Doktor Masitah tersenyum memandang pasangan suami isteri muda di hadapannya. "Tahniah, isteri Tuan hamil 6 minggu."Nisa terkebil-kebil mendengar perutusan doktor 40-an itu. Nisa pandang Haiqal. Haiqal dah tersenyum dengan mata bercahaya. "Betul ni?" Doktor Masitah sudah ketawa lucu, "Betullah, takkan saya nak tipu Tuan pulak."
Haiqal terus pandang Nisa, terus dipeluk Nisa. Nisa senyum, dipegang kemas bahu Haiqal. Haiqal cium pipi Nisa lama, serupa mahu disedut sekali pipi Nisa itu dengan hidungnya. Nisa dah muka merah. Doktor Masitah hanya senyum saja.
Haiqal pandang Doktor Masitah, mendengar penjelasan doktor yang sudah lama berkhidmat di klinik swasta ini. Mengenai check-up tiap bulan, mengenai first trimester, mengenai buku pink. Walaupun sekarang masih awal lagi, Haiqal beria juga nak tahu semua.
Keluar saja dari bangunan klinik kakitangan maritim itu, terus Nisa melompat, dipeluk terus leher Haiqal. Haiqal ketawa besar, dipegang pinggang Nisa. Sampai dibongkokkan badan sikit kerana Nisa memaut lehernya kuat sangat.
"Abang...!! Nisa nak jadi mama!" Haiqal ketawa, dipeluk kemas pinggang Nisa. "Iya, sayang... Abang akan jadi... papa! Hahaha!" Nisa pandang muka Haiqal dan senyum gembira. Lain macam sinar di wajah Nisa.
"Tak sia-sia kaki Nisa jadi lembik haritu, kan?" Haiqal mula menggiat sambil diangkat-angkat kening. Spontan Nisa memukul kuat lengannya dan terus muka isterinya itu masam.
Haiqal ketawa dan memohon maaf. Ditarik Nisa masuk ke dalam kereta dan memandu pulang. Nisa tak merajuk mana pun. Nisa terus saja seronok bila dia bangkitkan isu mempelam yang masih banyak di rumah.
Haiqal dah bercadang, minggu ni mereka akan balik ke rumah ibu ayah dan membuat sikit makan-makan. Ma akan di bawa bersama. Makcik-makcik yang berhampiran akan dijemput sekali.
Tak lama lagi, Amir akan meninggalkan ma dan mula bergelar penuntut Kolej Kemahiran Unikop di Melaka. Ma yang akan berseorangan dijemput Haiqal supaya tinggal di rumah ibu ayah. Tetapi ma menolak. Haiqal sampai mengupah Uber untuk ma jika ma mahu pergi ke hospital tiap-tiap bulan.
Jika ma mahu melepak di rumah ibu ayah, Mas atau ibu boleh ambil ma di Taman Tas dan dibawa ke Kampung Rusa. Alhamdulillah. Semuanya smooth dan kini, berita dia mengandung pasti mengundang perasaan gembira yang luar biasa lagi.
Nisa tersenyum tak lekang. Tiba-tiba iPhonenya berlagu menandakan ada panggilan masuk. Terkebil-kebil dia memandang nama Haris di skrin iPhone. Haiqal perasan riak muka Nisa yang berubah. "Kenapa, sayang?" Nisa tunjuk skrin iPhone pada suaminya, "Abang, Haris call."
Haiqal sampai memberhentikan kereta di tepi jalan, Nisa dah pelik. "Kenapa abang berhenti?" Haiqal pandang Nisa, "Nisa contact lagi ke dengan Haris? Seingat abang, dia tak datang pun kan ke majlis kita haritu?"
Nisa cepat-cepat geleng, dia taknak suaminya fikir lain, "Eh tak, tak. Lepas kita jumpa dia dekat warung masa nak jemput dia ke majlis kita tu kan, Nisa memang dah tak contact dia. Dia pun tak contact Nisa.
Nisa pun diamkan ajelah. Nisa taknak fikir dah. Lagipun, masa dia jumpa kita, ayat dia menakutkan Nisa yang dia cakap dia tetap sayang Nisa even Nisa dah jadi isteri abang. Ni dah lama dia senyap. Tiba-tiba dia call Nisa balik. Tu yang Nisa pelik, takut pun ada sikit."
Haiqal diam. Lama Nisa bercerita sampai panggilan itu pun dah mati. Tapi berbunyi lagi untuk kali kedua. "Abang, abang angkatlah." Haiqal ikut saja. Dia pun nak dengar sendiri apa Haris nak cakap. Dah lama menyepi tiba-tiba call bini orang, "Hello."
Senyap.
"Hello, Haris. Ni aku, Haiqal."
Diam. Kemudian, "Aku nak cakap dengan Nisa."
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
Storie d'amoreC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...