Bab 18

2.9K 87 2
                                    

"Hi Aqiff. Ni breakfast untuk you. Jangan lupa makan tau", Pesan Hazila sebelum dia melangkah keluar dari ruang kerja Aqiff.
Aqiff hanya mengangguk. Semakin hari hubungan mereka semakin baik.
Hazila juga semakin berani keluar masuk di bahagian akaun. Banyak mata yang memandang dan banyak juga mulut yang mengata tapi itu tidak langsung buat Hazila berhenti dari terus berjumpa dengan Aqiff.
Hana sebagai ketua di bahagian akaun juga sudah menegur Hazila yang keluar masuk sesuka hatinya. Aqiff juga sudah diberi warning.
Aqiff tak banyak cakap. Tidak berjumpa di office mereka keluar breakfast atau lunch bersama.

"Lambat Qiff balik hari ni. Dira ada call abang tadi tanya Qiff. Dira dah banyak kali call Qiff tapi Qiff tak angkat, beritahu Adiff.
"Dia nak apa?", kasar jawapan Aqiff
Adiff yang mendengar agak terkejut. Kalau Adira yang mendengar sudah pasti bakal adik iparnya itu menangis.
" Abang tak fahamlah dengan Qiff sekarang. Nak cakap dengan abang pun nak tak nak. Bila cakap nak marah-marah je. Apa dah kena dengan Qiff ni?", sudah hilang sabar sebenarnya Adiff pada adiknya yang seorang ini.
Aqiff hanya diam. Matanya masih memandang televisyen.
" Qiff ada masalah dengan Dira ke? Cuba cerita dengan abang. Tak lama lagi Qiff dan Dira nak kahwin. Kalau macam ni la gayanya, abang tak rasa Qiff dan Dira boleh hidup bahagia. Belum lagi kahwin, Qiff dah buat perangai. Tak kasihan pada Dira ke?" Adiff cuba memancing adiknya untuk membuka cerita.
" Qiff tak ada hati pada Dira dah abang. Bosanlah dengan dia. Hari-hari nak call Qiff. Qiff rimaslah", jawab Aqiff.
Bedebar Adiff mendengar kata Aqiff. Tak ada hati maksudnya apa?
"Dira call Qiff sebab nak bincang soal kahwin. Lagi tiga bulan kan. Tak ada satu persiapan lagi. Mama dan papa pun dah mula risau. Qiff tak bincang apa-apa lagi dengan mereka. Qiff janganlah buat ma dan pa susah hati", Adiff cuba memujuk.
" Pasal kahwin tu nanti-nantilah Qiff bincang dengan Dira. Mama dan papa sekali. Puas hati?", tajam pandangan Aqiff pada abangnya.
" Abang harap Qiff buat apa yang Qiff katakan tu. Kasihan pada Dira. Ingat, dulu Qiff yang sungguh-sungguh nak Dira. Mama dan papa dah pun pinangkan Dira. Qiff pun dah janji nak jaga Dira. Tak baik Qiff mainkan perasaan orang", nasihat Adiff lagi.
Aqiff terus bangun dari duduknya tanpa sebarang kata.
Adiff meraup wajahnya. Buntu.

"Cakaplah pada Nek Wan kalau Dira ada masalah", tegur  Hajah Kamsiah pada cucunya itu. Jauh dilihatnya Adira termenung di pangkin. Entah apa yang sedang difikirkan Adira sampai Hajah Kamsiah duduk di sebelahnya pun Adira tidak sedar.
Bengkak mata Adira. Tentu cucunya itu sudah puas menangis.
" Oh Nek Wan. Tak sedar Dira tadi. Nek Wan dari mana ni?", soal Adira bila melihat Nek Wannya berpakaian cantik.
" Nek wan pergi jumpa abang Pian tadi bayar duit khemah kahwin Dira nanti. Tempah awal-awal senang, tak berebut dengan orang. Masa majlis Dira nanti ramai  juga orang kampung yang buat kenduri kahwin ni", beritahu Hajah Kamsiah.
"Kahwin? Nak ke Aqiff kahwin dengannya. Nak bincang pasal kahwinpun Aqiff mengelak. Sejak tiga bulan yang lepas lagi Adira ajak berbincang tapi Aqiff bermain tarik tali dengannya. Call dan mesej pun tak berjawab. Macam mana nak kahwin?", omelnya dalam hati.
"Tinggal lagi sebulan je Dira nak kahwin. Tak elok nak buat muka masam-masam macam ni nanti hilang seri muka yang cantik ni", usik Nek Wan. Dipegangnya dagu cucunya itu. Adira tersenyum.
" InsyaAllah tak hilanglah seri ni Nek Wan. Agak-agak bertambah seri kot", balas Dira yang sudah mula tertawa.
" Mungkin. Siapa tahu? Kuasa Allah kan Dira. Dira kena ingat apa yang berlaku semalam, hari ini ataupun esok semua dalam perancangan Allah. Dia saja yang tahu mana yang baik atau tidak untuk kita. Dira jangan sedih-sedih ye. Nek Wan akan sentiasa dengan Dira", pujuk Nek Wannya.
Adira mengangguk dan memeluk Nek Wannya

" Abang, Dira nak jumpa abang. Abang free tak? Banyak hal yang kita kena bincang", beritahu Dira
" Qiff busy la Dira. Tak boleh ke cakap dalam phone je", Aqiff beralasan
" Bukan tak boleh tapi ini melibatkan majlis kahwin kita. Mama abang minta kita pergi fitting baju. Hal-hal yang lain semua mama abang dan Nek Wan dah uruskan", jawab Adira. Ditahankan perasaan marahnya. Marah kerana Aqiff tidak bersungguh dengan majlis perkahwinan mereka. Semakin dekat untuk bersatu semakin Aqiff menjauh. Adira tidak faham dengan perubahan tunangnya itu. Kalau dulu, pantang cuti pasti Aqiff akan turun ke Kuantan menjengoknya. Kadang-kadang abang Adiff juga turut serta. Kedatangan kedua-dua lelaki itu di hadapan rumah sewanya pasti membuat rakan-rakan serumahnya ingin mengenali abang Adiff.
"Abang ni kalau seminggu tak tengok sayang, tak boleh buat kerja tau. Kena caj tiap-tiap minggu", kata Aqiff
" Pandailah abang nak ambil hati Dira. Abang tak payahlah tiap-tiap minggu nak tengok Dira. Buat penat je. Esok Isnin nak kerja" kata Adira
" Tak penatlah. Lagi semangat tau nak kerja", balas Aqiff. Tajam matanya menikam mata Adira. Adira yang tersipu malu bila ditenung begitu. Semakin hari semakin sayang Adira pada lelaki di hadapannya itu. Dia cuba menerima Aqiff. Tidak ada kurangnya lelaki itu.
Tetapi saat ini, Adira seperti tidak mengenali pula lelaki bernama Aqiff Farhan ini. Hatinya berbelah bagi. Perasaan takut juga mula timbul untuk berkongsi hidupnya dengan Aqiff.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now