13│lahad datu

25.3K 612 20
                                    


Nabila dijemput naik ke atas rumah. Nabila seorang wanita yang elegan. Nampak karismanya sebagai wanita yang ada power. Mesti kerja besar-besar ni. Aku pulak macam budak tadika lagi, Nisa berkata dalam hati.

Puan Mariah naik dari dapur. Bulat matanya bila memandang Nabila. Nabila bangun bersalam dan mencium tangan Puan Mariah dan Puan Rusna. Haiqal memperkenalkan Nabila pada Puan Rusna yang tak pernah jumpa kawan lama dia tu.

Pada Haiqal, dia tak anggap Nabila kekasih lama. Cuma kawan lama saja. Bila Nisa diperkenalkan pada Nabila, Nisa menghulur tangan dulu nak bersalam. Nisa senyum takut-takut je. Nabila hulurkan senyuman manis.

"Cantiknya wife you, Qal." Haiqal angkat kening sambil senyum bangga. Tangannya merangkul bahu Nisa. Nisa duduk diam je dan senyum biasa.

Mata Nabila berbulu memandang tangan Haiqal di bahu isteri pendeknya. Dulu, Haiqal tak pernah sentuh dia. Sepanjang mereka berkasih, memang Haiqal jaga tingkah laku. Itu yang membuatkan dia sayang pada Haiqal.

Tapi, dia memang kekok dengan keluarga Haiqal kerana dia tak pandai nak ambil hati Puan Mariah, especially Icah si kecil tu. Dia tak tahu nak main lasak-lasak atau layan budak-budak.

Dan dengan syarat Haiqal nak kahwin di usia 30, mak ayahnya bising tidak setuju. Diikutkan saja kata-kata mak ayahnya untuk jodohkan dia dengan anak kawan ayah.

Dia bersetuju pun kerana nak buat Haiqal cemburu atau kesal dan mahu berkahwin dengan dia cepat-cepat. Tapi, lain pula jadi. Tambah pula, Haiqal di atas kapal tika itu. Dia tak boleh nak cakap sendiri. Kawan mereka saja yang sampaikan pada Haiqal.

"Kenapa tak bawak husband datang sekali? Boleh kenal-kenal." Puan Mariah di dapur. Tinggal Haiqal dan isteri dan Nabila saja di ruang depan. Mas dan Na berjalan ke rumah kawan-kawan di Kampung Rusa.

Nabila hanya senyum nipis, dipandang mata Haiqal. "Kami dah cerai. Tak serasilah dengan dia." Haiqal hanya oh dan angguk kepala. Nisa pula mula rasa aura lain macam.

Dia perasan mata Nabila yang seperti tak suka saja tengok muka dia. Nisa rasa kerdil. Perempuan itu tua dari dia. Dipandang Haiqal, "Abang, Nisa nak masuk dalam."

Haiqal pandang Nisa dan senyum. Tangannya memegang bahu Nisa lembut. "Tak payahlah. Duduk dengan abang kat sini, teman abang." Nisa senyum segan dan mengangguk. Nabila tengok je.

"Haiqal, I nak cakap sikit." Haiqal alih pandang pada Nabila, diangkat kening bertanya. "I nak kita macam dulu. I nak kawan dengan you balik. I kesal ikut cakap mak ayah I. I'm sorry, I masih sayang you lagi."

Bulat mata Nisa mendengar cakap merapu dari mulut Nabila itu. Haiqal pula hanya maintain tenang. Baru saja Haiqal mahu membalas, Nisa membuka mulut dulu.

"Akak, akak sedar tak akak kat mana sekarang ni? Akak sedar tak jantina akak? Akak sedar tak kapten handsome ni siapa punya? Status dia apa? Akak tak sedar semua tu ke?"

Haiqal pandang Nisa tak berkelip. Nabila dah angkat kening, menjeling Nisa.

"Abang Haiqal yang akak cakap nak kawan macam dulu, which means berkasih, in love macam dulu. Yang akak cakap sayang dia apa semua tu, dah status suami orang tau.

Dan akak cakap tu masa saya dekat sebelah tau. Saya isteri dia, kak. Tengah pregnant anak sulung kami lagi. Akak perempuan tau. Takkan akak tak rasa malu cakap macam tu. Akak takkan nak runtuhkan kebahagiaan perempuan, kaum akak sendiri pula tu." Nisa pandang Nabila tajam.

Nabila mula beriak tegang, disilangkan tangan. "Haiqal, kurang ajarnya bini you ni. Muka je cantik, perangai macam minah dekat lorong. You nasihatkan dia sikit."

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now