part 28

7.2K 269 3
                                    

Petang hari sabtu itu,Sha berniat ingin ke taman tempat joging mereka selalu.

Sha hanya sendiri, dia menggunakan hoverboard untuk ke taman dan duduk di kerusi kayu yang disediakan disitu berhadapan dengan tasik

" hye Sha" sapa seseorang. Sha mendongak melihat manusia yang menyapanya.

" hye. Duduk lah Kasha " Sha memberi ruang untuk Kasha duduk.

Kasha duduk. " sorang ?"

" tak , 10 orang " balas Sha dengan loyar buruk.

' dah nampak aku sorang kat sini,tanye lagi '

Kasha tergelak kecil. " so, awak buat ape kat sini ?" soalnya

" saje,nak lihat pemandangan kat taman ni waktu petang" jawab Sha.

Mulut Kasha membuat bentuk O.

" awak pula buat ape kat sini ?" Tanya Sha.

" saya joging tadi lepas tu saya nampak awak duduk sorang² kat sini jadi saya datang lah tegur awak "

Sha mengangguk faham. ' yele tu joging.peluh pun tak de,nafas pun stabil. Tak nampak pun macam orang habis joging. Cakap je lah kau stalk aku ' bebel Sha dalam hati.

Sha menilik jam G-Shock hitam di tangannya. " Kasha, saya balik dulu lah. Dah lewat ni,nanti abang saya risau "

Pedahal baru pukul 6, abang² Sha pun tak pernah nak risau kat Sha sebab dorang tahu Sha boleh jaga diri sendiri.

" ouh , ok. Saya pun nak balik lah kalau macam tu "

Mereka pun berjalan berlainan arah.

Semasa Sha menuju balik ke rumahnya,dia perasaan ada seseorang tengah mengekorinya.

Sha menoleh belakang,tiada siapa. Hanya dia sorang je lalu jalan tu.

Dia meneruskan perjalan,sekali lagi dia rasa ada orang mengekorinya.

Sha melihat dari ekor matanya.Kasha yang tengah mengekorinya. Pandangan mata Sha tajam,sebab tu boleh nampak.

Laju kepala Sha menoleh belakang,Kasha bersembunyi di belakang pokok yang besar di tepi jalan itu.

Sha tersenyum sinis. ' huh,nak stalk aku ehh ? Kau sabar Kasha,nanti aku lagi yang akan stalk kau '

Sha meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan Kasha yang mengekorinya dari taman hingga ke depan rumah.

Sha bersiul² semasa memasuki rumah. Kasha dah beredar dari situ semasa Sha memasuki pagar rumahnya.

Kasha menuju balik ke taman untuk mengambil keretanya. Dia membolos masuk ke dalam perut kereta.

Ting !

Iphone 7 nya berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk.

Sister💪
Abang dah tahu kat mane rumah betina tu ?

                                Dah,adik tak yah risau

Sister💪
Ok, thanks abang. Loveyou😘

Kasha tersenyum. Dia meletakkan telefonnya dan mula memecut laju ke rumah.

•••

Lepas habis sekolah, Sha mengekori kereta Kisha dari belakang tanpa Kisha sedar.

Kereta Kisha belok kiri,dia belok kiri. Kereta kisha belok kanan,dia belok kanan.

Kisha masuk simpang di banglo lama tempat port biasa dia lepak dengan orang²nya.

Mrs Cool Vs Mr hot( complete✔)Where stories live. Discover now