tahu abang. Nak marah ke, nak rasa kecewa ke. Apa yang dah terjadi sekarang ni, inilah takdir untuk Dira. Dira kena hadap, kena berdepan dengan semua ni", jawab Adira. Benarlah apa yang dikata. Patut ke dia nak menangis, meratap kerana tak berkahwin dengan tunangnya tapi berkahwin dengan bakal abang iparnya. Keputusan bersetuju untuk berkahwin dengan Adiff juga atas kerelaannya. Tiada paksaan walau banyak faktor yang mendorongnya untuk mengambil keputusan menerima lamaran Adiff.
" Sayang, abang tak nak sayang fikir yang abang ni cuba ambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku siang tadi. Sebab itu abang tanya sekali lagi pada sayang nak terima abang atau tidak". Adiff cuba memperjelaskan lagi. Adiff mahu Adira menerimanya dengan seikhlas hati kerana dalam hati Adiff hanya wanita itu yang sedang mengisi seluruh ruang hatinya kala ini.
" Dira tak terfikir sampai ke situ yang abang cuba ambil kesempatan. Dira dan abang sudah pun sah menjadi suami isteri. Perlukah kita saling mempersoalkan tindakan kita ini. Macam Dira cakap tadi, apa-apapun Dira dan abang kena hadap semua ni", jelas Adira.
" Terima kasih sayang. Mulai saat ini, abang janji akan jaga dan sayang sayang abang ni sepenuh hati", kata Adiff lalu ditariknya hidung mancung Adira. Adira menjerit kesakitan.
" Jomlah abang. Semua orang dah tunggu kita nak makan sama-sama", beritahu Adira kerana memang tujuannya tadi ingin memanggil Adiff tapi boleh pula mereka bersembang di bawah khemah bercahayakan bulan penuh.
" Jom". Adiff memimpin tangan isterinya."Amboi pengantin tak boleh berenggang. Ke sana sini nak bersama". Usik Pak Ngah. Adira dan Adiff hanya tersenyum. Tak tahu apa yang nak dibalas.
"Pak Ngah kau dulu tu pun apa kurangnya kan Kak Ngah", Khairul pula mula mengusik abang iparnya. Kamalia hanya mencebik. Tak nak diingat kisah yang lalu.
Makan malam mereka sekeluarga penuh gelak dan tawa. Masing-masing membuka cerita lama sewaktu bercinta. Adira bahagia.

ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU DAH JODOH....
Kurzgeschichten"Ajal, maut, jodoh pertemuan ni bukan kita tentukan. Sejak dari dalam perut semua tu sudah tertulis untuk kita. Siapa pun jodoh kita, kita kena reda dan terima. Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita tu yang baik-baik", kata Nek Wan. "Dira terim...