Azmin melangkah masuk ke dalam kelas. Sha sudah duduk di tempatnya.
' aik,selalunya aku yang deluan sampai ' bisik hati Azmin. Dia duduk di tempatnya,bersebelahan dengan Sha.
" morning nijmal " kata Sha ceria dan melemparkan senyuman manis memandang Azmin.
" hmm " balas Azmin. Tak de mood nak layan Sha sebab peristiwa semalam
Azmin mengeluarkan iphonenya dan membuka app instagram.
Sha hanya melihat perangai Azmin. Dia datang lebih awal pun sebab nak pujuk Azmin.
Azmin senyum² memandang telefonnya. Hairan Sha.
" kau tengok ape tu ? Nak tengok " Sha memanjangkan leher untuk melihat skrin telefon Azmin.
Azmin melarikan telefonnya. " jangan menyebok boleh tak ?" kata Azmin dingin.
Sha terkedu. Dia hanya melihat dari ekor matanya. Azmin menekan skrin telefonnya dan terpapar gambar seorang perempuan.
' stalk perempuan lain rupanya ' kata Sha dalam hati. Sha mencari idea lain supaya Azmin melayannya.
" Nijmal, hari ni pegi PV jom ?" Sha mengajak Azmin dengan membuat muka comel.
Azmin memandangnya dan menjeling. " malas, aku busy " jawab Azmin acuh tak acuh.
" kau ni kenape ? Selalunye kalau aku bawa kau keluar,kau ok je. Tak pernah² kau busy " Sha dah geram. Nak tak nak je Azmin layan dia.
" kau tanya diri kau sendiri kenape aku jadi macam ni. Dah, aku malas nak layan kau. Kau jangan kacau aku lagi. Kita buat hal masing². Hal kau,hal kau. Hal aku,hal aku " kata Azmin dingin.
Sakit hati Sha di layan begitu oleh Azmin. " ok , kalau itu yang kau nak " balas Sha. Kalau bab² ego ni,bagi je dekat Sha. Confirm dia yang menang.
Azmin menyimpan telefonnya di dalam poket seluar dan meletakkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengannya.
Sha merengus geram.Dia mengeluarkan ipadnya dan membaca nota.
SKIP
Rumah
Azmie,Haziq dan Sha menonton TV di ruang tamu.
" kau gaduh dengan Azmin ke dik ?" soal Azmie memecah kesunyian antara mereka.
" dari mana abang tau ?" soal Sha balik.
" tak de sape yang bagi tau. Abang sendiri yang nampak " balas Azmie
Berkerut kening Sha." Nampak ? Nampak ape ?"
" kitorang nampak Azmin keluar dengan Kisha tadi kat PV masa habis sekolah " sampuk Haziq.
Terkejut Sha. Hatinya dah berbunyi 'prak,prak💔 ' Sha membisu.
" salah kau juga dik. Sape suruh hari tu kau keluar dengan Kasha kau tak bagi tau Azmin " sambung Haziq lagi. Azmie mengangguk mengiyakan.
" hish ! Malas lah nak fikir dua natang tu " balas Sha geram. Dia menaiki lift dan menuju ke bilik.
Dia menutup kasar pintu biliknya. Tanpa di suruh, air matanya jatuh ke pipi.
Sha menyeka air matanya. ' asal aku nangis ni ? Kau kuat Sha. Abaikan je manusia yang jenis macam tu '
Sha memberi semangat untuk diri sendiri.
Kata² Azmin di kelas tadi pagi terngiang ngiang di telinganya.
'Kau jangan kacau aku lagi. Kita buat hal masing². Hal kau,hal kau. Hal aku,hal aku '
YOU ARE READING
Mrs Cool Vs Mr hot( complete✔)
Teen FictionTengku Faresha Sofiea- seorang gadis yang manja jika bersama abang²nya tetapi di mata orang lain pula dia seorang yang dingin dan kurang berbual. Dengan kecantikan yg dia ada, ramai lelaki yang ingin mendekati tetapi semua tidak di layan kerana masi...