Sha masih di bilik pembedahan. Azmin,Haziq dan Azmie menunggu di luar.
Azmin dari Sha masuk ke bilik pembedahan sampai sekarang tidak senang duduk. Sekejap dia duduk,sekejap dia berdiri.
Haziq dan Azmie pula hanya duduk melihat perangai Azmin.
" kau tak penat ke Az ? Dari tadi ke hulur ke hilir. Aku yang penat tengok kau macam ni " tegur Haziq.
Azmin duduk di sebelah Haziq. " aku risau lah Ziq. Dah 3 jam Sha dalam tu."
Azmie meraup mukanya. " kalau bukan sebab aku,semua ni tak jadi " keluh Azmie.
Haziq memaut tanganya di bahu Azmie. " jangan salahkan diri kau. Semua yang terjadi ni mesti ade hikmahnya "
Pintu bilik pembedahan Sha dikuak. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik itu dengan riak muka yang susah di ramal.
Azmie,Haziq dan Azmin mengatur langkah laju kearah doktor itu.
" Keluarga mangsa ?" soal Doktor itu.
Dr.Zul name tag yang dipakai.
Haziq dan Azmie mengangguk.
" macam mana dengan keadaan adik saya doktor ?" tanya Azmie.
Dr.Zul menghela nafas berat. " adik kamu kekurangan banyak darah akibat tembakan yang terkena di bahagian perutnya. "
" biar saya yang dermakan darah saya doktor " pintas Azmie.
" baiklah,nanti kamu ikut saya. Tapi-" kata² Dr.Zul terhenti
" tapi ape doktor ?" tanya Haziq.
" adik kamu akan koma " sambungnya
" sampai bila ?" Azmin yang dari tadi berdiam menanya.
"Mungkin 1 bulan,2 bulan atau 1 tahun,saya tak tahu.Masa kamu hantar adik kamu tu,keadaannya sangat kritikal. Nasib baik kamu datang lebih awal,kalau tak,mungkin tak de harapan untuk dia terus hidup " balas Dr.Zul
Azmin,Haziq dan Azmie tertunduk lemah.
" boleh kami jenguk adik kami ? " tanya Haziq
" boleh tapi tunggu pesakit dimasukkan ke dalam wad biasa " jawab Dr.Zul
" saya nak adik saya dimasukkan kat bilik VIP " kata Azmie.
Dr.Zul mengangguk. " mari ikut saya yang nak dermakan darah tu "
Azmie mengikuti langkah Dr.Zul dari belakang
SKIP
Dah 3 bulan Sha koma tak sedarkan diri.
Azmin, Azmie dan Haziq pula dah jarang pergi sekolah kerana bergilir² menjaga Sha di hospital.
Keadaan Azmin pula semakin kusut semenjak Sha koma. Azmie dan Haziq pula sentiasa menasihatkan Azmin agar terus tabah.
Bukannya Azmie dan Haziq tak sedih dengan keadaan Sha tapi mereka kuatkan diri untuk memberi semangat pada Sha.
Haziq duduk termenung di balkoni biliknya. Di situ lah dia menghabiskan masa selama Sha di hospital.
Telefon dikeluarkan dari poket. Haziq menonton semula rakaman Ramen Challenge yang pernah mereka main dulu.
Haziq tergelak kecil melihat karenah Sha dan Azmie. " bila lah kau nak sedar dik ? Abang rasa sunyi kalau adik tak de. Abang rindu dengan usikan adik. Rindu dengan adik yang selalu ganggu abang tidur "
Haziq menyekah air matanya. Dia tidak pernah menangis di hadapan Sha jika di hospital.
Haziq keluar dari biliknya dan ingin menuju ke bilik Azmie.
YOU ARE READING
Mrs Cool Vs Mr hot( complete✔)
Teen FictionTengku Faresha Sofiea- seorang gadis yang manja jika bersama abang²nya tetapi di mata orang lain pula dia seorang yang dingin dan kurang berbual. Dengan kecantikan yg dia ada, ramai lelaki yang ingin mendekati tetapi semua tidak di layan kerana masi...