Nisa tekun melihat Haiqal iron uniform maritim putih itu. Haiqal menerangkan satu persatu cara nak iron uniform dengan betul. Haiqal dah terangkan sebelum ni, tapi Nisa lupa.
Nisa iron pun mesti tak cukup umph. Kerana fikir urusan kerjanya lagi, dengan nak uruskan rumah tangga lagi. Haiqal pun sering iron baju sendiri, tak mahu menyusahkan Nisa.
Nisa tekun mendengar penerangan Haiqal. Selepas ini, dia akan iron uniform Haiqal sampai umph. Nisa bertekad, dia akan uruskan keperluan Haiqal dengan baik.
Dilihat Haiqal memasang habis satu persatu lencana pada uniform putih itu. Nisa angguk faham. Dulu Nisa join Suksis (sukarelawan polis) tika belajar. Lebih kurang sama je nak pasang semua lencana tu.
Nisa ambil Peak Cap milik Haiqal, dicuba di atas kepalanya. Haiqal ketawa lucu. Sempat disnap gaya isterinya yang comel itu. Haiqal melihat gambar yang dirakam dalam HTCnya.
Digeleng-gelengkan kepala, pura-pura memegang dadanya konon sakit. "Comel sangat isteri abang. Abang rasa sakit dada sebab dup dap kuat sangat." Nisa yang terdengar terus cabut Peak Cap, diletakkan elok-elok di atas meja. Nisa berlari ke sisi Haiqal dan turut menjenguk. Nisa turut ketawa melihat gambarnya.
Nisa paut lengan sasa Haiqal, mendongak dia memandang Haiqal, "Abang, jom makan. Nisa dah masak dah." Haiqal letak phone ke dalam poket seluar. Turut senyum memandang Nisa, "Nisa masak apa?"
Nisa angkat-angkat kening, sengih tayang gigi, "Jomlah turun bawah." Haiqal layankan saja perangai budak-budak Nisa, "Okay, jom."
Sudah seminggu suami isteri itu duduk di rumah yang dibeli Haiqal. Rumah banglo, lima bilik kesemuanya. Rumah ini ke tempat kerja Haiqal cuma 3 minit saja naik kereta.
Hari ni, last day Nisa bekerja sebagai Data Analyst di syarikat konsultan. Alhamdulillah. Semuanya dah selesai. Sekarang, Nisa nak belajar jadi isteri yang baik pada Haiqal. Dia nak bagi sepenuh perhatian pada Haiqal, kira nak jadi full time isteri mithali.
"Lah, sayang buat ketam masak lemak cili api ke? Pandainya isteri abang." Haiqal senyum gembira, dicubit geram kedua-dua pipi Nisa. Nisa sengih sama tayang gigi.
"Nisa ambil resipi dekat internet ke?" Haiqal tarik kerusi. Nisa geleng dan mencedok kuah ke dalam pinggan Haiqal, "Taklah, Nisa mintak resipi dari ibu. Cepatlah, abang. Rasa, sedap tak?"
Nisa sudah menongkat dagu di sebelah Haiqal. Haiqal tergelak, diceduk kuah lemak warna kuning oren itu, dihirup sikit. Haiqal kerut-kerut kening gaya chef rasa masakan peserta, "Emmm, not bad."
Nisa tak percaya, "Betul ke? Macam tak sedap je." Haiqal cepat-cepat geleng, "Eh, betullah sedap. Macam ibu selalu masak. Cuma kurang manis je sikit." Haiqal sengih.
Nisa dah terlopong. Cepat-cepat dihirup juga. Terus muka Nisa beriak sedih, "Abang, masin dia lebih sikit. Sorry." Haiqal hanya senyum, ditarik tangan Nisa agar duduk sekali di sebelahnya, "Takpelah, dah sedap ni. Dah, jom makan. Takdek lah teruk mana, perut abang boleh terima lagi ni."
Nisa pandang Haiqal. Haiqal senyum manis je. "Takpelah, tak baik membazir. Lagipun, takdek teruk mana pun, sayang. Lepas ni, sayang masak, sayang letak lebih gula je dan kurangkan garam, okay? Dah, jangan sebek macam tu depan rezeki, tak baik. Kita makan, ya?"
Nisa senyum sikit, 'Baiknya dia.'
Mereka pun makan dengan bahagia. Senang je Nisa ni nak move on dari rasa sedih kepada rasa seronok. Haiqal sedar fakta itu.
Lepas isyak, Haiqal teman Nisa lipat baju di ruang tamu sambil tengok email di HTC. TV tengah tayang entah cerita apa.
"Sayang, adik sayang... Amir. Dia tak sekolah, kan?"
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...