15│mimpi buruk

26.4K 585 9
                                    


Haiqal keluar dari kereta dengan senyuman. Dari dalam kereta lagi, dia sudah tersenyum serupa Joker.

Sebab apa? Sebaik saja dia belok masuk pagar rumah, terpandang dua insan yang paling penting dalam hidupnya. Yang selalu buat dia rasa tak sabar nak balik rumah.

Haiqal keluar membawa beg bimbit di tangan kiri, Peak Cap pula dikepit di celah lengan. Didekati insan berdua itu. Nisa dan Danial.

Nisa mendukung Danial di tangan kiri dengan senyuman manisnya. Tangan kanannya pula mengagah-agahkan tangan kiri Danial pada Haiqal. "Haisa... Haisa... sape tu? Sape tu? Handsome, kan? Say hi papa, hi papa." Mata Nisa melirik manja ke arah Haiqal.

Haiqal spontan menganga mulutnya luas dan menggelengkan kepalanya ke kanan dan kiri, mengagah si kecil dengan senyuman lebar dan suara perlahannya. Danial tersenyum dan mengeceh. Kemudian pusing, dipeluk leher Nisa. Nisa dan Haiqal ketawa.

Nisa mencapai tangan Haiqal, dicium seperti biasanya. Seperti biasa juga, Haiqal cium dahi Nisa. Tapi sekitar 3 bulan lepas sejak kelahiran Danial, ciumannya bertambah ke pipi Nisa pula. Diusap kepala Danial yang berambut halus sikit tu, dicium lama. Dirangkul pinggang Nisa masuk ke dalam dan menutup pintu.

"Lewat abang balik harini? Nisa rindu tau dekat rumah." Nisa sengih tayang gigi. Mereka bertiga duduk di ruang depan. TV LCD entah tengah tayang cerita apa.

Tangan kanan Haiqal bersandar di belakang kerusi, mendarat di bahu Nisa. Nisa menepuk-nepuk perlahan punggung si kecil. Dah nak tidur Danial. Lama teman mama dia tunggu papa balik. Haiqal mencubit sikit pipi Danial yang mata dah layu tu dengan geram.

"Em, biasalah. Awal-awal tahun ni banyak yang abang kena tengok. Peta lah, report itu, report ini. Dengan pameran LIMA bulan 3 nanti. Lagipun abang nak settle awal." Tangannya bermain dengan rambut Nisa yang dibiarkan lepas.

Nisa pandang Haiqal, "Abang kena pergi Langkawi untuk LIMA tu tak nanti?" Haiqal pandang mata Nisa, ada sedikit riak takut dalam mata itu.

Haiqal senyum, dikucup kepala isterinya. "Tak. Abang tak terlibat sebab abang under yang buat jadual, uruskan kapal, bahan pameran apa semua. So, abang tak perlu ada untuk presentation." Haiqal perasan Nisa mengangguk lega.

"Pangkalan? Jadual abang macam mana?" Nisa masih bertanya. Cuba dibiasakan riak wajah, tapi Haiqal tahu ada sesuatu yang tak selesa.

"Takde nama abang setakat ni. Tapi sayang jangan risau, ya. Kalau abang ada kena pergi pangkalan, dalam Timur je dah dan tak lama macam haritu." Nisa senyum lega.

Tapi still ada ketakutan itu. Still dalam Timur, tapi berapa lama, bisik hati Nisa di sebalik senyuman. Haiqal angkat kening. Lain macam je ni. "Kenapa, sayang?" Nisa senyum manis sambil gelengkan kepala.

Tiba-tiba iPhone Nisa berdering. Haiqal capai dulu kerana berhampiran dia, taknak kejutkan Danial. Tapi... unknown number? Nisa save as unknown number. Nisa turut jenguk sekali.

Terus muka Nisa pucat. Haiqal pandang Nisa, pelik dengan muka kaku Nisa. Nisa pandang Haiqal, terus naik ke atas dengan Danial dalam dukungan. Haiqal pelik. Bini dia macam takut. Sebelum panggilan itu mati, Haiqal angkat. "Helo?"

Terus orang di sana letak. Haiqal makin pelik. Dibuka number phone untuk unknown number tu. Macam pernah tengok number ni. Haiqal cek pada HTCnya. Falah???

What is he doing calling my wife?? Dari mana dia dapat number Nisa ni?? Haiqal dah berasap sikit. Dia tersandar. Haiqal pandang atas serupa nak tembus master bedroom. Mata Nisa nampak takut tadi. Ada apa, ya?

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now