Sampai pun! Kenapa lambat sangat? Penat ibu tunggu.Marilah! Ibu dah lapar dah ni.
Ajak ibu kepada mereka berdua.
Iskandar yg sudah memilih tempat duduk di hadapan ibunya itu memandang mereka berdua sambil membuat wajah nakalnya.Korang buat apa lama2 berdua dekat atas tadi? Usik Iskandar kepada mereka berdua.
Ibu! Tengok Abang Is ni! Mengusik orang x bertempat betul! Marah Emilia lalu laju sahaja dia memukul abang keduanya itu.
Okey! Okey! Abang surrender! Kata Iskandar tanda mengalah dengan pukulan adiknya yg bongsu itu.Sakit betul rasanya.
Daniel yg memerhati perbuatan tunangnya itu hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.
Lantas Amelia dan Daniel mengambil tempat masing2 di meja makan.
Mereka semua makan dengan gembiranya.Kadangkala,kedengaran juga gelak ketawa daripada penghuni rumah itu.
Oh,ya! Abang Luqman balik kan bila adik kahwin nanti? Tanya Emilia pada ibunya.
Insyaallah balik kalau x de apa2 hal, katanya. Jawab Ibunya.
Wah!! Baru semalam bertunang,dah cakap pasal kahwin dah! Dahsyat! Sampuk Iskandar,menyakat Amelia lagi.
Amelia yg mendengar usikan abangnya itu terus menyepak kaki Iskandar dengan kuat dari bawah meja makan.
Iskandar terus menyeringai kesakitan apabila kakinya pula menjadi mangsa kali ini.
Tepatlah dengan kata pepatah....
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.Padan muka! Kata Emilia separa berbisik.
Apalah kamu berdua ini.Macam anjing dengan kucing! Cubalah jaga sikit perangai tu! Tak malu ke dengan Daniel? Bebel ibu pada Is dan Emilia.
Dah mula dah.... kata Iskandar perlahan namun dapat ditangkap kata2 Iskandar itu pada pendengaran Daniel.
Bahagia sungguh mereka berempat pada hari itu....
YOU ARE READING
MR. ,You Are Mine!
Teen FictionEmilia merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradiknya.Setelah dia kecewa dengan sikap BEKAS teman lelakinya...dia cuba mengasingkan diri daripada orang lain,sehinggakan suatu hari......Emilia telah disuruh bertunang dengan seorang lelaki...