Semua pelajar 5 diamond ke padang untuk kelas Pendidikan Jasmani
Perempuan di bahagikan kepada dua kumpulan untuk bermain bola tampar. Lelaki pula bebas untuk bermain apa sahaja permainan kerana pelajar lelaki hanya sedikit.
Sha akan berlawan dengan kumpulan Kisha. Sha memukul bola untuk servis.
2 minit
3 minit
BAM !
Bola terkena tepat di muka Sha.
" Sha !" Azmin berlari ke arah Sha. Pelajar yang lain dan Cikgu Nursyam menghampiri Sha.
Kisha pun berlari ke arah Sha. " Sha sorry , aku tak sengaja tadi " Kisha sebenarnya sengaja buat pukulan smash ke arah Sha.
Sha terduduk. Hidungnya berdarah. " tak pe " balas Sha sambil mengesat cecair merah yang keluar dari hidungnya.
Azmin memandang tajam ke arah Kisha. " aku tau kau sengaja kan ?!" Teriak Azmin.
Pelajar yang lain dan Cikgu Nursyam terkedu melihat Azmin menengking Kisha.
Kisha tersentak. Dia menggelengkan kepalanya.
" dah lah Nijmal. Sikit je ni " Sha memandang Azmin dengan senyuman.
" sikit ape nye ? Berdarah hidung kau ni. Kita pegi bilik kesihatan sekarang " Azmin menarik tangan Sha untuk berdiri.
Mereka menuju ke bilik kesihatan dan meninggalkan padang.
Kisha dah tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. ' tu baru permulaan Sha, kau tunggu nasib kau lepas ni ' katanya dalam hati.
Bilik Kesihatan
Azmin menunggu Sha di sofa yang disediakan. Darah di hidung Sha masih di bersihkan oleh ahli PBSM yang bertugas.
Selepas siap, Sha pergi ke tempat Azmin.
Azmin berdiri. " asal kau pegi sini. Rehat je lah dalam tuu."
Sha duduk di sofa sebelah Azmin. " malas. Sakit hidung aku hidu bau ubat kat dalam tu, busuk "
Azmin duduk di tepi Sha. " hidung kau masih sakit ke ?"
" tak. Aku dah biasa lah,sikit je ni " Sha senyum
Azmie dan Haziq menolak pintu bilik kesihatan dengan muka risau mereka.
" dik, kau ok ke ?" Azmie melangkah laju ke arah Sha.
Berkerut kening Sha. " macam mana abang boleh tau adik kat sini ?"
Haziq menunjukkan iphonenya. Tak lain tak bukan dari Media Semasa Shinhwa Highschool.
Sempat lagi paparazzi yang tak berbayar tu menangkap gambar Sha yang tengah duduk mengesat darah di hidungnya.
" macam mana boleh jadi begini ni ? Kau tak jaga adik aku ke Az ?" soal Haziq dingin.
Azmin dah takut kene marah oleh abang Sha. " a..aku.. -"
Sha menyampuk. " bukan salah Nijmal lah. Adik masa tu main bola tampar,tak kan Nijmal nak ikut sekali main bola tampar "
Azmin mengangguk laju. " habis tu siapa yang buat hidung adik berdarah ?" soal Azmie
" kisha smash bola kat muka Sha" Azmin yang menjawab
" Kisha ?" Berkerut kening Azmie dan Haziq. " siapa tu ? Tak pernah aku dengar nama budak tu sebelum ni " tanya Haziq
" pelajar baru kelas kitorang. Bekas pelajar Amazon Highschool" balas Azmin
YOU ARE READING
Mrs Cool Vs Mr hot( complete✔)
Teen FictionTengku Faresha Sofiea- seorang gadis yang manja jika bersama abang²nya tetapi di mata orang lain pula dia seorang yang dingin dan kurang berbual. Dengan kecantikan yg dia ada, ramai lelaki yang ingin mendekati tetapi semua tidak di layan kerana masi...