Bab 7

4K 119 3
                                    

Adira mengeluarkan telefon bimbit Samsung A5nya. Hadiah dari Pak Su bila Adira ditawarkan program Ijazah Perubatan di UIA.
Adira membuka Facebooknya. Ditaip nama Adiff Fahmi. Kemudian ditekan butang search. Kot-kot la mamat tu ada Facebook. Saja nak tengok mamat tu. Saja ke? Ke kau memang ada niat lain. Kau nak stalk dia apesal Adira?", dirinya bertanya sendiri.
Arghhh... aku nak tengok je pun bukan ada apa-apa. Kata hatinya pula.
Memang ada Facebook Adiff Fahmi ni. Berdebar Adira nak menekan di bahagian foto.
Adira pejam mata dan ditekannya. Keluarlah gambar-gambar Adiff Fahmi yang pelbagai gaya. Dengan perempuan ramai juga.
Makin kecil mata Adira melihat satu-satu gambar Adiff.
"Boleh tahan juga mamat ni", gumamnya
"Apa yang boleh tahan?"Satu suara dari belakangnya dan dekat di telinganya memeranjatkan Adira.
" Mak kau! Kau yang boleh tahan!", Adira sudah melatah. Telefonnya juga sudah terpelanting jatuh ke bawah.
Adira lantas berdiri menakup mulutnya dengan telapak tanggannya. Takut dia terlebih latah pula. Adira memang tak boleh orang menyergahnya begitu pasti akan terlatah.
" Tak baik tau stalk Facebook abang macam tu. Tengok macam nak terkeluar biji mata". Adiff Fahmi sudah tersenyum manis di hadapan Adira.
Adira yang kalut tunduk ke bawah mengambil telefonnya yang tercampak tadi. Dibelek-belek telefonnya itu kalau-kalau rosak. Alhamdulillah masih boleh guna. Elok semuanya.
"Kalau rosak, abang gantikan dengan yang baru", kata Adiff lagi.
Otak Adira tak dapat berhubung saat ini. Apa alasannya untuk kesalahan menstalk Facebook mamat di hadapannya itu.
Nak pandang muka Adiff pun Adira rasa tak mampu saat ini. Macam kena tangkap khalwat kot rasanya.
Entah apa rupa aku. Merah, biru atau hijau. Ya Allah!
"Abang tak marah pun Dira nak tengok Facebook abang. Sekurang-kurangnya abang tahu ada orang minat nak tahu pasal abang". Adiff mendekatkan lagi dirinya pada Adira. Adira yang sedari tadi berdiri kaku sekali lagi tak mampu nak bergerak seperti dirinya sudah dipaku kemas. Adira dapat menghidu bau haruman Adiff.
Mamat ni malam-malam macam ni pun pakai wangi-wangi. Bisik hatinya.
" Abang dah request as friend dalam Facebook Dira. Nanti tolong accept ye". Pesan Adiff sebelum berlalu meninggalkan Adira yang masih kaku itu. Lebar senyum Adiff kerana dapat menangkap pencuri hatinya yang sedang menstalk FBnya.

Adira meluru masuk ke bilik. Mana nak letak mukanya sekarang. Bawah bantal? Rasanya pun tak boleh nak cover muka yang rasa tebal dan kembang ni.
Ya Allah malunya aku. Jantung ni usah cakaplah. Rasa kembang kecut dah. Boleh dengar rentak jantungnya sedang mengepam darah.
"Tenang Adira. Tahu kau salah. Tarik nafas panjang-panjang dulu. Tak boleh macam ni", kata hatinya
Adira duduk tegak di atas katilnya. Dipejamkan matanya lalu ditarik nafasnya dalam-dalam sambil beristighfar.
Bila rasa agak tenang, Adira buka matanya.
Adira menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya.
Sedari tadi Adira bermonolog dalam hatinya akhirnya dia ketawa sendiri.
" Gila ke apa aku ni? Tiba-tiba pulak gelak. Tadi takut sangat. Pucat habis muka kena sergah ngan mamat tu", bebel Adira sendiri.
Adira, kau buat selamber je esok. Adira memujuk dirinya sendiri.

