Bab 20

3.1K 97 0
                                    

"Qiff boleh kita cakap sekejap". Adiff sudah mulakan langkah pertama untuk merungkai masalah yang sedang dihadapi oleh adiknya itu.
Aqiff yang ralit menonton televisyen tadinya terus mengadap abangnya.
"Ada apa abang? Bunyi macam serius je", kata Aqiff seperti berseloroh.
"Eh! budak ni macam tak ada apa masalahpun. Muka pun nampak bahagia je", bisik hati Adiff
"Kalau abang tanya ni, abang nak Qiff jujur dengan abang. Boleh?", tanya Adiff
"Apa hal ni abang?" Bekerut dahi Aqiff.
" Qiff ada perempuan lain ke?"tanya Adiff. Dipandang tepat wajah adiknya.
Aqiff tidak terus menjawab. Disandarkan badannya di sofa.
" Qiff tak ada siapa-siapa. Qiffkan ada Dira", jawab Aqiff
" Kalau tak ada perempuan lain, kenapa Qiff nak batalkan majlis Qiff dan Dira. Abang tak tahu apa masalah Qiff tapi abang nampak Qiff memang bermasalah. Abang bukan nak masuk campur hal Qiff tapi majlis Qiff dah tak lama lagi. Papa, mama dan Nek Wan dah siapkan macam-macam untuk Qiff. Kalau Qiff tiba-tiba minta Dira batalkan majlis, apa perasaan papa, mama dan Nek Wan. Malu mereka Qiff pada orang kampung. Nek Wanlah orang paling happy sebab Qiff cucu dia yang pertama akan kahwin", kata Adiff
" Apa lagi Dira cakap pada abang?", tanya Aqiff semula
" Dira tak cakap apa-apa. Qiff janganlah nak marah Dira pula. Qiff kena faham perasaan Dira. Dira tu di belah pihak perempuan. Dira tak boleh nak buat apa-apa kalau Qiff dah cakap macam tu. Qiff kena kasihan juga pada Dira sebab Dira tak ada orang tua untuk dibawa berbincang. Dira juga nak jaga air muka Nek Wan", nasihat Adiff.
Aqiff hanya diam.
"Abang harap Qiff fikirlah semula. Pada abang, Dira wanita terbaik untuk Qiff. Abang tengok tak ada yang kurangnya. Lagi pun Dira dah sebahagian dari family kita. Kita tahu orangnya macam mana" tambah Adiff lagi.
Jauh disudut hati Adiff, dia berasa senang bila Aqiff nak batalkan perkahwinannya kerana dia ada peluang untuk merebut pencuri hatinya semula. Tapi perasaan jahat itu dibuang jauh-jauh kerana Adiff tak nak menanggguk di air keruh. Walaupun setelah hampir setahun juga Adira menjadi tunang adiknya, hatinya tak pernah terbuka untuk wanita lain. Adiff juga sudah memberi kata putus pada hubungannya dengan doktor muda Qalisya. Adiff tidak mahu Qalisya menunggunya kerana dia
tidak punya apa-apa perasaan. Sukar baginya untuk memupuk perasaan pada Qalisya. Adakah seluruh hatinya milik Adira Filzah. Perasaannya sudah mati bila pencuri hatinya menjadi milik orang lain.

" Pak Su harap Adiff berterus terang sajalah pada Qalisya. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu. Adiff kena jaga maruah Qalisya juga sebab dia perempuan. Lain kita ni lelaki. Biasa orang lelaki yang melamar perempuan tapi kes Adiff ni, Qalisya yang melamar Adiff", nasihat Pak Su ketika mereka berdua makan bersama lewat suatu petang.
" Adiff tahu Pak Su. Adiff memang nak berterus terang dengan Qalisya cuma Adiff takut nak tengok penerimaan Qalisya. Adiff takut nak tengok dia kecewa. Lepas ni hubungan rakan sekerja tu akan renggang", kata Adiff.
" Tapi lagi lama Adiff tangguh nak bagitahu Qalisya, lagi Qalisya berharap. Qalisya ingat Adiff sedang cuba untuk terima dia", kata Pak Su semula.
Pada Adiff ada benarnya kata Pak Sunya itu. Nak tak nak dia harus berterus terang. Dia tak boleh terlaku memikirkan kesan dari tindakannya itu sehingga mengundang salah faham Qalisya pula. Sudah pasti tindakanya itu akan menyebabkan Qalisya kecewa.
" Terima kasih Pak Su ingatkan Adiff pasal hal ni", jawab Adiff. Hatinya lebih kuat dan untuk berhadapan dengan Qalisya. Air di hadapannya disedut perlahan. Khairul hanya memandang pelakuan anak buahnya yang seorang ini. Doktor memang tugasnya memberikan rawatan kepada pesakit tapi doktor muda dihadapannya ini juga perlu mendapatkan rawatan. Pada pandangan mata kasar, Adiff nampak kuat tapi hatinya itu sedang berperang. Khairul pernah ternampak anak buahnya itu sedang menstalk FB Adira. Tersenyum-senyum Adiff sendirian. Tahulah Khairul kenapa Adiff tidak boleh menerima Qalisya.
" Siapa ada dalam hati Adiff?", tiba-tiba soalan itu yang keluar dari mulut Khairul. Biarlah lelaki sama lelaki berbicara.
Adiff memandang tepat Pak Sunya.
Khairul juga sama. Dia ingin melihat kejujuran pada jawapan Adiff.
Adiff tertawa kecil bila Pak Sunya cuba mengorek rahsia hatinya.
" Siapa tu dah tak penting Pak Su. Cuma buat masa sekarang Adiff memang tak ada siapa-siapa dan Adiff belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana perempuan", jawab Adiff
" Kecuali kalau perempuan tu Adira. Adira Filzah", teka Khairul
Berubah air muka Adiff. Adiff tak menyangka Pak Sunya dapat membaca apa yang difikirkan. Dia tak nak Pak Sunya salah faham padanya. Dia juga tidak ada niat untuk mengambil hak adiknya sendiri.
" Dira bukan hak saya Pak Su. Salah saya punya perasaan pada Dira dari awal lagi. Cinta pandang pertama", Adiff tertawa kecil bila teringatkan wajah Adira yang ditangkap sedang menstalk FBnya.
Khairul juga tertawa kecil. Dua orang anak buahnya punya perasaan pada perempuan yang sama. Khairul sebenarnya sudah tahu rencana emaknya, Hajah Kamsiah yang ingin menyatukan Adiff dan Adira tapi Aqiff yang terlebih dulu menyuarakan isi hatinya. Kasihan Adiff, terpaksalah beralah.
" Banyakkan berdoa Adiff. Yang penting reda dengan apa yang berlaku sekarang. Memang tak semua yang kita nak akan jadi hak kita. Pak Su akan sentiasa doakan Adiff. InsyaAllah jodoh yang terbaik sedang menunggu Adiff. Pak Su yakin", kata Khairul pada anak buahnya itu yang sekurang-kurangnya dapat melegakan hati Adiff.
" Terima kasih Pak Su". Mereka berdua menghabiskan masa bersama petang itu sebelum masing-masing pulang ke rumah.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now