4│haris

31K 881 25
                                    


Nisa memandang number Haris di skrin iPhone. Lama. Selepas 5 minit, dengan lafaz bismillah, baru disentuh icon call. Sekejap saja 'tut, tut', Haris dah angkat, "Hello, owl." Nisa senyum. Haris dari dulu memanggilnya owl sebab dulu masa belajar dia suka berjaga malam serupa burung hantu.

"Hello, pakcik." Nisa pula suka memanggil Haris pakcik kerana Haris tua setahun darinya. Tua setahun je pun, haha.

"Kenapa, owl?" Aku rindu kau, owl.

"Pakcik, aku ada berita panas. Dua hari lepas ada orang jumpa mak aku dan cakap nak jadikan aku isteri dia. Dan esok aku nak kenalkan dia dekat kau. Esok kau free tak?"

Haris terus tergelak macam nak gila, "Gila lah kau ni, owl. Berangan tak sudah. Esok nak jumpa bila?"

"Pukul 11? Dekat warung biasa?"

"Nak aku ambil macam biasa ke?" Busy kerja, esok dapatlah aku lepas rindu.

"Eh, tak. Bakal suami aku ambil aku esok. Pastu kita jumpa dekat warung tu macam biasa."

"Bakal suami? Hahaha, kau nak kata suruh aku ambik lah ni esok?"

Nisa tergelak, "Weh, bukanlah. Kan aku cakap ada orang jumpa mak aku tadi. Dan esok dia nak jumpa kau sekali dengan aku lah, nak jemput kau ke majlis kitorang nanti, hihi. Aku taknak cakap sini, sebab dia nak cakap sendiri."

Haris diam lama. Kemudian dia tergelak besar, "Kau berangan apa ni, owl? Kau kelentong lah ni. Dahlah selalu melalut je bila aku call. Ni mesti kau merepek juga, kan?"

"Mana adalah, betul. Esok kita jumpa, aku kenalkan eh?" Haris diam saja dan diam, dan terus diam. "Hello, pakcik?" Nisa tengok skrin phone, still lagi on call. "Hello? Kau okay tak?"

Haris tarik nafas panjang, "Kau terima ke, owl?" Nisa tunduk, jemarinya bermain bantal. "Aku terima, sebab mak aku sukakan dia. Dan aku juga sukakan dia dan akan cuba sayangkan dia. Dia bakal suami aku. Dan aku dah buat istikharah. Aku yakin dengan hati aku, dia akan bahagiakan aku. Dia bakal imam aku. Aku pasti."

Haris terduduk di sofa luar rumah, "Aku macam mana? Kan aku cakap suruh tunggu aku, owl? Aku sukakan kau, owl. Aku sayang kau."

Nisa mula sesak nafas, tak mahu cakap mengenai ini lagi. "Aku tetap sayang kau, pakcik. Tapi sebagai kawan baik aku, selamanya kau adalah kawan baik aku. Tolong, jangan buka topik ni lagi. Aku tetap pandang kau sebagai kawan baik aku. Itu jawapan aku."

"Kau tak pernah cuba ke, owl? Untuk aku?" Haris sudah tarik rambut depan. Dia tak marah, tapi dia sedih, dia hancur, dia salah. Kerana dia yang lambat. Bukan salah Nisa.

"Pakcik, dari dulu kita berkawan, aku tetap pandang kau sebagai kawan baik aku. Aku pernah cuba, tapi kau kawan baik aku. Selama-lamanya tak ada orang boleh ganti. Aku tak boleh pandang kau lebih dari tu. Serius, aku tak boleh. Maafkan aku, pakcik."

Haris diam saja.

"Aku yakin, ada seseorang yang lebih baik daripada aku untuk kau. Tapi kau tetap kawan baik aku. Hanya itu aku mampu bagi. Maafkan aku. Kita jumpa esok, ya? Tempat biasa? Pukul 11? Assalamualaikum."

Haris pandang skrin iPhone yang sudah gelap. 'Kita dah tak boleh kawan baik macam dulu dah, owl. Sebab kau akan jadi isteri orang nanti.' Haris menengadah kepala merenung siling luar rumah. Dilepaskan keluhan kuat dan masuk ke dalam. 'Baik aku buat solat sunat.'

Nisa termenung sekejap, merenung dinding bilik. Kemudian, dibuka WhatsApp. Ditekan nama Haiqal untuk menghantar mesej. 'Nanti bila dah kahwin, baru aku tukar nama dia, sekarang tak boleh lagi.' Nisa senyum seorang diri.

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now