Nisa di seat belakang, dengan Mas dan Haiqal di seat depan. Hasil pertolongan kawan Haiqal dan Haiqal sendiri, lokasi ayah kandungnya diketahui. Tapi masih tidak diketahui statusnya apa. Sekarang mereka dalam perjalanan ke sana, menuju ke pinggir Kemaman.
Nisa sudah call semua kawan-kawannya tika di asrama dulu, tika belajar di UMT dulu, juga geng di rumah sewa dan teman sekuliah. Semua berebut nak jadi bridesmaids. Yelah, sape taknak. Kerana kos untuk mereka datang dari jauh dan baju bridesmaids semua free.
Semua kos kahwin, Haiqal yang keluarkan. Nisa nak bagi, dia berkeras kata tak payah. Dia cakap, "Nisa dah bagi banyak by willing to be wife abang." Nisa terus terdiam tak tahu nak cakap apa.
Kawan-kawannya cuma datang bawa badan dan hadiah saja jika mahu. Semua kawan-kawannya berebut-rebut nak jadi bridesmaids bukan sebab free je. Kerana mereka turut nak kenal dengan kawan-kawan Haiqal yang akan buat swordbearer nanti. Semuanya mengundang tawa di hatinya. Kerana itu, dia pilih mereka yang single mingle untuk jadi bridesmaids nanti.
Makcik-makciknya yang tak dapat hadir tika tunang dua minggu lepas, Haiqal sudah jumpa semua. Sampai sanggup ke rumah mereka semua sendiri untuk memperkenalkan diri. Mestilah dia ikut, sebab Haiqal tak tahu jalan, haha.
Haiqal sangat bertanggungjawab. Dia ingin meminta izin untuk menjaga Nisa daripada semua ahli keluarga Nisa, termasuk makcik dan pakcik Nisa. Nisa sangat beruntung untuk itu.
Dia tidak mahu ulang kes kakak lain ayahnya yang berkahwin dengan orang Johor tanpa apa-apa khabar pada ahli keluarga yang lain. Tup-tup, kakak nak kahwin, memang semua makcik dan pakciknya sangat terkilan dan banyak mengata belakang.
Nisa sangat-sangat bersyukur kerana dia tidak mengulangi perkara yang sama. Kak Iezah pun sudah bagi green light pada Haiqal untuk menjaga Nisa. Kak Iezah memang anggap Nisa seperti adik kandung, daripada kakak Nisa sendiri. Suami Kak Iezah, si Paan pun menganggap Nisa seperti adik sendiri.
Nisa ingat lagi, tika dia kenalkan Haiqal kepada mereka sebelum tunang. Paan menyoal Haiqal dengan berbagai-bagai soalan. Dari pekerjaan apa sampailah style tidur bagaimana. Nisa tergelak ketika itu. Tapi bila Paan cakap, "Sebab Nisa tu takut lipas, kang kau tido mati, esok merajuk pulak dia sebab tak bunuh lipas tu." Terus Nisa muncung.
Pendek kata, semua orang sukakan Haiqal dan bersyukur untuk Nisa. Nisa dikatakan beruntung kerana dapat Haiqal. Nisa pun nak dengar ayat yang sama dari semua orang yang mengenali Haiqal, 'Kau beruntung dapat Nisa.' Nisa nak dengar itu.
Tentang Haris. Sejak pertemuan di warung itu, itu bagaikan pertemuan terakhir dia dan Haris. Dia tak mahu hilang Haris sebagai kawan baik. Tapi jika Haris sendiri seperti mendesak, dia sendiri tak selesa.
Nisa mendoakan, supaya Haris betul-betul akan lupakan dia. Dia tak mahu ada apa-apa yang tak diundang pula jadi, mintak jauh. Nisa sayang persahabatannya dengan Haris. Nisa mendoakan Haris rasa seperti itu juga. Bukan pada Nisa tapi pada persahabatan mereka.
Haiqal memberhentikan kereta, dipandang Nisa di belakang. "Nisa? Kita dah sampai ni." Mas terpisat-pisat bangun. Nisa senyum pada Haiqal. Mereka bertiga keluar serentak, menuju ke sebuah rumah kayu sederhana berdasarkan alamat di HTC Haiqal.
Salam dijawab. Keluar seorang perempuan berusia dengan badan agak gempal dan senyuman. "Ya, cari siapa?" Haiqal tersenyum, "Alias bin Mamat. Ada tak, makcik?"
Makcik itu hilang senyuman, hanya membalas, "Tu suami makcik. Tapi dia dah meninggal. Ada apa ya anak-anak ni cari dia?" Nisa sudah tunduk, memandang tepi.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...