Keadaan di dalam bilik kelihatan sunyi dan gelap tanpa bantuan cahaya daripada lampu.Agaknya Emilia dah tidur ke?
Tanya Daniel pada dirinya sendiri.Sebentar tadi..dia telah menonton drama yg ditayangkan di kaca television,ditemani Abang Is yg sudah tersengguk-sengguk di atas sofa.Apabila disuruh tidur di dalam bilik..katanya mahu melayan drama itu juga..sudahnya Abang Is tidur di atas sofa di ruang tamu..katanya... dia lebih selesa tidur di situ~
Akhirnya..Daniel membiarkan sahaja
Abang Is tidur di sofa itu.Sekarang..dah pukul 1.30 pagi.Mungkin Emilia dah tidur kot~
Kata Daniel membuat andaian sendiri.Benar Emilia sudah tidur tapi kenapa dia tidur sambil............menggigil?
Emilia..bangun.Kenapa kau menggigil ni? Yang berselimut tebal2 ni kenapa?
Hei bangun.
Kejut Daniel perlahan.Emilia tetap tidak bangun.
Daniel menekapkan belakang tapak tangannya ke dahi Emilia.
Ya Allah! Panasnya!
Terkejut Daniel lantas dia menarik kembali tangannya.Emilia,bangun! Kau demam ni.
Kata Daniel sambil terus-menerus cuba mengejutkan Emilia yg masih berbaring kaku.Hmm.
Jawab Emilia perlahan.Tidak menunggu lama,Daniel terus menuju ke dapur bagi mengambil semangkuk air dan tuala bagi meredakan suhu badan Emilia yg kepanasan.
Daniel kembali ke bilik dengan tangan yg memegang semangkuk air dan tuala.
Daniel terus meletakkan tuala basah itu di atas dahi Emilia.Dia telah membetulkan pembaringan Emilia kepada baring menelentang.
Kelihatan peluh2 kecil mula merenik di atas dahi Emilia ditemani dengan kerutan di dahi gadis itu.Apakah agaknya yg dimimpikan gadis itu?
Tetapi tidak lama selepas itu..wajah Emilia mula kelihatan tenang.
Daniel masih setia di sisi Emilia bagi menjaga Emilia yg sedang mengalami demam panas.
Kata2 ibu mula terngiang-ngiang di ruangan minda Daniel.
Betullah! Emilia ni senang demam!
Daniel mula dihimpit rasa bersalah kalau dia dan Abang Is x tarik kaki Emilia masuk dalam kolam renang malam ni...X mungkin Emilia akan jatuh sakit sehingga sebegini.
Daniel kembali menfokuskan kembali menjaga Emilia sehingga dia terlelap di sisi Emilia....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa keadaan sekeliling aku gelap?! Emilia cemas.
Adakah dia sedang bermimpi?
Kenapa aku rasa kepala aku berdenyut-denyut?
Emilia melekapkan belakang tapak tangannya di dahi dan tangannya berasa panas tetapi tidak terlalu.
Dan siapakah lelaki yg berada di sisiku tika ini?
Namun..semua persoalan itu tidak dapat diungkapkan dan hanya bermain-main di fikirannya sahaja~
YOU ARE READING
MR. ,You Are Mine!
Teen FictionEmilia merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradiknya.Setelah dia kecewa dengan sikap BEKAS teman lelakinya...dia cuba mengasingkan diri daripada orang lain,sehinggakan suatu hari......Emilia telah disuruh bertunang dengan seorang lelaki...