Adiff masuk ke bilik dengan senyum yang masih bersisa.
"Hai abang, apahal ni senyum sorang-sorang", tegur Aqiff yang sedang mengadap Ipadnya.
" Tak ada apalah Qiff. Ada drama lucu tadi, tu yang abang ketawa. Kita kat sana mana ada nak tengok drama Melayu macam kat sini", Adiff berdalih. Dia tak nak adiknya itu tahu kejadian sebentar tadi. Masih terbayang wajah kalut Adira tadi.
Adiff mencapai bantalnya. Direbahkan kepalanya.
" Abang, Adira tu cantikkan?". Aqiff tiba-tiba bersuara.
Adiff yang berbaring tadi terus duduk bila nama si pencuri hatinya itu disebut.
"Kenapa?" Adiff tidak menjawab soalan dari adiknya tetapi lebih berminat nak tahu kenapa adiknya berkata begitu. Janganlah adiknya itu menaruh hati pada si pencuri hatinya.
" First time Qiff tengok dia, Qiff rasa Qiff dah jatuh cintalah abang. Asyik terbayangkan dia je" , kata Aqiff
Berderau Adiff rasa bila mendengar pengakuan dari adiknya itu.
Rupanya si pencuri hatinya itu juga menjadi pencuri hati adiknya Aqiff Farhan.
Ya Allah. Itu saja yang mampu Adiff ucapkan dalam hatinya.
"Qiff suka pada dia sebab budi pekertinya ke atau terpikat pada rupa parasnya?" Soal Adiff
" Dua-dualah abang. Dari mata turun ke hati. Bila tengok dia, budi pekertinya pun elok juga. Qiff rasa mama dan papa pun suka pada Dira. Tahu nak hormat orang tua", beritahu Aqiff.
Adiff meraup wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskan.
" Apa pandangan abang kalau Qiff lamar Dira. Agak-agak abang, Dira terima tak Qiff. Qiff pun dah cakap dengan papa dan mama pasal ni". Tenang saja Aqiff memberitahu niat hatinya itu pada abangnya.
Adiff memandang tepat ke arah adiknya. Ada kesungguhan pada wajah bersih itu. Aqiff Farhan tak main-main soal perasaannya kali ini. Aqiff sudah dua kali putus cinta. Aqiff pernah kecewa ditinggalkan kekasih. Kekasih pertamanya orang Malaysia juga. Study di Australia. Sama-sama buat akaun. Kekasih Aqiff terlalu memaksa untuk Aqiff pulang bersamanya ke Malaysia. Aqiff menolak permintaan wanita itu kerana papa dan mama ada di Australia walau pun mereka ada saudara mara di Malaysia. Adiff puji sifat adiknya yang mengutamakan famili dan sememangnya keluarga masih tanggungjawab lelaki walau pun sudah betkahwin. Orang perempuan atau sudah menjadi isteri nanti kena faham hak yang satu ini. Jangan pertikaikan suami kelak kalau dia mengutamakan ibu dan ayahnya.
Kekasih kedua Aqiff, anak 'Mat Salleh'. Papa dan mama tak berkenan. Rasanya, Aqiff sendiri pun tak mampu nak bimbing anak 'Mat Salleh' tu.
"Abang akan sokong apa-apa keputusan Qiff kalau itu yang Qiff rasa terbaik untuk Qiff", jawab Adiff. Tersusun elok ayatnya agar tidak nampak ada rasa kecewa pada kata-katanya.
"Terima kasih abang sebab selalu sokong Qiff". Aqiff senyum pada abangnya kemudian menyambung kerjanya semula.
Iphone milik Adiff berbunyi. Ada notification pada Facebooknya.
Adiff tersenyum lebar. Adira sudah menerimanya sebagai friend di Facebooknya.

KALAU DAH JODOH....Where stories live. Discover now