Nisa diperkenalkan kepada kawan-kawan dan beberapa anak buah Haiqal yang melangsungkan swordbearer tadi. Ada Leftenan, Koperal, Pegawai, Laskar, apa entah semua lagi tu.Tika Nisa lalu di bawah deretan pedang yang bertemu membentuk arch itu, debarannya tak usah nak kata. Punyalah dia risau jika dia terjelepok ke tersungkur ke dengan kasut tumit 2.5 inci yang dipakai. Tapi kepitan lengan Haiqal kemas, menenangkan dia. Sebelum itu lagi, Haiqal tak jemu-jemu membuang darah gemuruhnya.
Tapi, lalu di bawah deretan pedang itu, hati merasa sesuatu yang syahdu. Rasa diri ini dirai oleh semua anggota maritim yang lain. Mereka semua seperti menganggap dia sebagai orang baru sekali dalam ukhuwah persaudaraan mereka. Auch! Sungguh Nisa terharu tika jalan perlahan tadi.
Nisa hanya tersenyum saja bila diperkenalkan oleh Haiqal kepada pegawai-pegawai yang lain. Mereka pun kena jaga protokol. Muka semua yang buat swordbearer tadi, masing-masing serius saja menunggu arahan daripada Haiqal.
Nisa nampak Haiqal berupa orang atasan yang baik. Haiqal layan mereka seperti kawan walaupun majoriti yang buat swordbearer itu, merupakan anak buahnya. Nisa nampak Haiqal ada bagi angpau kepada pegawai itu semua. Tapi tidak tahu berapa. Ada tiga sampul untuk dua puluh orang itu. Nisa hanya senyum saja memandang. Penat juga bibir ni melengkung ke atas.
Bila sudah santai dan kawan-kawan maritim Haiqal pun mula menjamu selera, Nisa memperkenalkan bridesmaidsnya kepada kawan-kawan rapat Haiqal yang hadir.
Nisa boleh nampak, kawan-kawan Haiqal yang memakai seragam yang masih bujang semua teruja melihat kawan-kawannya. Dia hanya tergelak saja dalam hati. 'Dorang mesti nampak laut je sebab tu teruja. Haha.'
Bridesmaids seramai tujuh orang itu mengenakan tema kuning air dengan gaun yang ditempah Nisa tapi dibayar duit Haiqal. Nisa dengan Haiqal warna putih lah.
Dan photoshoot untuk kenduri Haiqal lagi lama. Kerana macam-macam protokol yang Nisa kena ikut kahwin dengan maritim ni rupanya. Nisa hanya senyum manis saja. Penat terus ditolak tepi bila pertama kali dilihat Haiqal dengan uniform penuh, hatinya sudah cair serupa butter atas pan panas.
Malam ni kena tidur di rumah ibu ayah dulu. Nisa taktahu nak kawal bagaimana pula. Semalam dengan ma, adik dan sepupu-sepupunya pun, bersyukur lah juga kerana tak ramai sangat.
Tapi rumah ibu ayah ni macam banyak je makcik-makcik, pakcik-pakcik nak lepak sampai ke malam. Maklumlah rumah semua dekat-dekat. Tengah berhimpun ramai-ramai ni, Nisa tak tahu nak bagi reaksi bagaimana.
Nisa ingat-ingat lupa dengan makcik-makcik Haiqal kerana jumpa pun tak sampai tiga kali. Tapi nasib baik dia sudah tukar baju, takdeklah sendat sangat rasa bila diusik nanti.
Nisa duduk di sebelah Haiqal, tiba-tiba ada makcik di depan kiri Haiqal menegur, "Ni anak yang makcik salam dulu, kan? Yang makcik ingat kawan Along tapi Angah cakap kawan Angah, kan? Yang makcik cakap cantik macam cina tu, kan?"
Nisa hanya terkebil-kebil, lupa. Banyaknya soalan makcik ini, haha. Ina baru sampai selepas zuhur tadi. Ina tergelak. Dia sepertinya ingat tapi aku tak ingat, kenapa?
Mas pun sudah tergelak, "Betullah, mak ndak. Ni kawan Angah. Masa dia tidur haritu, Along dah jatuh cinta. Tu yang terus sambar tahun ni. Takut melepas pulak." Mak Andak sudah muka teruja, "Lah, yeke?" Along sengih bangga, tangan sudah naik ke bahu Nisa. Nisa cover dengan sengih saja.
"Lagi cun dari yang dulu." Ada makcik mana entah sambung. "Mak ndak tak pernah jumpa pun yang lama. Tapi mak ndak lagi suka yang ni, muka cina. Along, cepat-cepat bagi ibu kau cucu. Anak mesti comel ni. Dah dua-dua sama cantik, sama padan." Nisa terus tunduk. Haiqal di sebelah cuma senyum dalam membalas, "InsyaAllah."
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...